Ahad, 7 Disember 2014

Al Baqarah - Ayat 278



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ
Hai segala orang mukminin
اتَّقُواْ اللّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا
Takut oleh kamu akan Allah dan tinggal oleh kamu barang yang baki daripada riba
إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
Jika ada kamu itu beriman sekelian maka hal orang yang mukminin itu imtithal junjung suruh Allah turun ini ayat tatkala menuntuk setengah sahabat dengan riba yang ada baginya dahulu daripada tegah

Rabu, 3 Disember 2014

Al Baqarah - Ayat 277



إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ وَأَقَامُواْ الصَّلاَةَ وَآتَوُاْ الزَّكَاةَ
Bahawasanya segala mereka yang beriman dan beramal akan amal yang soleh dan mendiri akan sembahyang dan mengeluar akan zakat itu
لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
Bagi mereka itu pahala pada Tuhan mereka itu dan tiada takut atas mereka itu dan tiada mereka itu dukacita pada Akhirat.

Selasa, 2 Disember 2014

Al Baqarah - Ayat 276



يَمْحَقُ اللّهُ الْرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ
Membinasa oleh Allah akan harta riba dan memelihara akan sedekah sabda Nabi bahawasanya Allah Ta’ala terima akan sedekah dan memeliharai akan dia seperti pelihara seorang kamu akan anak unta     
وَاللّهُ لاَ يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ
dan Allah Ta’ala tiada kasih akan segala kafir yang banyak dosa dengan menghalal riba.

Isnin, 1 Disember 2014

Al Baqarah - Ayat 128




رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ

Hai Tuhan kami dan padikan kami menurut kedua-dua bagi Engkau
وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ
Dan jadikan daripada zuriat kami itu umat yang menurut bagi Engkau
وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا
Dan perlihat akan kami akan segala perkerjaan Haji kami dan atau ibadat kami dan taubat olehMu atas kami
إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Bahawasanya Engkau itu Engkaulah Tuhan yang banyak menerima taubat lagi amat kasih sayang rahim hamba-hambaNya maka pinta keduanya akan taubat serta ma’sum keduanya itu kerana tawadhu’ dan mengajar bagi zuriat keduanya.