Isnin, 3 Mac 2014

Al Baqarah - Ayat 30


وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاء وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

TAFSIR NURUL IHSAN :

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ
Dan ketika berkata oleh Tuhan engkau ya Muhammad bagi segala Malaikat
إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً
Bahawa Aku hendak jadi pada dalam bumi ini gantian Aku (pada melulus segala hukumKu iaitu Adam)

قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاء

Kata mereka itu adakah Tuhanku hendak jadi padanya mereka yang berbuat fasid pada dalamnya dan menumpah akan darah dengan berbunuh bunuhan seperti yang diperbuat Banu al Jan (bangsa Jin) dalamnya pada masa dhulu daripada Adam maka menyuruh Allah akan Malaikat menghalau akan mereka itu pergi di pulau-pulau dan bukit-bukit

وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ
Dan kami mengucap tasbih dengan memuji Engkau dan kami mengucap taqdis bagi Engkau maka kamilah mustahak jadi khalifah tiada Adam

قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Firman Allah Ta’ala bahawa Aku itu Aku ketahui barang yang tiada kamu ketahui daripada muslihat istikhlaq Adam dan bahawasanya ada yang taat dan yang ‘asi (Berdosa/derhaka) baik dan jahat maka ketika itu zahir keadilanKu pada mereka itu maka menjadi Allah Ta’ala akan Adam daripada adim Al Ardhi segala pihak bumi dengan genggam Ia daripadanya segenggam daripada segala warna bumi dan dibancuh dengan segala baki air yang bersalah-salahan warna dan bau dan diperbuat lembaga Adam dan diguling hadapan syurga empat puloh tahun taajub sekelian Malaikat daripada kejadian dan ditiup padanya roh maka jadi ia haiwan hasasa binatang yang bergerak-gerak kemudian daripada jamad yakni ketulan.

Khamis, 27 Februari 2014

Al Baqarah - Ayat 180



كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْراً الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالأقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ حَقّاً عَلَى الْمُتَّقِينَ
Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.

TAFSIR NURUL IHSAN

كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْراً الْوَصِيَّةُ
Telah difardhukan kamu apabila hadir seorang kamu oleh mati jika tinggal ia akan harta itu akan berwasiat

لِلْوَالِدَيْنِ وَالأقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ
Bagi dua ibu bapa dan segala kerabat dengan keadilan dengan tiada lebih atas thuluth (1/3) dan tiada melebihi yang kaya atas yang msikin.

حَقّاً عَلَى الْمُتَّقِينَ
Sebenar wasiat segala orang yang muttaqin akan Allah ini hukum mansukh dengan hukum pusaka dan dengan hadis la wasiat li waris tiada wasiat bagi waris

Isnin, 24 Februari 2014

Al Baqarah - Ayat 179



وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَاْ أُولِيْ الأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.

TAFSIR NURUL IHSAN
وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ
Hanya bagi kamu pada Qisas itu hidup
يَاْ أُولِيْ الأَلْبَابِ
Hai sekelian yang mempunyai aqal kerana seorang apabila ia ketahui ia kena bunuh apabila ia bunuh orang nescaya tertegah ia daripada bunuh orang maka menghidup ia akan dirinya dan mereka menghendaki dibunuh itu maka di syariat akan dia
لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Mudah-mudahan kamu memelihara kamu daripada berbunuh-bunuh takut qud bunuh balas, maka makna Qisas itu balasnya dan qud bunuh balas

{Qud dalm bahasa arab bermaksud bahan api/membakar iaitu menghasut supaya bunuh atau mendesaknya supaya bunuh, wallahu a’lam - kalau ada sesiapa sahaja yg membaca pos ini, sila maklumkan kalau tahun sebenarnya maksud Qud ini)

Al Baqarah - Ayat 29



هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاء فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

TAFSIR NURUL IHSAN
هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً
Ialah Allah Ta’ala itu Tuhan yang menjadi bagi kamu barang yang dalam bumi dengan bumi sekelian guna dan faedah supaya kamu ambil manafaat dengannya
ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاء فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ
Kemudian qosad IA kepada langit maka menjadi IA akan mereka itu langit tujuh lapas langit
وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dan ialah dengan tiap-tiap satu umat ketahui tafsil dan ijmal maka fikir oleh kamu bahawa Tuhan yang Kuasa menjadikan bumi dan langit yang terlebih besar daripada kamu itu kuasa atas menghidup kamu kemudian daripada mati.