Isnin, 1 Disember 2014

Al Baqarah - Ayat 127



وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ
Dan ketika mengangkat oleh Nabi Ibrahim akan qowa’id foundation kaki daripada baitillah dan Nabi Ismail ketika binnya berkata keduanya
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Hai Tuhan kami terima olehMu dariapda kami binaan kami ini bahawasa Engkau itu Tuhan yang Amat Mendengar bagi permintaan kami lagi yang Amat Mengetahui dengan perbuatan kami

Al Baqarah - Ayat 126


وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ
Dan ketika berkata oleh Nabi Ibrahim
رَبِّ اجْعَلْ هَـَذَا بَلَداً آمِناً
Hai Tuhanku jadikan ini negeri Makkah itu aman dan sungguhn telah terima Allah doanya menjadi akan dia tanah haram tiada ditumpah padanya darah manusia dan tiada diburu perburuannya dan tiada dikerat rambutnya yang basah
وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ
Dan rezeki olehMu akan ahlinya daripada segala buah-buahan dan sungguh-sungguh telah diperbuat demikian itu dengan dipindah Toif dariapda Syam dan adalah Makkah itu اقفر tiada tanaman padanya dan tiada air.
مَنْ آمَنَ مِنْهُم بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ
Mereka yang beriman daripada mereka itu dengan Allah dan hari yang kemudian menentu Ia akan mereka itu dengan doa kerana muwafaqah bagi firmanNya لن ينال عهدي الظالمين
قَالَ وَمَن كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُ قَلِيلاً
Firman Allah Ta’ala dan bermula mereka itu yang kufur itu maka aku beri bersedap-sedap rezeki dalam dunia sedikit masa hidupnya
ثُمَّ أَضْطَرُّهُ إِلَى عَذَابِ النَّارِ
Kemudian Aku beri mudharat akan dia pada akhirat kepada ‘azab
وَبِئْسَ الْمَصِيرُ
Dan sejahat-jahat tempat kembali itu neraka.

Sabtu, 29 November 2014

Al Baqarah - Ayat 275



الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ
Segala mereka yang makan riba itu tiada diboleh berdiri daripada qubor mereka itu melainkan seperti mereka yang dihempaskan dia oleh syaitan daripada gila pengsan
ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ
Bermula yang demikian itu dengan sebab bahawa mereka itu berkata
إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا
Hanya jual beli itu seperti diba ini daripada  عكس menyerupai cakap terbalik kerana mubalaghah maka firman Allah Ta’ala menolak atas mereka itu
وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
Maka menghalal oleh Allah akan jual beli dan mengharam ia akan riba iaitu ziyadah (tambahan) pada jual beli emas atau perak atau  طعام   sama-samanya atau ziyadah (tambahan) kerana pertangguhan yang disyarat dalam ‘aqad adapun bayar lebih dengan tiada ‘aqad itu sunat
فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ
Maka barang siapa yang datang akan dia pengajaran daripada Tuhannya maka berhenti ia daripada makan riba
فَلَهُ مَا سَلَفَ
Maka baginya barang yang telah lalu dahulu daripada ditegah tiada diambil balik
وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ
Dan pekerjaan pada empunya itu kembali pada Allah
وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dan barang siapa yang kembali mengerja pula menghalal riba seperti jual beli maka mereka itulah yang empunyai neraka mereka itu apda dalamnya kekal sekelian

Al Baqarah - Ayat 274


الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرّاً وَعَلاَنِيَةً
Segala mereka yang menafkah akan harta mereka itu dengan malam dan siang sir dan nyata
فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ
Maka bagi mereka itu pahala mereka itu pada Tuhan mereka itu
وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
Dan tiada ditakut atas mereka itu dan tiada mereka itu dukacita kata qil turun ini pada Ali karramallah wajhah sedekah ia empat dirham pada empat waktu malam satu dirham siang satu dirham sirr satu dirham nyata satu dirham

Selasa, 25 November 2014

Al Baqarah - Ayat 273



Teks Asal Nurul Ihsan Muka surat 95

لِلْفُقَرَاء الَّذِينَ أُحصِرُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ
Sedekah itu bagi segala fuqora’ yang dihimpun pada perang sabilillah turun ini ayat pada ahlissuffah empat ratus orang daripada orang muhajirin yang disedia bagi belajar Quran dan keluar serta angkatan peperangan duduk di serambi masjid Nabi
لاَ يَسْتَطِيعُونَ ضَرْباً فِي الأَرْضِ
Tiada kuasa mereka itu berjalan di dalam bumi berniaga dan menununtu cari kehidupan kerana masghul mereka itu dengan pergi berperang
يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاء
Menyangka akan mereka itu oleh orang-orang jahil kata kaya
مِنَ التَّعَفُّفِ
Daripada ta’affuf meninggal minta sedekah dan cari harta
تَعْرِفُهُم بِسِيمَاهُمْ
Engkau kenal akan mereka itu dengan alamat mereka itu daripada tawadhu’ dan bekas kesusahan
لاَ يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافاً
Tiada pinta sedekah mereka itu akan manusia sekali-kali
وَمَا تُنفِقُواْ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ
Dan barang suatu yang kamu nafkah daripada jalan kebajikan harta maka bahawasanya Allah Ta’ala dengannya Amat Mengetahui maka membalas Ia atasnya.


BAB TIDUR DALAM MASJID
Ketahuilah kiranya saudaraku, dalam Mazhab SyafiI harus tidur dalam masjid di mana Imam As-SyafiI dalam Al-Umm mendasarkan kepada hadith Turmudzi:

Sumber Abdullah bin Umar b. Al-Khattab ra berkata: Adalah kami tidur di dalam masjid di zaman hayat Nabi SAW, sedang kami orang muda-muda(belum berkahwin).
Kata Abu Isa At-Turmudzi, hadith ini bertaraf hasan lagi shahih.

Masalah: Hukum tidur dalam masjid.
Kata Abu Isa At-Turmudzi, sebahagian ilmuwan mengharuskan tidur dalam masjid manakala sebahagian lagi sebaliknya kerana mengikutkan Ibnu Abbas ra yang melarang tidur dalam masjid, baik di kala siang, mahupun di kala malam.