Isnin, 18 April 2016

Ali Imran - Ayat 188 (M/s 150)

لَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَا أَتَوْا وَيُحِبُّونَ أَنْ يُحْمَدُوا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوا
Jangan engkau sangka akan segala mereka yang suka mereka itu dengan barang yang datang oleh mereka itu daripada menyesatkan manusia dan suka bahawa dipuji orang dengan barang yang tiada mereka itu kerja daripada berpegang dengan hak dan mereka itu atas dholalah sesat
فَلَا تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِنَ الْعَذَابِ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ {188}
Maka jangan engkau sangka akan mereka itu dengan kelapangan daripada azab neraka pada akhirat

PENJELASAN :
Pada pandangan saya, ayat ini mempunyai kaitan dengan ayat 183, Yahudi yang suka dipuji ialah apabila rasa bahawa mereka telah berjaya mempertikaikan kerasulan baginda sollahu alaihi wasallm dengan meminta dibawakan qurban sebagaimana yang berlaku nabi-nabi yang terdahulu. Tindakan mereka mempertikaikan hal ini menyebabkan mereka menerima pujian dari orang-orang yahudi. Keadaan ini berkaitan rapat dengan keratan pertama ayat 183, Firman Allah Ta'ala
الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ عَهِدَ إِلَيْنَا أَلَّا نُؤْمِنَ لِرَسُولٍ حَتَّىٰ يَأْتِيَنَا بِقُرْبَانٍ تَأْكُلُهُ النَّارُ ۗ

Segala mereka Yahudi yang berkata bahawasa Allah Ta’ala telah janjikan kepada kepada kami bahawa tiada kami beriman bagi seorang Rasul itu hingga bawa datang ia akan kami dengan korban yang makan akan dia oleh api maka tiada kami beriman dengan engkau ya Muhammad hingga engkau bawa datangg akan kami dengannya maka makna korban itu barang yang dihampir diri dengannya kepada Allah Ta’ala daripada ni’am dan lainnya jika diterima dating api puteh daripada langit maka membakar akan dia dan jika tiada tinggal ia tempatnya dan dijanji kepada Bani Israel yang demikian itu dalam Taurat melainkan Nabi Isa dan Nabi Muhammad tiada janji itu firnam Allah Ta’ala

Akan tetapi Allah membalas kejahatan mereka mempersenda-sendakan Rasulullah sollahu alaihi wasallam dengan keratan ayat kedua sebagaimana di bawah. Kalau disebabkan tidak berjaya mendatangkan qurban kamu tidak beriman, bagaimana pula nai-nabi yang telah membawa mukjia seperti qurban, mereka juga tidak beriman, malah membunuh nabi-nabi tersebut.

قُلْ قَدْ جَاءَكُمْ رُسُلٌ مِنْ قَبْلِي بِالْبَيِّنَاتِ وَبِالَّذِي قُلْتُمْ فَلِمَ قَتَلْتُمُوهُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ {183}

Kata olehmu Ya Muhammad sungguh telah dating akan kamu oleh beberapa Rasul daripada dahulu daripada aku dengan beberapa mukjizat kenyataan dan dengan yang kamu kata itu maka kerana apa kamu bunuh akan mereka itu seperti Nabi Zakaria dan Yahya anaknya jika ada kamu itu sebenar pada bahawa kamu hendak beriman ketika di dating dengan korban maka khitab ini kepada Yahudi zaman Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam dan perbuatan itu tok nenek mereka itu kerana suka redha mereka itu dengan demikian itu.

wallahu a'lam.

Sabtu, 16 April 2016

Ali Imran - Ayat 187 (M/s 150)

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلَا تَكْتُمُونَهُ
Dan ketika di ambil Allah Ta’ala akan perjanjian segala mereka yang diberi kitab itu hendaklah menyatakan mereka itu akan dia kitab bagi manusia dan jangan bersembunyi mereka itu akan dia
فَنَبَذُوهُ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ
Maka melontarkan mereka itu akan dia perjanjian itu pada balik belakang mereka itu tiada diikut akan dia
وَاشْتَرَوْا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا ۖ
Dan beli tukar mereka itu dengannya ini ambil harga yang sedikit daripada orang jahil-jahil mereka itu dengan kemegahan mereka itu pada ilmu maka menyembunyikan mereka itu akan dia takut luput atasnya upahan itu
فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ {187}

Sejahat-jahat barang yang membeli mereka itu.

Ali Imran - Ayat 186

لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ
Dari Allah lagi dicuba akan kamu pada segala harta kamu dengan zkat dan binasa dan diberi kamu dengan diberati berbuat ubadat dan sakit demam
وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا أَذًى كَثِيرًا ۚ
Dan lagi kamu dengar daripada segala mereka yang diberi akan kitab daripada dahulu kamu Yahudi dan Nasara dan daripada segala musyrikin Arab itu akan menyakiti yang banyak daripada maki dan tuduh jahat dan menyebut kelakuan perempuan Islam pada orang kafir
وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ {186}

Dan jika kamu sabar dan kamu takut akan Allah atas yang demikian itu maka bahawasanya yang demikian itu daripada sebaik-baik segala pekerjaan

Isnin, 11 April 2016

Ali Imran - Ayat 185 (M/s 149 - 150)

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ
Tiap-tiap yang bernyawa itu merasai mati jasadnya nyawanya tiada mati.
وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ
Dan hanya dimatikan kamu itu supaya hendaklah disempurna akan kamu akan segala balasan amalan kamu pada hari kiamat khaira atau syarra baik atau jahat
فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ
Maka barang siapa yang jauh daripada neraka dan dimasuk akan syurga maka sungguhn telah dapat sehabis-habis tuntutan bahagia.
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ {185}
Dan tiada kehidupan dalam dunia itu melainkan bersedap-sedap bangsa tipu bersedap-sedap sebenar kemudian hilang

Ali Imran - Ayat 184 (M/s 149)

فَإِنْ كَذَّبُوكَ فَقَدْ كُذِّبَ رُسُلٌ مِنْ قَبْلِكَ جَاءُوا بِالْبَيِّنَاتِ وَالزُّبُرِ وَالْكِتَابِ الْمُنِيرِ {184}
Maka jika mendustakan mereka itu akan dikau Ya Muhammad maka sungguhn telah dusta beberapa banyak Rasul dahulu daripada engkau yang bawa dating mereka itu dengan beberapa mukjizat kenyataan dan beberapa kitab seperti suhuf Ibrahim dan kitab yang nyata iaitu Taurat dan Injil maka hendaklah engkau sabra Ya Muhammad seperti yang mereka itu Nabi sabar akan itu.


Ali Imran - Ayat 183 (M/s 149)

الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ عَهِدَ إِلَيْنَا أَلَّا نُؤْمِنَ لِرَسُولٍ حَتَّىٰ يَأْتِيَنَا بِقُرْبَانٍ تَأْكُلُهُ النَّارُ ۗ
Segala mereka Yahudi yang berkata bahawasa Allah Ta’ala telah janjikan kepada kepada kami bahawa tiada kami beriman bagi seorang Rasul itu hingga bawa datang ia akan kami dengan korban yang makan akan dia oleh api maka tiada kami beriman dengan engkau ya Muhammad hingga engkau bawa datang akan kami dengannya maka makna korban itu barang yang dihampir diri dengannya kepada Allah Ta’ala daripada ni’am dan lainnya jika  datang api puteh daripada langit maka membakar akan dia dan jika tiada tinggal ia tempatnya dan dijanji kepada Bani Israel yang demikian itu dalam Taurat melainkan Nabi Isa dan Nabi Muhammad tiada janji itu firman Allah Ta’ala
قُلْ قَدْ جَاءَكُمْ رُسُلٌ مِنْ قَبْلِي بِالْبَيِّنَاتِ وَبِالَّذِي قُلْتُمْ فَلِمَ قَتَلْتُمُوهُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ {183}
Kata olehmu Ya Muhammad sungguh telah datang akan kamu oleh beberapa Rasul daripada dahulu daripada aku dengan beberapa mukjizat kenyataan dan dengan yang kamu kata itu maka kerana apa kamu bunuh akan mereka itu seperti Nabi Zakaria dan Yahya anaknya jika ada kamu itu sebenar pada bahawa kamu hendak beriman ketika di dating dengan korban maka khitab ini kepada Yahudi zaman Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam dan perbuatan itu tok nenek mereka itu kerana suka redha mereka itu dengan demikian itu.


Isnin, 21 Mac 2016

ALI IMRAN - AYAT 182 (Muka Surat 148 - 149)



belog|amiyo: :: Azab Meninggalkan Solat yang Sungguh Mengerikan ::
ٰذَٰلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيكُمْ
Bermula yang demikian azab itu dengan barang yang mengerja oleh segala tangan kamu
وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ {182}
Dan bahasanya Allah Ta’ala itu tiada Ia dengan zalim bagi segala hamba diazab dengan tiada dosa

ALI IMRAN - AYAT 181 (Muka Surat 148)



Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni ...
لَقَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّذِينَ قَالُوا
Sungguhn telah dengar oleh Allah akan perkataan segala mereka yang berkata
إِنَّ اللَّهَ فَقِيرٌ وَنَحْنُ أَغْنِيَاءُ ۘ
Bahasanya Allah Ta’ala tu faqir dan kami kaya dan mereka itu yaudi kata mereka itu ketika turun
من ذا الذي يقرِضُ الله قرضا حسنا
Siapa yang memberi hutang akan Allah akan sebagai hutang yang baik kata mereka itu jika ada Allah Ta’ala kaya nescaya tiada pinta hutang akan kami.
سَنَكْتُبُ مَا قَالُوا وَقَتْلَهُمُ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ
Lagi kami surat barang yang mereka itu kata itu pada suhuf suratan amalan mereka itu supaya dibalas atasnya dan bunuh mereka itu akan anbiya’ dengan tiada sebenar Kami surat erti perkataan itu dan anbiya itu disurat sama-sama surat amalan
وَنَقُولُ ذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ {181}
Dan Kami kata di akhirat rasa oleh kamu akan azab pembakaran neraka apabil masuk akan dia.