Selasa, 19 Mei 2015

Ali Imran - Ayat 47



قَالَتْ
Kata Maryam
رَبِّ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي وَلَدٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ ۖ
Betapa ada bagiku anak dan tiada disentuh akan daku oleh laki-laki dengan kahwin atau lainnya
قَالَ
Kata ia Jibrail
كَذَٰلِكِ اللَّهُ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ إِذَا قَضَىٰ أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ
Seperti yang demikian itu Allah Ta’ala menjadi akan barang yang dikehendaki itu apabila menghendaki ia akan satu perkara maka hanya firman Ia bagainya
كُنْ
Jadi olehmu
فَيَكُونُ
Maka jadi ia

Ali Imran - Ayat 46



 وَيُكَلِّمُ النَّاسَ فِي الْمَهْدِ
Dan bertutur ia akan manusia pada dalam masa bedung dahulu daripada waktu bertutur
وَكَهْلًا
Dan ketika tua
وَمِنَ الصَّالِحِينَ
Dan daripada jumlah orang yang soleh-soleh

Khamis, 7 Mei 2015

Ali Imran - Ayat 45



إِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ
Sebut olehmu ya Muhamad ketika berkata oleh Malaikat Jibrail
يَا مَرْيَمُ
Hai Maryam
إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ
Bahasanya Allah Ta’ala menyuka akan dikau dengan kalimah daripadaNya anak namanya masih Isa anak Maryam dikhitab akan maryam dengan nisbah anak kepadanya kerana memberi jaga atas bahawasanya ia peranak akan dia dengan tiada bapa kerana adat laki-laki dinisbah kepada bapa mereka itu
وَجِيهًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
Yang empunya kemegahan pada dunia dan akhirat dengan jadi Nabi dan syafaat dan darjat yang ‘ala (tinggi)
وَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ
Dan daripada jumlah segala orang yang hampir dengan Allah

Isnin, 4 Mei 2015

Ali Imran - Ayat 44

ذَٰلِكَ مِنْ أَنْبَاءِ الْغَيْبِ نُوحِيهِ إِلَيْكَ ۚ
Bermula demikaian yang tersebut itu pekerjaan Zakaria dan Mariam itu daripada khabaran yang ajaib-ajaib daripada engkau ya Muhammad Kami wahyu akan dia kepada engkau
وَمَا كُنْتَ لَدَيْهِمْ إِذْ يُلْقُونَ أَقْلَامَهُمْ أَيُّهُمْ يَكْفُلُ مَرْيَمَ
Dan tiada engkau pada sisi mereka itu ketika melontar mereka itu akan qolam mereka itu buang undi siapa-siapa yang akan pelihara Mariam
وَمَا كُنْتَ لَدَيْهِمْ إِذْ يَخْتَصِمُونَ
Dan tiada engkau pada sisi mereka itu ketika berbatah mereka itu pada pelihara Mariam maka engkau ketahu dan engkau boleh berkhabar dengannya dan hanya engkau ketahui itu daripada jalan wahyu

Rabu, 29 April 2015

Ali Imran - Ayat 43



يَا مَرْيَمُ اقْنُتِي لِرَبِّكِ وَاسْجُدِي وَارْكَعِي مَعَ الرَّاكِعِينَ
Hai Maryam taat olehmu bagi Tuhan engkau dan sujud olehmu dan ruku’ olehmu serta segala orang yang ruku’