Khamis, 25 Februari 2016

Ali Imran - Ayat 167 (Cadangan Utk Selasa 1 Mac 16 - Muka Surat 144 & 145)



وَقِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا قَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوِ ادْفَعُوا ۖ قَالُوا لَوْ نَعْلَمُ قِتَالًا لَاتَّبَعْنَاكُمْ ۗ
Dan segala mereka yang dikata bagi mereka itu mari kamu berperang pada sabilillah atau tolak kamu akan kaum kafir dariapda kami kata mereka itu jika kami tahu berperang nescaya kami ikut akan kamu maka mereka itu Abdullah bin Ubai yang munafiq dan sahabatnya tatkala berpaling mereka itu daripada perang Uhud adalah mereka itu tiga ratus lelaki firmannya mendusta mereka itu.
هُمْ لِلْكُفْرِ يَوْمَئِذٍ أَقْرَبُ مِنْهُمْ لِلْإِيمَانِ ۚ
Mereka itu bagi kufur pada hari itu terlebih hampir daripada mereka itu bagi iman dengan menzahir mereka itu daripada menghina bagi Rasul dan segala mukmin dan adalah mereka itu dahulu daripada itu hampir kepada iman pada zahirnya
يَقُولُونَ بِأَفْوَاهِهِمْ مَا لَيْسَ فِي قُلُوبِهِمْ ۗ
Kata mereka itu dengan mulut mereka itu barang yang tiada pada dalam hati mereka itu perkataan jika kami tahu berperang kami ikut itu jika tahu mereka itu berperangpun tiada ikut
وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يَكْتُمُونَ {167}
Dan Allah Ta’ala itu amat mengetahui dengan barang yang mereka itu sembunyikan dalam hati dariapda munafiq itu

Ali Imran - Ayat 166 & 167 (Cadangan Utk Isnin 29 Feb 16 - Muka Surat 144)



وَمَا أَصَابَكُمْ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ فَبِإِذْنِ اللَّهِ
Dan akan barang yang mengena akan kamu pada hari berampak dua puak peperangan Uhud itu maka iaitu dengan izin Allah
وَلِيَعْلَمَ الْمُؤْمِنِينَ   {166} وَلِيَعْلَمَ الَّذِينَ نَافَقُوا ۚ
Dan supaya mengetahui ia akan segala orang mukmin dengan sebenar dan supaya mengetahu Ia akan segala orang munafiqin yang sebenar maka perang Uhud jadi timbangan yang boleh mengetahu Muslim atau Munafiq

Rabu, 24 Februari 2016

Ali Imran - Ayat 165



أَوَلَمَّا أَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةٌ قَدْ أَصَبْتُمْ مِثْلَيْهَا قُلْتُمْ
Adalah tatkala kena akan kamu oleh musibah di Uhud dengan bunuh tujuh puluh sungguh telah kena kamu dua gandanya dengan Badar dengan bunuh tujuh puloh dan tawan tujuh puloh daripada mereka itu kuffar itu kamu kata
أَنَّىٰ هَٰذَا ۖ
Dari mana bagi kita ini kehinaan dan kita muslimun sekelian dan Rasulullah ada pada kita
قُلْ هُوَ مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِكُمْ ۗ
Kata olehmu ya Muhammad iaitu kehinaan itu daripada diri kamu kerana kamu tinggal markaz tempat perang maka hina akan kamu dengan hazimah
إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ {165}
Bahawasanya Allah Ta’ala atas tiap-tiap sesuatu itu amat kuasa dan daripadaNya pertolongan dan tegahnya dan sungguh membalas Ia akan kamu dengan sebab menyalahi kamu suruh Nabi kamu.