وَلَا تُجَادِلْ عَنِ الَّذِينَ يَخْتَانُونَ أَنْفُسَهُمْ ۚ
Dan jangan engkau lawan ganti daripada segala orang yang khianat akan diri mereka itu dengan mengerjakan maksiat
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ خَوَّانًا أَثِيمًا
Bahawasa Allah Ta'ala itu tiada kasih IA akan orang yang banyak khianat banyak dosa
Menerbitkan semua tafsiran ayat dari kitab Tafsir Nurul Ihsan - sejak 12 Dis 2013
Selasa, 25 Julai 2017
An Nisa' - Ayat 107 Ms 190
Khamis, 20 Julai 2017
An Nisa' - Aya 106 Ms 190
وَاسْتَغْفِرِ
اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا
Dan minta ampun
olehmu akan Allah daripada cita-cita lawan ganti bahawasanya Allah Ta’ala itu
adalah Ia Tuhan Amat Mengampuni lagi Amat Rahim
An Nisa' - Ayat 105 Ms 189 - 190
Dan tatkala curi
To’mah bin Abiraq akan baju rantai dan
sembunyi akan dia pada seorang Yahudi maka di dapati padanya dekat To’mah kirim
dan bersumpah To’mah ia tiada curi maka minta kaumnya akan Nabi sollahu alaihi
wasallam bahawa lawan daripada To’mah dan lepaskan dia maka turun
إِنَّا
أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا
أَرَاكَ اللَّهُ ۚ وَلَا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيمًا
Bahawasanya kami
telah kami turun kepada engkau ya Muhammad akan kitab dengan Sebenar supaya
engkau hukum antara manusia dengan barang yang mengajar akan dikau oleh Allah Ta’ala
dan janan aada engkau bagi segala orang yang khianat itu lawan ganti
Rabu, 19 Julai 2017
An Nisa' - Ayat 104 Ms 189
dan turun tatkala
menyuruh Nabi solllahu alahi wasallam satu toifah pada ikut Abi Sufian dan
sahabatnya pada ketika kembali mereka daripada Uhud maka mengadu hal mereka itu
akan banyak kena luka
وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ
الْقَوْمِ ۖ
Dan jangan kamu
dhaif pada ikut kaum kafir kamu bunuh akan mereka itu
إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ
كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ
Jika ada kamu
sakit maka bahawasa mereka itupun sakit seperti barang yang kamu sakit juga dan
kamu ada harap daripada Allah Ta’ala barang yang mereka itu tiada harap
daripada Syurga dan ampun dosa maka sayugia bahawa kamu terlebih gemar daripada
mereka itu
وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا
حَكِيمًا
Dan adalah Allah
Ta’ala itu Tuhan yang Amat Mengetahui lagi Amat Hakim pada perbuatanNya
An Nisa' - Ayat 103 Ms 189
فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ
فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمْ ۚ
Maka apabila
selesai kamu akan sembahyang maka hendaklah kamu sebut akan Allah banyak-banyak
pada berdiri dan duduk dan berbaring atas lambung kamu arti tiap-tiap kelakuan
فَإِذَا اطْمَأْنَنْتُمْ
فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ ۚ
Maka apabila aman
kamu maka diri oleh kamu akan sembahyang dengan segala haknya
إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
كِتَابًا مَوْقُوتًا
Bahawasanya sembahyang
itu adalah ia atas segala orang mukminin fardhu yang di waktu maka tiada dita’khir
daripadanya,
Isnin, 17 Julai 2017
An Nisa' - Ayat 102 Ms 188 - 189
وَإِذَا كُنْتَ فِيهِمْ
فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلَاةَ
Dan apabila ada
engkau ya Muhammad pada mereka itu maka engkau diri bagi mereka itu akan
sembahyang pada dalam peperangan
فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ
مَعَكَ
Maka hendaklah
berdiri satu toifah daripada mereka itu serta engkau sembahyang dan ta’khir
satu toifah berhadapan seteru
وَلْيَأْخُذُوا أَسْلِحَتَهُمْ
Dan hendaklah
memegag mereka itu akan senjata-senjata mereka itu
فَإِذَا سَجَدُوا فَلْيَكُونُوا
مِنْ وَرَائِكُمْ
Maka apabila
sujud mereka itu maka hendaklah mereka itu toifah yang lain daripada belakang
kamu memelihara hingga selesai sembahyang
وَلْتَأْتِ طَائِفَةٌ أُخْرَىٰ
لَمْ يُصَلُّوا فَلْيُصَلُّوا مَعَكَ
Dan hendaklah dating
toifah yang lain yang belum sembahyang itu maka hendaklah sembahyang mereka itu
serta engkau
وَلْيَأْخُذُوا حِذْرَهُمْ
وَأَسْلِحَتَهُمْ ۗ
Dan hendaklah
mengambil mereka itu akan peliharaan mereka itu dan senjata mereka itu hingga
selesai sembahyang dan sungguhn telah mengerjakan Sollahu alaihi wasallam yang
demikian itu dengan tempat nama batin nakhli
وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ
تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ
Telah bercita-cit
oleh segala orang kafir bahawa kamu
lalai daipada senjata kamu dan mata benda kamu
فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُمْ
مَيْلَةً وَاحِدَةً ۚ
Maka timpa mereka
itu atas kamu sekali timpa inilah ilah suruh pegang senjata
وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِنْ
كَانَ بِكُمْ أَذًى مِنْ مَطَرٍ أَوْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَنْ تَضَعُوا أَسْلِحَتَكُمْ
ۖ
Dan tiada maaf
atas kamu jika ada dengan kamu itu penyakit daripada hujan atau ada kamu itu
kesakitan bahawa kamu leta senjata kamu tiada pegang
وَخُذُوا حِذْرَكُمْ ۗ
Dan ambil oleh
kamu akan peliharaan kamu daripada seteru kamu barang sekuasa-kuasa
إِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا
مُهِينًا
Bahawasa Allah Ta’ala
telah sedia bagi segala kafir akan azab yang hina
https://www.youtube.com/watch?v=g-Y-H4Fywe4
Cara2 Solat Khauf....
An Nisa' - Ayat 101 Ms 188
وَإِذَا
ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ
الصَّلَاةِ
Dan apabila kamu
musafir pada bumi maka tiada mengapa atas kamu bahawa kamu kembali sembahyang
yang empat rakaat kepada dua rakaat
إِنْ خِفْتُمْ
أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ
Jika kamu takut
bahawa fitnah akan kamu oleh segala orang kafir iaitu musafir perjalanan empat
puluh lapan mil dua marhalah perjalanan empat berada pada Mazhab As Syafie enam
pada Hanafi
إِنَّ الْكَافِرِينَ كَانُوا
لَكُمْ عَدُوًّا مُبِينًا
Bahawasa segala
kafir itu adalah mereka itu bagi kamu seteru yang nyata sembahyang syiddatul
Khauf
Rabu, 12 Julai 2017
An Nisa' - Ayat 100
۞ وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ
مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً
Dan bermula
mereka yang hijrah pada jalan agama Allah nescaya dapat ia pada bumi itu tempat
berpindah yang banyak tempat-tempat dan dapat kelapangan pada rezeki dan
mendiri agama
ۚ وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ
وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۗ
Dan barang siapa
yang keluar daripada rumahnya hijrah kepada Allah dan rasulNya keudian
mendapatkan dia oleh maut di jalan maka sungguh telah jatuh wajib pahalanya
atas Allah Ta’ala kata ulama’ demikianlah merek yang qosad kerja satu taaat
kemudian lemah ia daripada sempurnanya
وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Dan adalah Allah
Ta’ala itu Tuhan yang amat mengampuni lagi kasih sayang
Selasa, 11 Julai 2017
An Nisa' - Ayat 99 Ms 187
فَأُولَٰئِكَ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَعْفُوَ عَنْهُمْ ۚ
Maka mereka itu
mudah-mudahan Allah Ta’ala bahawa memaaf mengampun daripada mereka itu
وَكَانَ اللَّهُ عَفُوًّا
غَفُورًا
Dan adalah Allah
Ta’ala itu Tuhan yang Amat Memaaf lagi Mengampuni
An Nisa' - Ayat 98 Ms 187
إِلَّا
الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ لَا
يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلَا يَهْتَدُونَ سَبِيلًا
Melainkan segala
orang yang dhaif-dhaif daripada lelaki dan perempuan dan wildan kanak-kanak
yang tiada kuasa mereka itu berpidah sebab tida nafkah dan tiada kuat berjalan
dan tiada dapat mereka itu akan jalan kepada hijrah
Isnin, 10 Julai 2017
An Nisa' - Ayat 97 Ms 187
إِنَّ
الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ
Bahawasa segala mereka yang wafat akan mereka tu oleh Malakul Maut hal
zalim mereka itu akan diri mereka itu dengan duduk serta orang kafir dan
tinggal hijrah
قَالُوا
فِيمَ كُنْتُمْ ۖ
Kata mereka itu apda apa satu ada kamu pada pekerjaan agama kamu
قَالُوا
كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ ۚ
Kata mereka tu adalah kami dhaif pada dalam bumi Makkah pada mendiri agama
قَالُوا
أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً
Kata mereka itu Malaikat tiadakah bumi Allah Ta’ala itu luas
فَتُهَاجِرُوا
فِيهَا ۚ
Maka kamu berpindah padanya daripada bumi kafir kepada bumi Islam sunat
pindah dari negeri kafir kepada negeri Islam jika dapat menzahir agama dan jika
tiada nescaya wajib pindah
فَأُولَٰئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
FirmanNya maka mereka itulah tempat kembali mereka itu neraka jahannam dan
sejahat-jahat ia tempat kembali
Ahad, 9 Julai 2017
An Nisa' - Ayat 96 Ms 187
دَرَجَاتٍ
مِنْهُ وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً ۚ
Akan beberapa darjat setengah atas
setengah daripada kemuliaan dan ampunan dan rahmat darpada Allah Ta’ala
وَكَانَ
اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Dan adalah Allah Ta’ala itu Amat Mengetahui lagi kasih sayang bagi auliya’Nya dan ahli taatNya
Isnin, 19 Jun 2017
An Nisa' - Ayat 95 Ms 186 - 187
لَا
يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ
وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ ۚ
Tiada bersamaan
segala orang yang duduk daripada perang daripada orang yang mukmin yang iada
empunyai dharar dengan lemah atau buta atau penyakit itu dan segala orang yang
berperang dengan orang tiada berperang
فَضَّلَ
اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ
دَرَجَةً ۚ
Telah melebihi
Allah Ta’ala akan segala orang yan berperang dengan harta mereka itu dan diri
mereka itu atas segala orang yang duduk tiada berperang itu beberapa darjat
fadhilat kerana bersamaan keduanya pada niat dan lebih mujahidin dengan perbuat
kerja
وَكُلًّا
وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَىٰ ۚ
Dan akan tiap-tiap
itu menjanji Allah akan hasani kebaikkan syurga
وَفَضَّلَ
اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا
Dan telah melebihi
Allah akan segala mujahidin atas segala yang duduk daripada perang itu pahaa
yang besar-besar
Rabu, 14 Jun 2017
An Nisa' - Ayat 94 Ms 186
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا ضَرَبْتُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَتَبَيَّنُوا
Hai segala mereka
yang beriman apabila musafir kamu pada berperang sabilillah maka ambil
kenyataan oleh kamu hingga menyata muslim daripada kafir
وَلَا
تَقُولُوا لِمَنْ أَلْقَىٰ إِلَيْكُمُ السَّلَامَ لَسْتَ مُؤْمِنًا
Dan jangan kamu
kata bagi mereka yang melontar kepada kamu salam itu tiada engkau beriman dan
hanya kata kerana memelihara nyawa dan hartanya maka kamu bunuh akan dia
تَبْتَغُونَ
عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
Kamu tuntut akan
mati tanda hidup dunia rampasan
فَعِنْدَ
اللَّهِ مَغَانِمُ كَثِيرَةٌ ۚ
Maka pada sisi
Allah Taa’ala beberapa ghanimah yang banyak mengkaya akan kamu daripada bunuh
kerana harta
كَذَٰلِكَ
كُنْتُمْ مِنْ قَبْلُ
Seperti demikian
itulah ada kamu dariapda masa dahulu dipelihara darah kamu dan harta kamu
dengan semata-mata kalimah syahadah sahaja
فَمَنَّ
اللَّهُ عَلَيْكُمْ
Maka mengurnia
Allah ta’ala atas kamu dengan masyhur iman dan istiqamah
فَتَبَيَّنُوا
ۚ
Maka apabila
kenyataan oleh kamu bahawa jangan kamu bunuh orang mukmin dan perbuat oleh kamu
dengan orang yang masuk Islam seperti barang yang diperbuat dengan kamu pada
mula kamu Islam
إِنَّ
اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا
Bahawasa Allah
ta’ala adalah Ia dengan barang yang kamu beraqal itu amat mengetahui maka
membalas akan kamu dengannya
Isnin, 12 Jun 2017
An Nisa' - Ayat 93 Ms 185 - 186
وَمَنْ يَقْتُلْ
مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا
Dan barang siapa
bunuh akan orang mukmin dengan sengaja qosad bunuh dengan suatu yang memati
pada ghalib
فَجَزَاؤُهُ
جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ
عَذَابًا عَظِيمًا
Maka balasan itu
neraka jahannam hal kekal ia pada dalanya dan murka Allah atasnya dan
melaknatkan dia daripada rahmatNya dan menyedia baginya akan azab yang
besar-besar dalam neraka ini balasan jika menghalal bunuh atau jika dibalas
pada ibnu Abbas atas zohirnya dan telah menyata oleh ayat Baqarah bahawa orang
yang bunuh sengaja dibunuh dengannya dan wajib diat jika dimaaf daripada bunuh
dan menyata sunnah antara ‘amad dan khoto’ satu bunuh dinama syibih al amd
menyerupa sengaja iaitu bahawa membunuh dengan satu yang tiada memati tiba-tiba
mati tiada qisas hanya diat dan turun tatkala lalu jamaat peperangan daripada
sahabat dengan seorang laki Bani Saleem dan ia halau kambing maka beri salam ia
atas mereka itu maka membunuh akan dia oleh Usamah bin Zaid dengan pedangnya
dengan syak tiada Islam seperti Bani Saleem yang lain-lain lari sekelian
An Nisa' - Ayat 92 Ms 184 - 185
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَنْ يَقْتُلَ مُؤْمِنًا إِلَّا
خَطَأً ۚ
Tiada sayugia
seorang mukmin itu membunuh akan seorang dengan tersalah daripada qosadnya
seperti qosad lontar perburuan atau kayu maka kena pada seorang atau pukul
dengan stu yang tiada memati tiba-tiba mati
وَمَنْ قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَأً فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ
مُؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ
Dan barang siapa
membunuh akan seseorang dengan tersalah maka hukuman kena merdeka seorang hamba
mukminah dan kena diat yang diserahkan pada ahli waris simati
إِلَّا أَنْ يَصَّدَّقُوا ۚ
Melainkan bahawa
bersedekah mereka itu atasnya dengan maaf daripada diat dan telah menyata oleh
sunnah Nabi bahawa diat seratus unta dua puluh binti makhadh dan demikian binti
labun dan ibn labun dan haknya dan juz’ah atas ‘aqilah yang membunuh iaitu
segala ‘asobahnya lain daripada asal dan furu’ dibahagian atas mereka itu yang
kaya nisfu dinar yang pertengahan rubu’ dalam tiga tahun maka jika tiada
mencukupi maka daripada baitulmal dan jika teruzur maka atas yang membunuh
فَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ عَدُوٍّ لَكُمْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ
فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ ۖ
Dan jika ada yang
kena bunuh itu daripada kaum seteru kamu dan ia mukmin maka kena meredeka hamba
yang mukminah kaffarah dan tiada diat kerana ahlinya kafir harbi
وَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ
فَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ
Dan jika ada ia
daripada kaum yang ada antara kamu dan mereka itu itu perjanjian seperti ahli
zimmah maka kena diat diserah pada ahlinya iaitu thuluth diat mukmin jika orang
yahudi atau nasrani dan dua thuluth ‘usyur jika majusi dan merdeka seorang
hamba yang mukminah atas yang membunuh
فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ
Maka barang siapa
tiada dapat hamba maka puasa dua bulan berturut-turut atasnya kaffarah
تَوْبَةً مِنَ اللَّهِ ۗ
Disuruh yang demikian
itu taubat daripada Allah Ta’ala
وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Dan adalah Allah
Taala itu yang Amat Mengetahui lagi Amat Pandai pada tadbir makhluknya.
Isnin, 5 Jun 2017
An Nisa' - Ayat 91 Ms 184
سَتَجِدُونَ آخَرِينَ يُرِيدُونَ أَنْ
يَأْمَنُوكُمْ
Lagi kamu dapati akan kaum yang lain itu menghendaki mereka itu bahawa aman
mereka itu akan kamu dengan zahir iman
وَيَأْمَنُوا قَوْمَهُمْ
Dan aman mereka itu akan kaum mereka itu dengan menzahir kufur iaitu kaum
Asad dan kaum Ghatfan Yahudi keliling Madinah Ar Rasul
كُلَّ مَا رُدُّوا إِلَى الْفِتْنَةِ
أُرْكِسُوا فِيهَا ۚ
Tiap-tiap dikembali mereka itu kepada fitnah syirik nescaya masuk mereka
itu padanya dengan bersungguh-sungguh
فَإِنْ لَمْ يَعْتَزِلُوكُمْ وَيُلْقُوا
إِلَيْكُمُ السَّلَمَ
Maka jika tiada tinggal mereka itu akan perang kamu dan tiada melontar
mereka itu kepada kamu akan sulhu
وَيَكُفُّوا أَيْدِيَهُمْ
Dan tiada menahan mereka itu akan tangan mereka itu daripada perang kamu
فَخُذُوهُمْ وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ
ثَقِفْتُمُوهُمْ ۚ
Maka ambil oleh kamu akan mereka itu tawan dan bunuh oleh kamu akan mereka
itu di mana tempat yang kamu dapati akan mereka itu
وَأُولَٰئِكُمْ جَعَلْنَا لَكُمْ
عَلَيْهِمْ سُلْطَانًا مُبِينًا
Dan bermula sekelian kamu itu telah kami jadi bagi kamu atas mereka itu
kekerasan yang nyata atas bunuh dan tawan mereka itu kerana tipu mereka itu
An Nisa' - Ayat 90 Ms 183
إِلَّا الَّذِينَ يَصِلُونَ إِلَىٰ قَوْمٍ
بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ
Melainkan segala mereka yang datang berhubung kepada kaum yang ada antara
kamu dan antara mereka itu termeteri perjanjian dengan aman maka mereka itupun
aman seperti barang yang mua’hadah Nabi sollahu alaihi wasallam akan Hilal bin
Uwaimir al Aslakhi
أَوْ جَاءُوكُمْ حَصِرَتْ صُدُورُهُمْ
أَنْ يُقَاتِلُوكُمْ أَوْ يُقَاتِلُوا قَوْمَهُمْ ۚ و
Atau mereka yang datang akan kamu sungguh telah picik oleh dada mereka itu
daripada bahawa perang mereka itu akan kamu serta kaum mereka itu atau perang
mereka itu akan kaum mereka itu serta kamu arti menegah diri mereka itu daripada
perang kamu dan mereka itu maka janganlah engkau hadapan pada mereka itu dengan
tawan dan bunuh dan ini ayat mansukh dengan ayat saif
َلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَسَلَّطَهُمْ
عَلَيْكُمْ فَلَقَاتَلُوكُمْ ۚ
Dan jika dikehendaki Allah nescaya mengerasi ia akan mereka itu atas kamu
maka perang mereka itu akan kamu dan tetapi tiada dikehendaki maka dilontar
dalam hati mereka itu ketakutan
فَإِنِ اعْتَزَلُوكُمْ فَلَمْ
يُقَاتِلُوكُمْ وَأَلْقَوْا إِلَيْكُمُ السَّلَمَ
Maka jika meninggal mereka akan kamu maka tiada perang mereka itu akan kamu
dan melontar mereka itu kepada kamu akan sulhu
فَمَا جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ عَلَيْهِمْ
سَبِيلًا
Maka tiada dijadikan Allah bagi kamu atas mereka itu jalan dengan tawan dan
buuh
An Nisa' - Ayat 89 Ms 183
وَدُّوا لَوْ تَكْفُرُونَ كَمَا كَفَرُوا
فَتَكُونُونَ سَوَاءً ۖ
Bercita-cita mereka itu bahawa jadi kufur kamu seperti kufur mereka itu
maka jadi kamu iu bersamaan dengan mereka itu pada kufur
فَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ أَوْلِيَاءَ
Maka jangan kamu ambil seorang daripada mereka itu perbuat beri perintah
dan jika menzahir mereka itu iman sekalipun
حَتَّىٰ يُهَاجِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ
ۚ
Hingga hijrah mereka itu pada jalan agama Allah akan hijrah yang sohih yang
tahqiq iman mereka itu
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَخُذُوهُمْ
وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ ۖ
Maka jika berpaling mereka itu daripada beriman maka ambil oleh kamu akan
mereka itu dengan tawan dan bunuh oleh kamu akan mereka itu di mana tempat kamu
dapat akan mereka itu
وَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ وَلِيًّا
وَلَا نَصِيرًا
Dan jangan diambil seorag daripada mereka itu perbuat perintahan dan
pertolongan atas seteru kamu
Isnin, 29 Mei 2017
An Nisa' 88 Ms 182 - 183
۞ فَمَا لَكُمْ فِي
الْمُنَافِقِينَ فِئَتَيْنِ
Maka apa kerana jadi kamu pada orang munafiqin dua puak
وَاللَّهُ أَرْكَسَهُمْ بِمَا كَسَبُوا ۚ
Dan Allah Ta’ala itu memaling mereka itu daripada perang dengan sebab
barang yang usaha mereka itu dariada kufur dan maksiat supaya mereka itu tiada
dapat pahala perang
أَتُرِيدُونَ أَنْ تَهْدُوا مَنْ أَضَلَّ
اللَّهُ ۖ
Adakah kamu kehendaki bahawa kamu hidayah akan mereka yang telah disesat
akan dia oleh Allah Ta’ala
وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَنْ تَجِدَ
لَهُ سَبِيلًا
Dan barang siapa yang menyesat akan dia oleh Allah Ta’ala maka tiada engkau
dapat baginya jalan kepada hidayah
An Nisa' - Ayat 87 Ms 182
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ
Bermula Allah itu Tuhan yang tiada tuhan melainkan IA jua
لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ
الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ ۗ
Demi Allah lagi menghimpun IA akan kamu pada hari qiamat yang tiada syak
padanya daripada kubur kamu
وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ حَدِيثًا
Dan tiada seeorang yang terlebih benar daripada Allah Ta’ala perkataan dan
tatkala kembali munafiqin daripada perang Uhud bersalahan sahabat Nabi pada
mereka itu maka kata satu firqah (kumpulan) bunuhkan mereka itu dan kata
ffirqah lain jangan maka turun
An Nisa' - Ayat 86 Ms 182
وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا
بِأَحْسَنَ مِنْهَا
Dan apabila di tahiyyat ta’zhim hormat akan kamu kamu dengan satu
kehormatan maka tahiyyat oleh kamu dengan yang terlebih baik daripadanya
seperti dikata bagi kamu
السلام عليكم
maka kamu jawab
وعليكم السلام رحمة الله وبركاته
أَوْ رُدُّوهَا ۗ
Atau kamu kembali akan dia sebanyak perkataan sahaja tiada lebih wajib
salah satu
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ
حَسِيبًا
Bahawasa Allah T’ala itu adalah Ia atas tiap-tiap sesuatu menghisab maka
membalas IA atasnya setengah daripadanya jawab salam dan telah menentu oleh
hadis dengan tiada wajib jawab salam kafir dan orang bid’ah dan fasiq dan atas
orang qoda hajat dan orang dalam hamam (tandas) dan orang tengah makan tetapi makruh dan dikata
bagi kafir
وعليك
dan atas engkau kerana ia apa yang
السام عليكم
erti mati
Langgan:
Catatan (Atom)
