Isnin, 8 Jun 2015

Ali Imran - Ayat 56



فَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَأُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ
Maka adapun segala orang kafir itu maka Aku azab mereka itu akan azab yang sangat pada dunia dengan membunuh dan menawan dan jizyah dan pada Akhirat dengan neraka dan tiada bagi mereka itu daripada segala orang yang menolong melepas mereka itu daripada azabnya

Ali Imran - Ayat 55



إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَىٰ إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَجَاعِلُ الَّذِينَ اتَّبَعُوكَ فَوْقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ۖ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأَحْكُمُ بَيْنَكُمْ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ {55}
Hai Isa bahawasanya Aku hendak ambil engkau dan hendak angkat engkau daripada dunia kepada Aku dengan tiada mati dan Aku hendak suci engkau daripada segala orang kafir dan hendak jadikan segala orang yang ikut engkau daripada segala muslimin dan nasora itu pada atas segala orang kafir daripada yahudi meningga mereka itu akan mereka itu dengan hujjah dan perang hingga hari qiamat kemudian kepada Ku kembali kamu maka Aku hukum pada antara kamu pada barang yang ada kamu padanya bersalah-salahan daripada pekerjaan agama.

Selasa, 2 Jun 2015

Ali Imran - Ayat 54



وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ
Dan telah makar mereka itu kafir Bani Israel dengan nabi Isa ketika wakil mereka itu akan seorang yang bunuhnya dengan tipu dan makar Allah dengan mereka itu dengan dilontar rupa Isa atas mereka qosad bunuhnya maka bunuh mereka itu akan dia dan di angkat Isa ke langit
وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Dan Allah Ta’ala sepandai-pandai orang yang makar dimasuk Isa ke dalam bilik maka raja yahudi suruh seorang masuk bunuhnya nama Isthiyanus dijadi ia rupa Isa dibunuhnya kata mereka itu jika Isa rupa kawan kita maka jadi perang besar antara mereka

Ali Imran - Ayat 53



رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
Hai Tuhan kami telah beriman kami dengan barang yang telah engkau turun daripada Injil dan telah kami ikut akan Rasul Engkau Isa maka surat olehmu akan nama kami serta segala yang naik saksi bagi Engkau dengan tauhid dan bagi rasul Engkau dengan tasdiq membenar firman Allah Ta’ala

Ali Imran - Ayat 52



 فَلَمَّا أَحَسَّ عِيسَىٰ مِنْهُمُ الْكُفْرَ قَالَ
Maka tatkala ketahu Nabi Isa daripada mereka itu akan kufur itu berkata ia
مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ
Siapa pertolongan aku kepada agama Allah
قَالَ الْحَوَارِيُّونَ
Berkata segala Hawariyyun sahabat Nabi Isa
نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ
Kamilah pertolongan agama Allah adalah mereka itu dua belas orang ahli tukang dobi
آمَنَّا بِاللَّهِ وَاشْهَدْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ
Telah beriman kami dengan Allah dan persaksi olehmu dengan bahawa kami ini Islam sekelian.