Isnin, 23 Mei 2016

An Nisa' - Ayat 5 (M/s 155)

وَلَا تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمُ الَّتِي جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ قِيَامًا
Dan jangan kamu beri hai segala wali-wli akan segala orang safih yang membazir daripada lelaki dan perempuan dan kanak-kanak itu akan segala harta mereka itu yang ada pada tangan kamu yang Allah Ta’ala jadi bagi kamu peliharanya
وَارْزُقُوهُمْ فِيهَا
Dan beri rezeki oleh kamu akan mereka itu dalamnya keuntungan labanya dengan kamu perbuat meniaga padanya
وَاكْسُوهُمْ
Dan beri pakaian oleh kamu akan merekka itu
وَقُولُوا لَهُمْ قَوْلًا مَعْرُوفًا  ﴿النساء:٥﴾

Dan kata oleh kamu bagi mereka itu akan perkataan yang baik-baik dengan hendak beri harta mereka itu manakala mereka itu cerdik

An Nisa' - Ayat 4 (m/s 155

وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً  
Dan diberi oleh kamu akan segala perempuan itu akan segala mahar mereka itu pemberian daripada kesukaan
فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا  ﴿النساء:٤﴾

Dan jika suka mereka itu perempuan beri bagi kamu suatu daripada mahar hati maka hebat mereka itu bagi kamu maka makan oleh kamu akan dia lazat puasa tiada mudharat atasnya kamu pada Akhirat dan turun kerana menolak atas mereka yang beni yang demikian 

Selasa, 17 Mei 2016

An Nisa' - Ayat 3 (M/s 155)

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ
Dan jika kamu ketahui bahawa tiada kamu kuasa berbuat adil pada isteri kamu yang anak-anak yatim pada mahar dan nafqah giliran
فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ  
 nikah oleh kamu barang yang baik bagi kamu daripada perempuan lain daripada anak yatim itu dua-dua sekali dan tiga-tiga sekali dan empat-empat sekali dan jangan lebih atasnya
فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً
Dan jika kamu ketahui bahawa tiada kamu kuasa berbuat adil pada mereka itu dengan nafkah dan giliran maka seorang perempuan kamu nikah akan dia sahaja
أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ  
Atau barang yang milik oleh tangan kanan kamu daripada hamba perempuan kerana tiada kena hak bagi mereka itu seperti perempuan merdeka
ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا  

Bermula demikian itu nikah tiada lebih empat atau nikah satu atau bergundik itu terlebih hampir bahawa tiada kamu berbuat zalim dengan nikah anak-anak yatim kerana hartanya sahaja.

An Nisa' - Ayat 2 (M/s 154)

وَآتُوا الْيَتَامَىٰ أَمْوَالَهُمْ  
Dan beri oleh kamu akan segala anak yatim itu akan segala harta mereka itu apabila baligh
وَلَا تَتَبَدَّلُوا الْخَبِيثَ بِالطَّيِّبِ  
Dan jangan kamu tukar akan harta kamu yang hodoh dengan harta anak yatim yang baik-baik kamu ambilkan dia
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَهُمْ إِلَىٰ أَمْوَالِكُمْ  
Dan jangan kamu makan segala harta mereka itu campur harta kamu
إِنَّهُ كَانَ حُوبًا كَبِيرًا  

Bahawasanya makan harta yatim adalah ia dosa besar dan tatkala turun ini hukum menegah mereka itu wali daripada pelihara yatim dan adalah pada mereka itu mereka yang ada pada bawahnya sepuloh atau lapan daripada isteri anak-anak yatim maka tiada perbuat adil antara mereka itu maka turun

Isnin, 16 Mei 2016

An-Nisa' - Ayat 1 (M/s 154)

 أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ
Hai segala manusia takut oleh kamu akan Tuhan kamu yang menjadi IA akan kamu daripada diri yang satu Adam dengan kamu taat akan DIA dan jangan kamu maksiatkan DIA
وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا
Dan menjadi IA daripadanya Adam itu isterinya Hawa’ daripada satu tulang rusuk Adam yang kiri dalam Syurga dengan tiada berasa Adam
وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً  
Dan menghambur IA daripada keduanya akan beberapa laki-laki yang banyak dan perempuan yang banyak kata setengah ulama tiada mati Adam hingga lihat anak cucu cicit empat puluh ribu
وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ
Dan takut oleh kamu akan Allah Ta’ala Tuhan yang kamu berpinta-pinta dengannya seperti kata setengah kepada setengah
أسألُك بالله وأنشدُك بالله
Aku pinta akan dikau dengan nama Allah dan aku bersumpah akan dikau dengan nama Allah berikan daku anu
وَالْأَرْحَامَ
Dan takut kamu akan segala Rahim kerana memutuskan Rahim itu dosa besar dan membawa kepapaan dan pendek umor dan sebab segala kejahatan dan menghubung itu pintu kebajikan dan panjang umor dan murah rezeki rupanya hubung Rahim itu dengan berbuat kebaikkan dan khidmat dan sempurna hajat dan dengan beri surat jika jauh dan beriberi-berian
 إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا  
Bahawasanya Allah Ta’ala itu adalah mengintai-intai segala amalan kamu maka membalas akan kamu dengannya dan turun pada anak yatim yang menuntut daripada walinya hartanya maka menegah IA akan dia dan pergi mereka itu kepada Nabi Muhammad sollahu alahi wasallam


Ahad, 8 Mei 2016

Ali Imran - Ayat 200 (M/s 153) Ayat Terakhir

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا
Hai segala orang yang beriman sabar oleh kamu atas taat dan daripada maksiat dan bala’
وَصَابِرُوا
Dan sabar kamu akan berperang kafir jangan kafir lebih sabar dari kamu
وَرَابِطُوا
Dan ambil rabitah kamu timbangan jaga seteru atau timbangan hati dengan Allah
وَاتَّقُوا اللَّهَ
Dan takut kamu akan Allah Ta’ala pada segala kelakuan kamu
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ {200}

;mudah-mudahan dapat kemenangan kamu dengna Syurga dan lepas dariapda neraka, faidah barang siapa baca surah Ali Imran diberi dengan tiap-tiap itu ayat aman atas titi neraka jahannam.

Ali Imran - Ayat 199 (M/s 153)

وَإِنَّ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَمَنْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِمْ
Dan setengah daripada kafir ahli kitab itu mereka yang beriman dengan Allah dan barang yang turun kepada kamu Quran dan barang yang turun kepada mereka itu Taurat dan Injil seperti Abdullah bin Salam dan segala lsahabatnya dariapda Yahudi dan Raja Najasyi negeri Habasyah dariapda Nasrani dan tiga puluh orang daripada habasyah dan delapan daripada Rom dan empat puloh lelaki dariapda ahli Najran sekelian atas agama Isa maka beriman sekelian dengan Nabi Muhammad
خَاشِعِينَ لِلَّهِ لَا يَشْتَرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلًا ۗ
Hal keadaan khusyuk mereka itu sekelian bagi agama Allah semata-mata tiada menukar mereka itu dengan segala hukum Allah itu akan harga yang sedikit dariapda dunia dengan sembunyi atau tukar hukum Allah atau sifat Nabi seperti perbuatan Yahudi yang lain-lain
أُولَٰئِكَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ ۗ
Bermula mereka itu ahli kitab ang beriman itu bagi mereka itu pahala mereka itu apda sisi Tuhan mereka itu dua kali ganda beriman dengan kitab mereka itu dan Quran seperti firman ألئك يموتون اجرهم مرتين   
إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ {199}

Bahawasa Allah Ta’ala itu yang amat cepat hisab dihisab segala makhluk kadar sekerat hari dunia

Ali Imran - Ayat 198 (M/s 153)

لَٰكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا
Tetapi bermula segala mereka yang takut akan Tuhan merekka itu dengan junjung suruh dan tegah itu bagi mereka itu beberapa syurga yang mengalir daripada bawahnya segala air sungai kekal mereka itu di dalam manakala masuk
نُزُلًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ۗ
Tempat perhentian daripada sisi Allah Ta’ala
وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِلْأَبْرَارِ {198}

Dan barang yang sisi Allah daripada tsawab itu terlebih baik bagi segala orang yang baik-baik dariapda mata benda dunia

Ali Imran - Ayat 196 & 197

لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلَادِ {196}
مَتَاعٌ قَلِيلٌ
Jangan menipu akan dikau oleh berulang-ulang segala orang kafir pada dalam negeri dengan gambaran dan kekayaan iaitu bersedap-sedap sedikit sahaja dalam dunia kemudian papa ia
ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۚ وَبِئْسَ الْمِهَادُ {197}

Kemudian tempat kembali mereka itu neraka jahannam dan sejahat-jahat hamparan neraka itu.

Ahad, 1 Mei 2016

Ali Imran - Ayat 195 (M/s 152)

 فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ
Maka membenarkannya bagi mereka itu oleh Tuhan mereka itu
أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ ۖ بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ ۖ
Dengan bahawa aku tiada aku siksakan akan amalan orang yang beramal daripada kamu daripada lelaki atau perempuan setengah kamu daripada setengah bersamaan pada balasan dengan amal dan tiada sia-sia turun ini ayat tatkala berkata Ummu Salamah ya Rasulallah bahawa saya taida pernah dengan sebut perempuan pada hijrah satu
فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا
Maka bermula segala mereka yang hijrah mereka itu ke Madinah dan keluar mereka itu daripada kampung mereka itu Mekah dan disakiti mereka itu ada jalan agama aku dan berperang mereka itu akan kafir dan dibunuh mereka itu
لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَاِ {195}
 Sungguh aku hendak kaffarah daripada mereka itu akan segala kesalahan mereka itu dan aku hendak masuk akan mereka itu akan beberapa syurga yang mengalir daripada bawah mahligainya oleh segala air sungai akan pahala daripada sisi Allah dan Allah Ta’ala itu apda sisiNya pahala yang baik-baik balasan dan turun tatkala kata muslimun kafir seteru Allah pada penghlihatan kesenangan dan kita pada kesusahan

Ali Imran - Ayat 194 (M/s 151 - 152)

رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ
Hai Tuhan kami dan beri olehMu akan kami barang yang Engkau janji akan kami atas lidah segala Rasul Engkau daripada rahmat syurga dan kurnia dan mengulang-ulang ROBAANA itu mubalaghah pada tadorru’
وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ {194}

Dan jangan Engkau keji akan kami pada hari kiamat kerana bahawasa Engkau tuhan yang tiada menyalahi janji sekali-kali dengan bangkit dan jaza’

Ali Imran - Ayat 193 (M/s 151)

رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ
Hai Tuhan kami telah kami dengr akan suaranya yang menyeru akan manusia keapda beriman dengan Allah iaitu Muhammad atau Quran
أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ
Bahawa beriman oleh kamu dengan Tuhan kamu
فَآمَنَّا ۚ
Maka telah beriman kami dengannya
رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ 193}

Hai Tuhan kami maka ampun olehMu bagi kami akan segala dosa kami dan kafaratkan daripada kami akan segala kesalahan kami dan wafatkan kami serta segala orang yang baik-baik daripada anbiya dan solihin

Isnin, 25 April 2016

Ali Imran - Ayat 192 (M/s 151)

رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ ۖ
Hai Tuhan kami bahawasa Engkau sesiapa yang Engkau masuk akan neraka itu maka sungguh telah Engkau hinakan dia.
وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ {192}

Dan tiada bagi segala orang yang zalim itu daripada pertoongan yang menegah akan mereka itu daripada azab Allah

Ali Imran - Ayat 191 (M/s 151)

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ
Segala mereka yang banyak menyebut akan Allah ketika berdiri dan duduk dan berbaring mereka itu makna pada tiap-tiap kelakuan
وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
Dan mengambil fikiran mereka itu pada kejadian tujuh lapis langit dan bumi supaya mengambil dalil mereka itu atas kekuasaan Allah Ta’ala yang menjadikan keduanya berkata mereka itu
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا
Hai Tuhan kami tiada Engkau jadi akan kejadian yang kami lihat ini batil bermain sahaja tetapi dalil atas kesempurnaan kudrat engkau
سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ {191}

Maha suci Engkau maka peliharakan kami akan azab neraka.

Ali Imran - Ayat 190 (M/s 151)

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
Bahawasanya pada kejadian tujuh petala langit dan bumi dan barang yang dalam keduanya daripada segala yang ajaib-ajaib
وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
Dan bersalahan malam dan siang dengan datang pergi dan lebih dan kurang itu
لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ {190}

Beberapa dalil yang menunjukkan atas qudah Allah Ta’ala bagi segala orang yang mempunyai akal fikiran