Isnin, 21 Mac 2016

ALI IMRAN - AYAT 179

 مَا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنْتُمْ عَلَيْهِ
Tiada ada Allah Ta’ala itu bahawa meninggal Ia akan segala orang yang mukmin atas kelakuan yang ada kamu atasnya daripada bercampur muslim dan lainnya
حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ ۗ
Hingga membeza ia akan orang yang jahat-jahat munafiq daripada yang mukmin dengan ditaklif perkerjaan yang payah-payah dan perbuat ia yang demikian itu hari Uhud
وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ
Dan tiada ada Allah itu bahawa memberi lihat akan kamu atas perkara yang ghaib-ghaib kamu dapat kenal munafiq daripada lainnya dahulu daripada diizinkan
وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَجْتَبِي مِنْ رُسُلِهِ مَنْ يَشَاءُ ۖ
Dan tetapi Allah Ta’ala pilih daripada segala rasulNya itu mereka yang dikehendaki maka memberi ketahui akan dia ghaibnya seperti mengetahui Nabi atas hal munafiq
فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۚ
Dan hendaklah kamu beriman dengan Allah dan segala rasulNya
وَإِنْ تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا
Dan jika kamu beriman dan kamu takut akan jadi munafiq
فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ {179}
Maka bagi kamu pahala yang sangat besar.



Ahad, 6 Mac 2016

Ali Imran - Ayat 178, Muka Surat 147

وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
Dan jangan sangka oleh segala orang kafir
أَنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لِأَنْفُسِهِمْ ۚ
Hanya yang kamu tangguh bagi mereka iu dengan panjang umur itu baik bagi mereka itu
إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُوا إِثْمًا ۚ
Hanya yang kami panjangkan umor mereka itu supaya bertaah-tambah dosa dengan maksiat
وَلَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ {178}

Dan bagi mereka itu azab yang hina pada Akhirat

Ali Imran - Ayat 177, Muka Surat 147

إِنَّ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْكُفْرَ بِالْإِيمَانِ لَنْ يَضُرُّوا اللَّهَ شَيْئًا
Bahawa segala mereka yang membeli mereka itu akan kfur dengan buang iman itu tiada memberi mudharat mereka itu akan Allah suatu dengan kufur mereka itu
وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ {177}
Dan bagi mereka itu azab yang amat sakit

Ali Imran - Ayat 176, Muka Surat 147

وَلَا يَحْزُنْكَ الَّذِينَ يُسَارِعُونَ فِي الْكُفْرِ ۚ
Dan tiada mendukacita akan daku oleh segala mereka yang bersegera mereka itu pada jadi kafir dengan menolong orang kafir iaitu Ahli Makkah atau segala munafiqin erti jangan engkau dukacita kerana kufur mereka itu.
إِنَّهُمْ لَنْ يَضُرُّوا اللَّهَ شَيْئًا ۗ
Bahawasanya mereka itu tiada memberi mudharat akan dikau suatu dan hanya mudharat akan diri mereka itu
يُرِيدُ اللَّهُ أَلَّا يَجْعَلَ لَهُمْ حَظًّا فِي الْآخِرَةِ ۖ
Menghendaki Allah bahawa tiada jadi bagi mereka itu bahagian syurga pada Akhirat
وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Dan bagi mereka itu azab yang besar pada Akhirat nerakat


Ali Imran - Ayat 175, Muka Surat 146

إِنَّمَا ذَٰلِكُمُ الشَّيْطَانُ
Hanya demikian itu orang yang berkata annas itu syaitan
يُخَوِّفُ أَوْلِيَاءَهُ
Menakuti ia akan kamu akan segala auliya’Nya yang kair erti syaitan pertakut orang Islam daripada orang kafir
فَلَا تَخَافُوهُمْ
Maka jangan kamu takut akan mereka itu
وَخَافُونِ
Dan takut kamu akan DAKU pada meninggalkan suruhanku
إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Jika ada kamu itu beriman sekelian sebenar-benar iman

Sabtu, 5 Mac 2016

Ali Imran - Ayat 174, Muka Surat 146 (Cadangan Utk 10 Mac 16 Hari Khamis)

فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ
Maka balik mereka itu ke Madinah dengan ni’mat daripada Allah dan kurnia selamat dan laba
لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ
Tiada kena akan mereka itu kejahatan daripada bunuh atau luka
وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللَّهِ ۗ
Dan ikut mereka itu akan keredhaan Allah dengan taatnya dan rasulnya pada keluar
وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ {174}

Dan Allah Ta’ala itu mempunyai kurnia yang besar-besar ahli tatnya

Jumaat, 4 Mac 2016

Ali Imran - Ayat 173, Muka Surat 146 (Cadangan Utk Rabu 9 Mac 16)

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ
Segala mereka yang berkata bagi mereka itu oleh manusia Naim ibnu aswa al Asja’i
إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ
Bahawa manusia Abu Sufian dan sahabatnya sungguh menghimpun mereka itu bagi kamu tentera yang banyak hendak menghabis akan kamu maka takut oleh kamu akan mereka itu dan jangan kamu pergi di Badar As Sughro yang janji Abu Sufian hendak berperang di sana maka dating ketakutan diupah Naim ini sepulu unta suruh kata perkataan itu
فَزَادَهُمْ إِيمَانًا
Maka bertambah akan mereka itu iman dengan Allah dan yakin
وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Dan membaca mereka itu ayat itu di jalan pergi itu makna memada akan kami Allah dan sebaik yang diserah kepadanya pekerjaan maka keluar mereka itu serta Nabi seribu lima ratus orang dan Abu Sufian keluar sampai di tempat (Nabi) nama Marra Zahran balik ke Mekah sertanya dua ribu Quraisy ketika dating ketakutan dan a dalah serta sahabat nabi tijarah dan jual mereka itu maka dapat laba mereka itu, firman Allah Ta’ala


Ali Imran - Ayat 171 Muka Surat 146 (dibentang pada 10 Mac 2016)

Bukit Uhud
يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ
Suka mereka itu dengan ni’mat daripada Alah dan kurnia lebih atasnya.
  وَأَنَّ اللَّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ

Dan bahawasa  Allah Ta’ala itu tiada mensia-sia akan pahala orang yang mukminin tetapi memberi pahala akan mereka itu

Ali Imran - Ayat 170, Muka Surat 145 (Cadangan Utk Isnin 7 Mac 16)

Bukit Rumma, Tempat Pemanah
فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُواْ بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ
Suka mereka itu dengan barang yang diberi akan mereka itu oleh Allah  daripada kuriaNya dan mereka itu suka dengan segala mereka yang tiada menghubung dengan mereka itu daripada kemudian mereka itu daripada saudara mereka itu yang mukminin dalam dunia
أَلاَّ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ

Bahawa tiada takut atas mereka itu dan tiada mereka itu dukacita pada Akhirat (Ayat 170)

Khamis, 25 Februari 2016

Ali Imran - Ayat 169 (Cadangan Utk Hari Khamis 3 Mac 16 - Muka Surat 145)



 
وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ
Dan jangan engkau sangka akan segala mereka yang dibunuh pada perang sabilillah di Uhud itu mati tetapi
بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ {169}
Tetapi mereka itu hidup pada sisi Tuhan mereka itu direzeki mereka itu daripada buah-buahan syurga ruh mereka itu pada dalam segala burung yang hijau terbang ia dalam syurga di mana-mana tempat yang dikehendakinya

Ali Imran - Ayat 168 (Cadangan Utk Rabu 2 Mac 16 - Muka surat 145)



الَّذِينَ قَالُوا لِإِخْوَانِهِمْ وَقَعَدُوا
Segala mereka yang berkata bagi segala saudara pada agama dan duduk mereka itu daripada perang
لَوْ أَطَاعُونَا مَا قُتِلُوا ۗ
Jika mereka itu taat akan kamu nescaya tiada dibunuh mereka itu pada Uhud
قُلْ فَادْرَءُوا عَنْ أَنْفُسِكُمُ الْمَوْتَ
Kata olehmu maka tolak oleh kamu daripada diri kamu itu akan mati
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ {168}
Jika ada kamu itu benar sekelian pada kata duduk itu tiada mati dan turun pada segala yang mati syahid pada Uhud ahwal as Syuhada’