Rabu, 17 Disember 2014

Al Baqarah - Ayat 282



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ
Hai segala orang mukmin
إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ
Apabila berhutang kamu dengan satu hutang kepada pertangguhan yang tentu maka buat suruh oleh kamu akan dia seperti hutang dan jual salam jadi kepercayaan dan menolak perbantahan
وَلْيَكْتُب بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ
Dan hendaklah perbuat surat antara kamu itu oleh yang menyurat dengan keadilan tiada lebih pada harta dan pertangguhan dan tiada kurang
وَلاَ يَأْبَ كَاتِبٌ أَنْ يَكْتُبَ كَمَا عَلَّمَهُ اللّهُ
Dan tiada menegah orang yang menyurat bahawa perbuat surat ia seperti barang yang mengajar akan dia oleh Allah Ta’ala dengan hak
فَلْيَكْتُبْ
Maka hendaklah perbuat surat ia
وَلْيُمْلِلِ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ
Dan hendaklah imla’ oleh mereka itu yang atasnya hak hutang maka ikrar ia supaya diketahui barang yang atasnya
وَلْيَتَّقِ اللّهَ رَبَّهُ
Dan hendaklah takut ia akan Allah Ta’ala Tuhannya
وَلاَ يَبْخَسْ مِنْهُ شَيْئاً
Dan tiada kurang ia daripadanya akan suatu
فَإن كَانَ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ سَفِيهاً أَوْ ضَعِيفاً أَوْ لاَ يَسْتَطِيعُ أَن يُمِلَّ هُوَ
Maka jika ada mereka yang atasnya hak itu safih atau dhaif kerana kecil atau tua atau tiada kuasa bahawa mula ia sendiri kerana خرصkelu atau tiada tahu atau jahil
فَلْيُمْلِلْ وَلِيُّهُ
Maka hendaklah imla’ oleh walinya
بِالْعَدْلِ
Dengan adil daripada bapa dan wasi dan qiyam dan juru bahasa
وَاسْتَشْهِدُواْ شَهِيدَيْنِ من رِّجَالِكُمْ
Dan taruh saksi oleh kamu akan dua saksi dua orang lelaki kamu muslimin  احرارmerdeka
فَإِن لَّمْ يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَامْرَأَتَانِ مِمَّن تَرْضَوْنَ مِنَ الشُّهَدَاء
Maka jika kedua itu dua lelaki maka seorang lelaki dan dua perempuan dariapda mereka yang kamu redha daripada segala saksi kerana agamanya dan adilnya
أَن تَضِلَّ إْحْدَاهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَاهُمَا الأُخْرَى
Bahawa pula salah seorang keduanya maka mengingat salah seorang keduanya akan yang lain
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُواْ
Dan tiada menegah oleh segala saksi apabila diseru mereka itu kepada jadi saksi tanggung saksi dan menunai
وَلاَ تَسْأَمُوْاْ أَن تَكْتُبُوْهُ صَغِيراً أَو كَبِيراً إِلَى أَجَلِهِ
Dan jangan kamu jemu bahawa kamu surat akan dia hak kecil atau besar itu hingga sampai pertangguhannya
ذَلِكُمْ أَقْسَطُ عِندَ اللّهِ
Yang demikian itu kamu terlebih adil pada Allah Ta’ala
وَأَقْومُ لِلشَّهَادَةِ
Dan terlebih menolong bagi saksi atas mendirinya
وَأَدْنَى أَلاَّ تَرْتَابُواْ
Dan terlebih hampir bahawa tiada kamu syak pada qodar hak dan pertangguhan
إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً حَاضِرَةً تُدِيرُونَهَا بَيْنَكُمْ
Melainkan bahawa ada ia tijarah jual beli yang hadir pada antara kamu terima akan dia dan tiada pertangguhan padanya
فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَلاَّ تَكْتُبُوهَا
Maka tiada di atas kamu itu mengapa bahawa tiada kamu perbuat surat akan dia
وَأَشْهِدُوْاْ إِذَا تَبَايَعْتُمْ
Dan taruh saksi oleh kamu apabila kamu berjual beli kerana menolak ia akan ikhtilaf ini disuruh taruh saksi sunat
وَلاَ يُضَآرَّ كَاتِبٌ وَلاَ شَهِيدٌ
Dan tiada memberi mudhara oleh yang menyuruh dan tiada saksi akan sohibul hak tuan barang dan mereka yang atasnya dengan ubah atau menegah atau berani keduanya barang yang tiada layak pada suratnya dan saksi
وَإِن تَفْعَلُواْ فَإِنَّهُ فُسُوقٌ بِكُمْ
Dan jika diperbuat yang ditegah itu maka bahawasanya fasiq dengan kamu keluar daripada taat
وَاتَّقُواْ اللّهَ
Dan takut oleh kamu akan Allah pada amarNya dan nahiNya
وَيُعَلِّمُكُمُ اللّهُ
Dan mengajar akan kamu oleh Allah Ta’ala akan segala maslahah pekerjaan dunia akhirat kamu
وَاللّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dan Allah Ta’ala dengan tiap-tiap suatu itu amat mengetahui

Isnin, 15 Disember 2014

Al Baqarah - Ayat 281



وَاتَّقُواْ يَوْماً تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللّهِ
Dan takut oleh kamu akan satu hari yang dikembali kamu padanya kepada Allah semata-mata iaitu hari qiyamat
ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ
Kemudian disempurna akan tiap-tiap seseorang itu barang yang ia beramal daripada baik dan jahat
وَهُمْ لاَ يُظْلَمُونَ
Dan mereka itu tiada dizalimi akan mereka itu dengan kurang hasanah kebajikan atau tambah saiyiah kejahatan

Al Baqarah - Ayat 280



وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى
Dan jika didapati yang epunya berhutang itu papa maka nanti hingga sampai kaya
مَيْسَرَةٍ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan bahawa kamu sedekah kepada yang papa itu terlebih baik bagi kamu daripada menanti-nanti, sabda Nabi sollahu alaihi wasallam “Barang siapa beri tangguh orang papa atau gugur hutang daripadanya nescaya menawang Allah Ta’ala akan dia pada naungan pada hari yang tiada naungan melainkan naugnanNya”

Al Baqarah - Ayat 279



فَإِن لَّمْ تَفْعَلُواْ فَأْذَنُواْ بِحَرْبٍ مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ

Maka jika tiada kamu perbuat maka ketahui oleh kamu dengan perang daripada Allah dan RasulNya pada ayat menakuti yang sangat tatkala turunnya kata mereka itu tiada kuasa kami dengan perangnya.
وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُؤُوسُ أَمْوَالِكُمْ
Dan jika taubat kamu maka bagi kamu kepada modal kamu
لاَ تَظْلِمُونَ وَلاَ تُظْلَمُونَ
Tiada kamu zalim orang dan tiada orang zalim kamu dengan lebih atau kurang hak kamu

TAMBAHAN

قال صلى الله عليه وسلم: الربا ثلاثة وسبعون بابا أيسرها مثل أن ينكح الرجل أمه
Sabda Rasulullah sollahu alahi waswallam : Riba itu ada 73 pintu, paling ringan dan mudah seperti seorang lelaki mengahwini ibunya.

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم اكل الربا وموكله وكاتبه وشاهده وقال : هم سواء Maksudnya : Rasulullah s.a.w mengutuk pemakan riba, pemberi riba, penulis dan saksinya seraya bersabda : “Mereka semua sama.” (riwayat Muslim) Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell

Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell
Rasulullah s.a.w juga mengutuk keras perkara berkaitan riba ini melalui hadis Baginda : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم اكل الربا وموكله وكاتبه وشاهده وقال : هم سواء Maksudnya : Rasulullah s.a.w mengutuk pemakan riba, pemberi riba, penulis dan saksinya seraya bersabda : “Mereka semua sama.” (riwayat Muslim) Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell

Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell
Rasulullah s.a.w juga mengutuk keras perkara berkaitan riba ini melalui hadis Baginda : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم اكل الربا وموكله وكاتبه وشاهده وقال : هم سواء Maksudnya : Rasulullah s.a.w mengutuk pemakan riba, pemberi riba, penulis dan saksinya seraya bersabda : “Mereka semua sama.” (riwayat Muslim) Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell

Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell
Rasulullah s.a.w juga mengutuk keras perkara berkaitan riba ini melalui hadis Baginda : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم اكل الربا وموكله وكاتبه وشاهده وقال : هم سواء Maksudnya : Rasulullah s.a.w mengutuk pemakan riba, pemberi riba, penulis dan saksinya seraya bersabda : “Mereka semua sama.” (riwayat Muslim) Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell

Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell

Ahad, 7 Disember 2014

Al Baqarah - Ayat 278



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ
Hai segala orang mukminin
اتَّقُواْ اللّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا
Takut oleh kamu akan Allah dan tinggal oleh kamu barang yang baki daripada riba
إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
Jika ada kamu itu beriman sekelian maka hal orang yang mukminin itu imtithal junjung suruh Allah turun ini ayat tatkala menuntuk setengah sahabat dengan riba yang ada baginya dahulu daripada tegah