Selasa, 29 September 2015

Ali Imran - Ayat 115



وَمَا يَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ فَلَنْ يُكْفَرُوهُ ۗ
Dan akan barang apa yang kamu kerja daripada kebajikan maka jangan kamu kufurkan dia dengan menghilang pahalanya tetapi kamu dibalas atasnya pahala dengan syukur
وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالْمُتَّقِينَ {115}
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Mengetahui dengan segala orang yang takut akan Dia

Ali Imran - Ayat 114

 يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ
Beriman mereka itu dengan Allah dan hari kiamat dan menyuruh mereka itu dengan ma’ruf dan menegah mereka itu daripada mungkar dan menyegera mereka itu pada mengerja sekelian kebajikan
وَأُولَٰئِكَ مِنَ الصَّالِحِينَ {114}
Bermula mereka itu daripada jumlah segala orang yang soleh-soleh

Isnin, 28 September 2015

Ali Imran - Ayat 113



لَيْسُوا سَوَاءً ۗ
Tiada mereka itu ahli kitab itu bersamaan setengah mukminin dan setengah kafir
مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ أُمَّةٌ قَائِمَةٌ يَتْلُونَ آيَاتِ اللَّهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَهُمْ يَسْجُدُونَ {113}
setengah daripada ahli kitab itu umat yang berdiri tetap atas agama Islam seperti Abdullah bin salam dan sahabatnya membaca mereka itu segala ayat Allah semalam-malaman dan mereka itu sujud sekelian semnahyang lima waktu.

Ali Imran - Ayat 112

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا
Dijadikan atas mereka itu yahudi kehinaan di mana tempat yang dapat dengan nasaro hingga qiamat
إِلَّا بِحَبْلٍ مِنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِنَ النَّاسِ
Melainkan dengan perjanjian daripada Allah dan Islam dan perjanjian daripada atas muslimin dengan bayar jizyah arti tiada ‘ismah terpelihara nyawa dan harta bagi mereka itu lain daripada yang demikian itu
وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ
Dan kembali mereka itu dengan kemurkaan daripada Allah Ta’ala
وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ۚ
Dan dijadi atas mereka itu akan miskin yahudi menzahirkan daripada dirinya kepapaan dan jika ia kaya sekalipun tabiaat
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ ۚ
Bermula yang demikian itu dengan bahawa sebab ada mereka itu kufur dengan segala ayat Allah dan membunuh mereka itu akan Nabi-nabi dengan tiada sebenar
ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ {112}
Bermula yang demikian itu dengan barang yang derhaka mereka itu akan suruh Allah dan adalah mereka itu melampau mereka itu akan yang halal kepada yang haram

Isnin, 14 September 2015

Ali Imran - Ayat 111



 لَنْ يَضُرُّوكُمْ
Tiada memberi mudharat mereka itu yahudi akan kamu hai muslimin
إِلَّا أَذًى ۖ
Merekamelainkan menyakiti dengan lidah sahaja daripada maki dan janji kejahatan
وَإِنْ يُقَاتِلُوكُمْ يُوَلُّوكُمُ الْأَدْبَارَ ثُمَّ لَا يُنْصَرُونَ {111}
Dan jika berperang mereka itu akan kamu nescaya berpaling belakang mereka itu lari kemudian tiada menang mereka itu atas kamu tetapi kemenangan itu bagi kamu jua