Selasa, 20 Januari 2015

Ali Imran - Ayat 7



هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ
Ialah Tuhan yang telah menurun atas engkau itu akan kitab Quran
مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ
Setengah daripadanya itu berapa ayat hukum yang tetap nyata perkataannya
هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ
Mereka itulah ibu kitab asalnya yang diperpegang pada segala hukum-hukum
وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ
Dan berapa ayat yang lain itu subhat tiada difaham maknaya dengan mudah seperti segala rumuz-rumuz awal surah
فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ
Maka adapun segala mereka yang ada pada segala hati mereka itu cenderung kepada batil
فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ
Maka mengikut mereka itu barang yang syubat daripadanya dengan ambil zahir lafaz atau ta’wil yang batil
ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ
Kerana menuntut fitnah kerana jahil dengan jatuh mereka itu pada syubhat kesamaran
وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ
Dan menuntut ta’wilnya
وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ
Dan tiada diketahui ta’wilnya itu melainkan Allah semata-mata
وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ
Dan bermula segala orang yang tetap pada ilmu Allah berkata mereka itu
آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا
Telah beriman kami dengannya segala ayat dariada Tuhan kami tiada kami ketahui maknanya
وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
Dan tiada diterima pengajaran melainkan orang yang empunya aqal

Sabtu, 17 Januari 2015

Ali Imran - Ayat 6



 هُوَ الَّذِي يُصَوِّرُكُمْ فِي الْأَرْحَامِ كَيْفَ يَشَاءُ ۚ
Ialah Tuhan yang merupa akan kamu pada dalam segala rahim ibu kamu betapa yang dikehendaki laki-laki dan perempuan bayadh dan sawad putih hitam dan lainnya yang demikian itu
لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ
Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benar melainkan DIA
الْعَزِيزُ
Yang ghalib menang pada kerajaanNya
الْحَكِيمُ
Yang amat hakim pada perbuatanNya

Ali Imran - Ayat 5



إِنَّ اللَّهَ لَا يَخْفَىٰ عَلَيْهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ
Bahawasanya Allah Ta’ala itu tiada tersembunyi atasNya suatu pada dalam bumi dan tiada pada dalam langit kerana diketahunya dengan barang yang jatuh dalam alam ini kulli dan juz’i, kulli umpama sebuah negeri, juz’i umpama banyak orang dalamnya ditentu keduanya sebutan kerana pendapatan pancaindera lima tiada lampau keduanya.

Selasa, 13 Januari 2015

Ali Imran - Ayat 4



وَأَنْزَلَ التَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ منْ قَبْلُ هُدًى لِلنَّاسِ
Dan turun Ia akan Taurat dan Injil itu daripada dahulu Quran kerana hidayah bagi manusia daripada  ضلالة  daripada orang yang ikut keduanya maka turun keduanya ayat taurat Injil itu sekali bersalahan Quran turun sedikit-sedikit dalam dua puluh tiga tahun
وَأَنْزَلَ الْفُرْقَانَ
Dan menurun Ia akan furqan segala kitab yang memfaraq antara hak dan batil lain daripada tiga kitab itu
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ
Bahawasa segala mereka yang kafir dengan segala ayat Allah Quran dan lainnya itu bagi mereka itu azab yang sangat sakit
وَاللَّهُ عَزِيزٌ
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang ghalib menang atas kerajaanNya maka tiada menegah kan dia suatu daripada melulus وعد dan وعيدث janji pahala dan janji siksa
ذُو انْتِقَامٍ
Yang empunyai niqmat siksa yang sangat daripada orang yang عاصيث tiada kuasa umpamanya seorang

Isnin, 12 Januari 2015

Ali Imran - Ayat 3



نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ
Telah turun Ia atas engkau Ya Muhammad akan kitab Quran ini dengan sebenar pada segala khabar dalamnya.
مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ
Membenar bagi barang yang antara hadapannya daripada segala kitab-kitab
وَأَنْزَلَ التَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ
Dan turun Ia akan Taurat dan Injil itu daripada dahulu Quran kerana hidayah bagi manusia daripada dholalah daripada orang yang ikut keduanya maka turun keduanya ayat taurat Injil itu sekali bersalahan Quran turun sedikit-sedikit dalam dua puluh tiga tahun