Rabu, 8 April 2015

Ali Imran - Ayat 34



ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ ۗ
Zuriat setengahnya daripada setengah
وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Dan Allah Ta’ala Tuhan yang amat mendengar lagi amat mengetahui

Ali Imran - Ayat 33



إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ آدَمَ وَنُوحًا وَآلَ إِبْرَاهِيمَ وَآلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِينَ
Bahawasanya Allah Ta’ala telah memilih Ia akan Adam dan Nuh dan Ali Ibrhim dan Ali Imran atas sekelian alam dengan dijadi Anbiya’ dariapda keturunan mereka itu maka umur Adam sembilan ratus enam puluh tahun dan Nuh seribu lima puloh tahun dan Ibrahim seratus tujuh puloh tahun

Selasa, 7 April 2015

Ali Imran - Ayat 32



قُلْ
Kata olehmu
أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ ۖ
Taat oleh kamu akan Allah Ta’ala dan Rasul-Nya pada barang yang menyuruh Ia akan kamu daripada tauhid-Nya
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ
Maka jika berpaling mereka itu maka bahasanya Allah Ta’ala itu tiada kasih Ia akan segala kafir disiksakan mereka itu.

Ali Imran - Ayat 31



قُلْ
Kata olehmu ya Muhammad bagi mereka itu
إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ
Jika ada kamu kasih akan Allah maka hendaklah kamu ikutkan daku pada suruh tegahku nescaya kasih akan kamu oleh Allah Ta’ala dan mengampun Ia bagi kamu segala dosa kamu
وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat mengampun lagi amat rahim

Rabu, 1 April 2015

Ali Imran - Ayat 30



يَوْمَ تَجِدُ كُلُّ نَفْسٍ مَا عَمِلَتْ مِنْ خَيْرٍ مُحْضَرًا
Sebut olehmu hari yang mendapat tiap-tiap seorang akan barang yang dikerjakan daripada kebajikan itu hadir ia
وَمَا عَمِلَتْ مِنْ سُوءٍ تَوَدُّ لَوْ أَنَّ بَيْنَهَا وَبَيْنَهُ أَمَدًا بَعِيدًا ۗ
Dan barang yang dikerjakan daripada kejahatan itu cita-cita bahawa jadi antaranya dan antaranya masa yang jauh tiada sampai kepadanya
وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ ۗ
Dan menakuti akan kamu oleh Allah Ta’ala akan dirinya maka hendaklah pelihara suruh tegahNya.
وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ
Dan Allah Ta’ala itu amat kasih sayang dengan segala hambaNya dan turun tatkala kata orang kafir tiada kami sembah asnam (berhala) itu melainkan kerana kasih akan Allah supaya menghampir mereka itu akan kami kepadaNya