Ahad, 12 April 2015

Ali Imran - Ayat 35



إِذْ قَالَتِ امْرَأَتُ عِمْرَانَ
Ketika berkata oleh isteri Imran nama Hannah tatkala berumor ia dan igin akan anak maka doa ia dan berasa ia dengan bunting.
رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّرًا
Hai Tuhanku bahawa aku bernazar bagi Engkau yang dalam perut aku daripada anak itu merdeka daripada segala pekerjaan dunia bagi khidmat baitul maqdis sahaja.
فَتَقَبَّلْ مِنِّي ۖ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maka terima oleh-Mu daripada aku kerana bahawa Engkau itu Engkau Tuhan Yang Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui dengan segala niat hamba dan mati Imran dan dia hamil

Rabu, 8 April 2015

Ali Imran - Ayat 34



ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ ۗ
Zuriat setengahnya daripada setengah
وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Dan Allah Ta’ala Tuhan yang amat mendengar lagi amat mengetahui

Ali Imran - Ayat 33



إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ آدَمَ وَنُوحًا وَآلَ إِبْرَاهِيمَ وَآلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِينَ
Bahawasanya Allah Ta’ala telah memilih Ia akan Adam dan Nuh dan Ali Ibrhim dan Ali Imran atas sekelian alam dengan dijadi Anbiya’ dariapda keturunan mereka itu maka umur Adam sembilan ratus enam puluh tahun dan Nuh seribu lima puloh tahun dan Ibrahim seratus tujuh puloh tahun

Selasa, 7 April 2015

Ali Imran - Ayat 32



قُلْ
Kata olehmu
أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ ۖ
Taat oleh kamu akan Allah Ta’ala dan Rasul-Nya pada barang yang menyuruh Ia akan kamu daripada tauhid-Nya
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ
Maka jika berpaling mereka itu maka bahasanya Allah Ta’ala itu tiada kasih Ia akan segala kafir disiksakan mereka itu.

Ali Imran - Ayat 31



قُلْ
Kata olehmu ya Muhammad bagi mereka itu
إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ
Jika ada kamu kasih akan Allah maka hendaklah kamu ikutkan daku pada suruh tegahku nescaya kasih akan kamu oleh Allah Ta’ala dan mengampun Ia bagi kamu segala dosa kamu
وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat mengampun lagi amat rahim