Selasa, 2 Jun 2015

Ali Imran - Ayat 54



وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ
Dan telah makar mereka itu kafir Bani Israel dengan nabi Isa ketika wakil mereka itu akan seorang yang bunuhnya dengan tipu dan makar Allah dengan mereka itu dengan dilontar rupa Isa atas mereka qosad bunuhnya maka bunuh mereka itu akan dia dan di angkat Isa ke langit
وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Dan Allah Ta’ala sepandai-pandai orang yang makar dimasuk Isa ke dalam bilik maka raja yahudi suruh seorang masuk bunuhnya nama Isthiyanus dijadi ia rupa Isa dibunuhnya kata mereka itu jika Isa rupa kawan kita maka jadi perang besar antara mereka

Ali Imran - Ayat 53



رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
Hai Tuhan kami telah beriman kami dengan barang yang telah engkau turun daripada Injil dan telah kami ikut akan Rasul Engkau Isa maka surat olehmu akan nama kami serta segala yang naik saksi bagi Engkau dengan tauhid dan bagi rasul Engkau dengan tasdiq membenar firman Allah Ta’ala

Ali Imran - Ayat 52



 فَلَمَّا أَحَسَّ عِيسَىٰ مِنْهُمُ الْكُفْرَ قَالَ
Maka tatkala ketahu Nabi Isa daripada mereka itu akan kufur itu berkata ia
مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ
Siapa pertolongan aku kepada agama Allah
قَالَ الْحَوَارِيُّونَ
Berkata segala Hawariyyun sahabat Nabi Isa
نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ
Kamilah pertolongan agama Allah adalah mereka itu dua belas orang ahli tukang dobi
آمَنَّا بِاللَّهِ وَاشْهَدْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ
Telah beriman kami dengan Allah dan persaksi olehmu dengan bahawa kami ini Islam sekelian.

Ali Imran - Ayat 51



إِنَّ اللَّهَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ ۗ هَٰذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ
Bahawasanya Allah Ta’ala itu Tuhan aku dan Tuhan kamu maka sembah oleh kamu akan Dia inilah jalan yang betul maka dusta-dusta mereka itu akan Nabi Isa dan tiada beriman mereka itu dengannya.

Rabu, 27 Mei 2015

Ali Imran - Ayat 50



 وَمُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ
Dan membenarkan bagi barang yang antara hadapan aku daripada Taurah
وَلِأُحِلَّ لَكُمْ بَعْضَ الَّذِي حُرِّمَ عَلَيْكُمْ ۚ
Dan supaya aku menghala bagi kamu akan setengah perkara yang diharamkan atas kamu maka halal bagi mereka itu daripada ikan dan burung yang tiada duri dan tiada kuku baginya dan kata qil menghalal sekelian
وَجِئْتُكُمْ بِآيَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ
Dan aku bawa datang akan kamu mukjizat daripada Tuhan kamu atas benarku
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ
Maka takut oleh kamu akan Allah dan taat oleh kamu akan daku pada yang aku suruh akan kamu daripada tauhid Allah dan taatNya.