Rabu, 5 Mac 2014

Al Baqarah - Ayat 183



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

O ye who believe! Fasting is prescribed for you , even as it was prescribed for those before you , that ye may ward off evil ) 

TAFSIR NURUL IHSAN

 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ
Hai segala mereka yang beriman
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ
Telah difardhu atas kamu itu puasa Ramadhan
كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ
Seperti barang yang difardhu atas segala mereka-mereka yang dahulu daripada kamu daripada segala umat-umat
لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Mudah mudahan kamu memelihara kamu akan segala ma’siat maka bahawa puasa memicik ia akan syahwat keinginan yang ia permulaan ma’siat

Selasa, 4 Mac 2014

Al Baqarah - Ayat 182




فَمَنْ خَافَ مِن مُّوصٍ جَنَفاً أَوْ إِثْماً فَأَصْلَحَ بَيْنَهُمْ فَلاَ إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Tetapi sesiapa yang mengetahui bahawa orang yang berwasiat itu tidak adil atau melakukan dosa (dalam wasiatnya), lalu ia mendamaikan antara mereka (waris-waris, dengan membetulkan wasiat itu menurut aturan ugama), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

TAFSIR NURUL IHSAN

فَمَنْ خَافَ مِن مُّوصٍ جَنَفاً أَوْ إِثْماً
Maka barang siapa takut daripada orang yang berwasiat itu cenderung daripada yang benar dengan khato’ atau dosa dengan melebih atas tuluth (1/3) atau tentu yang kaya sahaja
فَأَصْلَحَ بَيْنَهُمْ
Maka berbuat sulhu damai ia antara mereka itu dengan suruh buat adil
فَلاَ إِثْمَ عَلَيْهِ
Maka tiada dosa atasnya
إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Bahawasanya Allah Ta’ala itu Tuhan Yang Amat Mengampuni lagi kasih saying hambaNya.

Isnin, 3 Mac 2014

Al Baqarah - Ayat 181



فَمَن بَدَّلَهُ بَعْدَ مَا سَمِعَهُ فَإِنَّمَا إِثْمُهُ عَلَى الَّذِينَ يُبَدِّلُونَهُ إِنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Kemudian sesiapa yang mengubah mana-mana wasiat sesudah ia mendengarnya, maka sesungguhnya dosanya hanya ditanggung oleh orang-orang yang mengubahnya; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Teks Tafsir Nurul Ihsan - Ayat 181 Al Baqarah

TAFSIR NURUL IHSAN
فَمَن بَدَّلَهُ بَعْدَ مَا سَمِعَهُ
Maka barang siapa tukar akan dia wasiat kemudian daripada dengarnya
فَإِنَّمَا إِثْمُهُ عَلَى الَّذِينَ يُبَدِّلُونَهُ
Maka hanya dosanya atas segala mereka itu yang menukar mereka itu akan dia.
إِنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Bahasanya Allah ta’ala itu Tuhan yang Amat Mendengar lagi Amat Melihat.

Al Baqarah - Ayat 32


قَالُواْ سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

They said : Be glorified! We have no knowledge saving that which Thou hast taught us . Lo! Thou , only Thou , art the Knower , the Wise .

TAFSIR NURUL IHSAN

قَالُواْ سُبْحَانَكَ
Kata mereka itu Malaikat Maha Suci Engkau hai Tuhan kami daripada layak I’tirad atas Engkau
لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا
Tiada ilmu bagi kami melainkan barang yang Engkau ajar akan kami
إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
Bahawa Engkau itu Engkaulah yang amat ketahui lagi yang amat pandai (tiada keluar satu daripada ilmullah dan hikmatnya.

Al Baqarah - Ayat 31



وَعَلَّمَ آدَمَ الأَسْمَاء كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلاَئِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاء هَـؤُلاء إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
And He taught Adam all the names , then showed them to the angels , saying : Inform me of the names of these , if ye are truthful .

TAFSIR NURUL IHSAN

وَعَلَّمَ آدَمَ الأَسْمَاء كُلَّهَا
Dan mengajar Ia akan Adam itu segala nama sekelian yang mempunyai nama hingga periuk besar dan kecil dan pisau besar dan kecil dan mengarap cebok air dengan bahawa ditaruh segala nama-nama itu pada hatinya Adam
ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلاَئِكَةِ
Kemudian ditunjukkan sekelian nama-nama itu atas segala Malaikat kerana mengkejikan mereka itu sebab menggalang mereka itu kehendak Allah
فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاء هَـؤُلاء
Maka firmanNya khabar itu oleh kamu akan Daku dengan sekelian nama-nama mereka itu yang mempunyai nama
إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Jika ada kamu itu benar sekelian pada kata kamu tiada makhluk Allah terlebih alim daripada kamu dan kamulah yang mustahak jadi khalifah dalam bumi.