Selasa, 27 Oktober 2015

Ali Imran - Ayat 127



لِيَقْطَعَ طَرَفًا مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَوْ يَكْبِتَهُمْ
Kerana hendak potong ia Allah Ta’ala akan setengah daripada segala kafir dengan bunuh dan lawan atau menghina ia akan mereka itu dengan kalah perang
فَيَنْقَلِبُوا خَائِبِينَ {127}
Maka kembali mereka itu dengan sia-sia sekelian tiada dapat barang yang mereka itu qosad hanya dapat ‘aib dan rugi dengan mati tujuh puloh dan tawan tujuh puluh habis segala kepala-kepala kafir Mekah pada perang Badar.

Rabu, 21 Oktober 2015

Ali Imran - Ayat 126



وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلَّا بُشْرَىٰ لَكُمْ
Dan tiada jadi akan dia perang Malaikat oleh Allah Ta’ala itu melainkan kerana menyuka bagi kamu
وَلِتَطْمَئِنَّ قُلُوبُكُمْ بِهِ ۗ
Dan supaya tetap hati kamu dengannya maka jangan engkau dukacita daripada banyak seteru dan sedikit kamu
وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ {126}
Dan tiada pertolongan itu melainkan daripada Allah Ta’ala Tuhan yang amat mulia lagi amat hakim memberi akan dia mereka yang dikehendaki dan bukan dengan banyak tentera

Ahad, 18 Oktober 2015

Ali Imran - Ayat 125 Muka Surat 134



بَلَىٰ ۚ
Sebenar memadakan kamu yang demikian itu
إِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا وَيَأْتُوكُمْ مِنْ فَوْرِهِمْ
Jika kamu sabar atas bertemu seteru dan kamu takut akan Allah pada menyalahiNya dan datang mereka itu akan kamu daripada waktu mereka itu
هَٰذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُمْ بِخَمْسَةِ آلَافٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُسَوِّمِينَ {125}
Ini menolong akan kamu oleh Tuhan kamu dengan lima ribu daripada Malaikat beralamat sekelian dan sungguhn telah sabar mereka itu dan menunai Allah akan janji mereka itu dengan bahawa berperang serta mereka itu Malaikat atas kuda belok atas mereka itu serban kuning atau putih mengeluarkan dia antara belikat mereka itu rupa lelaki

Ali Imran - Ayat 124 Muka Surat 134




إِذْ تَقُولُ لِلْمُؤْمِنِينَ
Ketika engkau berkata bagi orang mukminin kerana menetapkan hati mereka
أَلَنْ يَكْفِيَكُمْ أَنْ يُمِدَّكُمْ رَبُّكُمْ بِثَلَاثَةِ آلَافٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُنْزَلِينَ {124}
 Tiadakah memadakan kamu bahawa tolong akan kamu oleh Tuhan kamu dengan tiga ribu daripada Malaikat yang diturunkan