Isnin, 5 Mei 2014

Al Baqarah - Ayat 203



وَاذْكُرُواْ اللّهَ فِي أَيَّامٍ مَّعْدُودَاتٍ فَمَن تَعَجَّلَ فِي يَوْمَيْنِ فَلاَ إِثْمَ عَلَيْهِ وَمَن تَأَخَّرَ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ لِمَنِ اتَّقَى وَاتَّقُواْ اللّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya.

Remember Allah through the appointed days . Then whoso hasteneth ( his departure ) by two days , it is no sin for him , and whoso delayeth , it is no sin for him ; that is for him who wardeth off ( evil ) . Be careful of your duty to Allah , and know that unto Him ye will be gathered .

TAFSIR NURUL IHSAN
وَاذْكُرُواْ اللّهَ فِي أَيَّامٍ مَّعْدُودَاتٍ
Dan sebutl oleh kamu akan Allah pada segala hari tasyriq yang berbilang tiga hari di Mina
فَمَن تَعَجَّلَ فِي يَوْمَيْنِ فَلاَ إِثْمَ عَلَيْهِ
Maka barang siapa menyegera dengan tinggal tanah Mina pada dua hari maka tiada dosa atasnya kemudian daripada melontar jamrahnya
وَمَن تَأَخَّرَ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ
Dan barang siapa ta’khir maka tiada dosa atasnya erti ta’khir lontar sampai hari tiga belas dan melontar jamrahnya diberi pilih pada yang demikian itu
لِمَنِ اتَّقَى
Bagi mereka yang takut akan Allah pada dalam hajinya
وَاتَّقُواْ اللّهَ
Dan takut oleh kamu akan Allah pada memelihara suruhNya dan tegahNya
وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
Dan ketahu oleh kamu itu bahasanya kamu itu lagi di Mahsyar dihimpun sekelian kepadaNya pada Akhirat maka membalas Ia akan kamu dengan amalan kamu.

Rabu, 23 April 2014

Al Baqarah - Ayat 202



أُولَـئِكَ لَهُمْ نَصِيبٌ مِّمَّا كَسَبُواْ وَاللّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ
Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.

For them there is in store a goodly portion out of that which they have earned . Allah is swift at reckoning

TAFSIR NURUL IHSAN
أُولَـئِكَ لَهُمْ نَصِيبٌ مِّمَّا كَسَبُواْ
Bermula mereka itu bagi mereka itu bahagian thsawab daripada barang yang mereka itu usaha daripada taat dan haji dan doa
وَاللّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ
Dan bermula Allah ta’ala itu Tuhan yang Amat cepat hisab menghisab akan makhluq sekelian qadar nisfu satu hari dunia kerana hadith yang demikian itu

Al Baqarah - Ayat 201



AYAT 201
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
And of them ( also ) is he who saith : "Our Lord! Give unto us in the world that which is good and in the Hereafter that which is good , and guard us from the doom of Fire .

TAFSIR NURUL IHSAN
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ
Dan setengah daripada mereka itu mereka berkata pada doanya
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Hai Tuhan kami beri akan kami pada dunia itu kebajikan ni’mat dan pada akhirat itu kebajikan syurga dan pelihara akan kami azab neraka, dan ini ayat menyata bagi hal orang kafir musyrikin dan hal orang mukminin dan maksud dengannya itu suruh tuntut kebajikan dua negeri seperti barang yang dijanji thsawab pahala atasnya dengan firmanNya

Al Baqarah - Ayat 200



فَإِذَا قَضَيْتُم مَّنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُواْ اللّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْراً فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.

TAFSIR NURUL IHSAN
فَإِذَا قَضَيْتُم مَّنَاسِكَكُمْ
Dan apa bila selesai kamu dari mengerjakan haji kamu dengan bahawa kamu sudah melontar jumratul aqabah dan towaf sa’e dan bermalam di Mina
 فَاذْكُرُواْ اللّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْراً
Maka sebul oleh kamu akan Allah ta’ala seperti menyebut kamu akan bapa-bapa kamu atau lebih banyak sebutan Allah adalah mereka itu bermegah-megah dengan sebut bapa-bapa mereka itu ketika selesai haji mereka itu di Mina atau di Makkah
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ
Maka setengah daripada manusia itu mereka berkata ia pada doanya
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا
Hai Tuhan kami beri akan kami pada dalam dunia nasib bahagian kami, firmanNya
وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Dan tiada bagian  pada akhirat itu daripada bahagian ni’mat syurga

Al Baqarah - Ayat 199



AYAT 199
ثُمَّ أَفِيضُواْ مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ النَّاسُ وَاسْتَغْفِرُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Then hasten onward from the place whence the multitude hasteneth onward , and ask forgiveness of Allah . Lo! Allah is Forgiving , Merciful .

TAFSIR NURUL IHSAN
ثُمَّ أَفِيضُواْ مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ النَّاسُ
Kemudian bertolak oleh kamu hai Quraisy pada wuquf itu daripada mana tempat yang bertolak wuquf manusia daripada Arafat dengan bahawa kamu wuquf serta manusia dan adalah mereka itu wuquf dengan Muzdalifah kerana takabbur daripada wuquf serta mereka itu.
وَاسْتَغْفِرُواْ اللّهَ
Dan minta ampun oleh kamu akan Allah daripada dosa kamu dengan banyak baca astaghfirullah
إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Bahasanya Allah ta’ala itu Tuhan yang banyak mengampuni bagi hambaNya yang mukminin lagi rahim dengan mereka itu.