Isnin, 22 September 2014

Al Baqarah - Ayat 247



وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكاً قَالُوَاْ أَنَّى يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِّنَ الْمَالِ قَالَ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ وَاللّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

TAFSIR NURUL IHSAN

وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ
Dan berkata bagi mereka itu oleh nabi mereka itu Syamwil
إِنَّ اللّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكاً
Bahasanya Allah ta’ala sungguh telah bangkit bagi kamu Tholut itu raja
قَالُوَاْ أَنَّى يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ
Kata mereka itu betapa ada baginya raja atas kami dan kami itu terlebih mustahak dengan jadi raja daripadanya kerana Tholut itu tiada ia daripada keturunan raja-raja dan tiada keturunan nubuwwah dan adalah ia tukang samak kulit atau gembala binatang
وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِّنَ الْمَالِ
Dan tiada diberi kelapangan daripada harta yang boleh menolong akan jadi raja
قَالَ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ
Berkata mereka itu bahasanya Allah ta’ala telah pilih akan dia atas kamu bagi jadi raja
وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ
Dan melebihi akan dia akan keluasan pada ilmu dan besar tubuh badan dan adalah Tholut itu terlebih alim Bani Israel masa itu dan cantiknya dan terlebih sempurna kejadian bani Adam
وَاللّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَن يَشَاءُ
Dan bermula Allah ta’ala memberi akan rajin akan mereka yang dikehendaki tiada I’tiradh atasnya
وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Dan Allah ta’ala itu Tuhan yang Amat Luas pemberianNya lagi Amat Mengetahui dengna orang yang ahli baginya.



Al Baqarah - Ayat 246



أَلَمْ تَرَ إِلَى الْمَلإِ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ مِن بَعْدِ مُوسَى إِذْ قَالُواْ لِنَبِيٍّ لَّهُمُ ابْعَثْ لَنَا مَلِكاً نُّقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللّهِ قَالَ هَلْ عَسَيْتُمْ إِن كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ أَلاَّ تُقَاتِلُواْ قَالُواْ وَمَا لَنَا أَلاَّ نُقَاتِلَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَقَدْ أُخْرِجْنَا مِن دِيَارِنَا وَأَبْنَآئِنَا فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ تَوَلَّوْاْ إِلاَّ قَلِيلاً مِّنْهُمْ وَاللّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ
Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?," Mereka berkata: "Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

TAFSIR NURUL IHSAN
أَلَمْ تَرَ إِلَى الْمَلإِ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ مِن بَعْدِ مُوسَى
Tiadakah engkau lihat ya Muhammad kepada jamaat daripada Bani Israel kemudian daripada Nabi Musa arti kisah mereka itu dan khabaran mereka itu
إِذْ قَالُواْ لِنَبِيٍّ لَّهُمُ
Ketika berkata mereka itu bagi nabi bagi mereka itu Syamwil daripada keturunan Harun
ابْعَثْ لَنَا مَلِكاً نُّقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللّهِ
Dirikan oleh kamu bagi kami raja supaya kami beperang pada jalan agama Allah
قَالَ هَلْ عَسَيْتُمْ إِن كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ أَلاَّ تُقَاتِلُواْ
Kata ia nabi adakah barang kali jika difardhukan atas kamu berperang itu bahawa tiada kamu berperang
قَالُواْ وَمَا لَنَا أَلاَّ نُقَاتِلَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَقَدْ أُخْرِجْنَا مِن دِيَارِنَا وَأَبْنَآئِنَا
Kata mereka itu dan apa kerana bagi kami bahawa tada kami berperang pada jalan agama Allah dan sungguh telah keluar kami daripada kampong kami dan anak-anak kami dengan tawan dan bunuh mereka itu dan sungguhn telah perbuat yang demikian itu oleh kaum Jalut arti tiada ketegahan bagi kami daripada perang serta ada sebabnya, firman Allah ta’ala.
فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ تَوَلَّوْاْ إِلاَّ قَلِيلاً مِّنْهُمْ
Maka tatkala difardhukan atas mereka itu akan perang berpaling lari mereka itu melainkan sedikit daripada mereka itu iaitu segala mereka yang lalu sungai serta Tholut
وَاللّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ
Dan bermula Allah Ta’ala itu Amat Mengetahui dengan sekelian orang yang zalim-zalim maka membalas Ia akan mereka itu maka meminta oleh nabi itu akan Tuhannya akan taruh raja maka terima ia kepada suruh tholut jadi raja

Selasa, 9 September 2014

Al Baqarah - Ayat 245



مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

TAFSIR NURUL IHSAN

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً
Siapakah mereka yang memberi hutang akan Allah sebagai hutang yang baik dengan nafqah harta daripada suka hati pada jalan agama ALlah
فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً
Maka mengganda-ganda Ia akan dia baginya akan beberapa ganda-ganda yang banyak daripada sepuluh hingga lebih daripada tujuh ratus ganda
وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ
Dan bermula Allah Ta’ala itu Tuhan yang memicik rezeki dan yang meluaskan bagi mereka itu yang dikehendaki percubaan Allah
وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Dan kepadaNya dikembali kamu pada akhirat dengan bangkit qubur maka balas Ia akan kamu dengan amalan kamu.


Al Baqarah - Ayat 244



وَقَاتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran ugamaNya); dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

TAFSIR NURUL IHSAN

وَقَاتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ
Dan berperang oleh kamu pada jalan I’la’ meninggi agama Allah Ta’ala
وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Dan ketahui oleh kamu bahawasanya Allah Ta’ala Amat Mendengar akan perkataan kamu Amat Mengetahui akan ahwal kamu maka membalas Ia akan kamu