Isnin, 3 Ogos 2015

Ali Imran - Ayat 85



وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ {85}
Dan barang siapa tuntut lain agama Islam itu agama maka tiada diterima daripadanya dan ia pada akhirat daripada jumlah segala orang yang dapat kerugian kerana kembali mereka itu kepada neraka yang muabadah selama-lamanya.

Ayat 84 - Ali Imran



قُلْ
Kata olehmu Ya Muhammad
آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ عَلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَالنَّبِيُّونَ مِنْ رَبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ {84}
Telah beriman kami dengan Allah dan barang yang diturun atas kami dan yang diturun atas Ibrahim dan Ismail dan Ishaq dan segala anak cucunya dan barang yang didatang akan Musa dan Isa dan segala Nabi-nabi daripada Tuhan mereka itu tiada kami farq antara seorang daripada mereka itu dan kami baginya ikhlas ibadat sekelian dan turun pada orang yang murtad dua belas orang keluar ke Mekah jadi kafir.

Selasa, 28 Julai 2015

Ali Imran - Ayat 83



أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ {83}
Maka adakah lain daripada agama Allah itu kamu tuntut agama dan baginya menyerah segala mereka yang dalam tujuh petala langit dan bumi dengan taat dan dengan keras dengan perang dan melihat barang yang datang kepadanya seperti bala’ dan karam di laut dan kepadanya dikembali sekelian kamu

Ali Imran - Ayat 82



فَمَنْ تَوَلَّىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ {82}
Maka barang siapa yang berpaling kemudian daripada yang demikian itu maka bermula sekelian mereka itu mereka itulah yang tasiq sekelian

Ali Imran - Ayat 81



وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا آتَيْتُكُمْ مِنْ كِتَابٍ وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ وَلَتَنْصُرُنَّهُ ۚ
Dan sebut olehmu ya Muhammad ketika mengambil Allah Ta’ala akan minthaq janji segala Anbiya manakala aku bawa datang akan kamu daripada kitab dan hikmah taham syariat kemudian daripada itu datang akan kamu oleh rasulku yang membenar bagi kitab yang serta kamu iaitu Muhammad sollahu alaihi wasallan sungguhnya hendaklah kamu beriman dengannya dan hendaklah kamu tolong akan dia
قَالَ
Firman Allah Ta’ala
 أَأَقْرَرْتُمْ وَأَخَذْتُمْ عَلَىٰ ذَٰلِكُمْ إِصْرِي ۖ
Adakah iqrar kamu dan ambil kamu atas yang demikan itu perjanjianKu
قَالُوا
Jawab mereka itu
أَقْرَرْنَا ۚ
Telah mengaku iqrar kami
قَالَ
Firman Allah Ta’ala
فَاشْهَدُوا وَأَنَا مَعَكُمْ مِنَ الشَّاهِدِينَ {81}
Maka naik saksi oleh kamu atas dan aku serta kamu daripada jumlah orang yang jadi saksi atas diri kamu dan ikutan kamu