Rabu, 7 Oktober 2015

Ali Imran - Ayat 118 (Tegah Ambil Lain Bangsa Tempat Rahsia)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ
Hai segala orang mukminin jangan kamu ambil orang buat tempat rahsia itu daripada bangsa lain kamu daripada Yahudi dan Munafiqin
لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا
Tiada taqsir mereka itu akan kamu pada berbuat fasad bagi kamu binasa
وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ
Cita-cita mereka itu akan kelemahan mudharat kamu
قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ
Sungguh telah zahir berseteru itu daripada segala mulut-mulut mereka itu dengan mengata-ngata pada kamu dan mengkhabar musyrikin atas rahsia kamu
وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ ۚ
Dan barang yang tersembunyi dalam dada mereka itu terlebih besar daripada seteru itu
قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ {118}
Sesungguhnya telah kami nyatakan bagi kamu akan segala alamat atas seteru mereka itu jika ada kamu itu beraqal akan yang demikian itu maka jangan kamu beri perintah mereka itu.

(Muka surat 131 - 132) 

SEBAB TURUN AYAT 118 : 

Tentang sebab turunnya ayat di atas, Ibnu Abbas menjelaskan, “Ada beberapa orang kaum muslimin yang menjalin hubungan dekat dengan beberapa orang Yahudi mengingat mereka adalah tetangga dan orang-orang yang pernah saling bersumpah untuk saling mewarisi di masa jahiliyyah lalu Allah menurunkan ayat yang berisi larangan menjadikan orang-orang Yahudi sebagai teman dekat karena dikhawatirkan menjadi sebab munculnya godaan iman. Ayat yang dimaksudkan adalah ayat di atas.” (Riwayat Ibnu Abi hatim dengan sanad yang hasan).
 

Selasa, 6 Oktober 2015

Ali Imran - Ayat 117



 مَثَلُ مَا يُنْفِقُونَ فِي هَٰذِهِ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَثَلِ رِيحٍ فِيهَا صِرٌّ أَصَابَتْ حَرْثَ قَوْمٍ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ فَأَهْلَكَتْهُ ۚ
Bermula umpama barang yang berbelanja mereka itu pada ini hidup dunia itu seperti agin yang ada padanya hangat atau sejuk kena ia akan tanaman satu kaum yang zalim mereka itu akan diri mereka itu dengan kufur dan maksiat maka binasa ia akan dia maka tiada dapat manafaat mereka itu dengannya maka seperti demikian itulah belanja mereka itu hilang sahaja tiada dapat manafaat mereka itu dengannya pada akhirat
وَمَا ظَلَمَهُمُ اللَّهُ
Dan tiada zalim akan mereka itu oleh Allah
وَلَٰكِنْ أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ {117}
Dan tetapi akan diri mereka itu zalim mereka itu.

Rabu, 30 September 2015

Ali Imran - Ayat 116



إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَنْ تُغْنِيَ عَنْهُمْ أَمْوَالُهُمْ وَلَا أَوْلَادُهُمْ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا ۖ
Bahawasanya segala orang kafir itu tiada menganya daripada mereka itu oleh harta mereka itu dan segala anak-anak mereka itu daripada azab Allah suatu ditentu keduanya dengan sebut kerana manusia menolak dirinya sekali dengan harta dan sekali dengan anak-anak cucu
وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۚ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ {116}
Dan bermula mereka itu segala yang empunya neraka mereka itu pada dalamnya kekal sekelian

Muka surat 131 

Selasa, 29 September 2015

Ali Imran - Ayat 115



وَمَا يَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ فَلَنْ يُكْفَرُوهُ ۗ
Dan akan barang apa yang kamu kerja daripada kebajikan maka jangan kamu kufurkan dia dengan menghilang pahalanya tetapi kamu dibalas atasnya pahala dengan syukur
وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالْمُتَّقِينَ {115}
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Mengetahui dengan segala orang yang takut akan Dia

Ali Imran - Ayat 114

 يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ
Beriman mereka itu dengan Allah dan hari kiamat dan menyuruh mereka itu dengan ma’ruf dan menegah mereka itu daripada mungkar dan menyegera mereka itu pada mengerja sekelian kebajikan
وَأُولَٰئِكَ مِنَ الصَّالِحِينَ {114}
Bermula mereka itu daripada jumlah segala orang yang soleh-soleh