Ahad, 18 Oktober 2015

Ali Imran - Ayat 123 {Muka Surat 133 - 134}



KISAH PECAH PERANG

Dan turun tatkala pecah belah mereka itu pada perang Uhud sebab berhadap mereka keapda rampasan kerana mengingat dengan ni’at Allah
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ ۖ
Dan sungguh telah tolong akan kamu oleh Allah pada perang Badar tujuh belas Ramadhan tahun yang kedua daripada Hijrah jadi menang dan kamu itu azillah hina dengan sedikit orang dan sedikit senjata maka Badar itu tempat antara Mekah dan Madinah
فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ {123}
Maka takut oleh kamu akan Allah mudah mudahan syukur kamu akan ni’matnya.

Ali Imran - Ayat 122



إِذْ هَمَّتْ طَائِفَتَانِ مِنْكُمْ أَنْ تَفْشَلَا
Sebut olehmu ketika mencita-cita oleh dua firqah daripada kamu itu bahawa takut kedua dan hendak balik ke Madinah banu salamah dan bau harithah tatkala balik Abdullah bin Ubai yang munafiq dan segala sahabatnya dan berkata ia Abdullah bin Ubai ini jalan kita hendak bunuh diri kita dan anak-anak kita dan kata lagi ia bagi abi Jabir As Sulami yang berkata baginya aku pinta akan kamu dengan Abdullah pada Nabi kamu dan diri kamu jangan kamu tinggal jawab mereka itu Abdullah bin Ubai jika kami tahu berperang nescaya kami ikut akan kamu maka tetap akan keduanya oleh Allah Ta’ala dan tiada jadi balik kedua itu
وَاللَّهُ وَلِيُّهُمَا ۗ
Dan Allah Ta’ala itu Wali yang menolong keduanya dan memelihara keduanya ikut orang munafiq
وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ {122}
Dan atas Allah itu maka hendaklah berserah sekeliah orang mukminin tiad atas lainnya.

Isnin, 12 Oktober 2015

Ali Imran - Ayat 121



وَإِذْ غَدَوْتَ مِنْ أَهْلِكَ تُبَوِّئُ الْمُؤْمِنِينَ مَقَاعِدَ لِلْقِتَالِ ۗ
Sebut olehmu ketika berpagi-pagi engkau ya Muhammad daripada ahli engkau daripada Madinah engkau atur akan segala orang mukminin bagi segala tempat duduk berperang masing-masing tempat ketika perang Uhud
وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ {121}
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Mendengar perkataan kamu lagi amat melihat kelakuan kamu keluar Rasulullah sollahu alaihi wasallam dengan seribu orang laki-laki melainkan lima puluh orang dan turun ia dengan syuaib hari sabtu tujuh syawwal tahun ke 3 daripada Hijrah dan jadi belakangnya dan askarnya kepada had dan sama akan sufuf mereka itu dan menduduk akan segala yang memanah di kaki bukit Uhud dan dijadi Amir atas mereka itu Abdullah bin Jabur dan sabda ia kuat olehmu daripada kami dengan anak panah supaya tiada datang mereka itu dari sebelah belakang kami dan jangan kamu beubah daripada tempat itu menang atau kalah

Ali Imran - Ayat 120



إِنْ تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ
Jika mengena akan kamu ni’mat seperti menang dan rampasan nescaya menjahat ia akan mereka itu
وَإِنْ تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُوا بِهَا ۖ
Dan jika mengena akan kamu oleh kejahatan seperti kalah perang dan kemarau suka mereka itu dengannya
وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا لَا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا ۗ
Dan jika kamu sabar dan kamu takut akan Allah tiada mudharat akan kamu daya mereka itu suatu
إِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ {120}
Bahawasanya Allah Ta’ala dengan barang yang beramal mereka itu meliputi maka membalas ia akan mereka itu

Khamis, 8 Oktober 2015

Ali Imran - Ayat 119



هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ
Jaga kamu hai sekeliah mukminin
تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ
Kamu kasih akan mereka itu kerana kerabat kamu dan sahabat dan mereka itu tiada kasih akan kamu kerana berlainan agama
وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ
Dan kamu beriman dengan kitab sekeliannya dan tiada beriman mereka itu dengan kitab kamu
وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا
Dan apabila bertemu mereka itu akan kamu kata mereka itu
آمَنَّا
Telah beriman kami
وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ ۚ
Dan apabila kembali mereka itu nescaya menggigit mereka itu atas kamu akan segala anak-anak jari daripada sangat marah
قُلْ
Kata olehmu
مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ ۗ
Mati kamu dengan sangat marah kamu tiada kamu dapat merasa kesukaan
إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ {119}
Bahasanya Allah Ta’ala Tuhan Amat Mengetahui dengan barang yang didalam segala hati manusia

Muka Surah 132