Selasa, 10 November 2015

Ali Imran - Ayat 137 (Muka Surat 136)



قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِكُمْ سُنَنٌ
Sungguhn telah lalu daripada dahulu kamu beberapa jalan pada segala kafir dengan ditangguh mereka itu daripada binasa kemudian dibinasa mereka itu
فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ {137}
Maka berjalan kamu hai segala muslimin pada bumi maka lihat kamu betapa jadi kesudahan segala orang yagn dusta segala rasul daripada binasa mereka itu maka jangan engkau dukacita ya Muhammad kerana menang mereka itu maka aku beri tangguh mereka itu bagi sampai waktu

Ali Imran - Ayat 136 (Muka Surat 136)



أُولَٰئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ
Bermula mereka itu balasnya mereka itu ampunan dosa daripada Tuhan mereka itu dan beberapa syurga yang mengalir daripada bawahnya segala sungai kekal mereka itu pada dalamnya selama-lamanya meninggal masuk syurga
وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ {136}
Dan sebaiknya Syurga itu upahnya segala orang yang mengerjakan taat itu ini upahnya maka sabar olehmu dan turun ketika pecah belah perang Uhud.

Isnin, 9 November 2015

Ali Imran - Ayat 135 (Muka Surat 136)



وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ
Dan segala mereka yang apabila kerja mereka itu akan dosa yang hodoh seperti zina atau zalimi mereka itu akan diri mereka itu dengan kerja yang kurang daripada yang tersebut itu seperti lihat perempuan nescaya ingat mereka itu akan janji Allah Ta’ala dengan azab
فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ
Maka pinta ampun mereka itu bagi segala dosa mereka itu
وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ
Dan ingat mereka itu tiada seorang yang mengampuni dosa melainkan Allah Ta’ala jua
وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ {135}

Dan tiada mengekali mereka itu atas barang yang kerja mereka itu daripada dosa tetapi tinggal mereka itu daripadanya dan mereka itu ketahui sekelian bahawa yang dikerja itu ma’siat.