Rabu, 19 November 2014

Al Baqarah - Ayat 270



 وَمَا أَنفَقْتُم مِّن نَّفَقَةٍ أَوْ نَذَرْتُم مِّن نَّذْرٍ
Dan akan barang mana suatu yang kamu nafkah daripada nafkah zakat atau sedekah atau kamu nazar daripada suatu nazar
فَإِنَّ اللّهَ يَعْلَمُهُ ٍ
Maka bahawasanya Allah Ta’ala itu mengetahui Ia akan dia maka membalas Ia akan dia
وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَار
Dan tiada bagi segala orang yang zalim itu diberi pertolongan yang menegah azabnya.

Isnin, 17 November 2014

Al Baqarah - Ayat 269



يُؤتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ
Memberi Ia akan ilmu hikmah akan mereka yang dikehendaki maknanya faham hukum Quran
وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْراً كَثِيراً
Dan barang siapa yang dikurnia ilmu hikmah maka sungguh telah dikurnia akan kebajikan yang banyak kerana kembali keapda sa’adah bahgia selama-lama
وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَابِ
Dan tiada diterima pengajaran melainkan segala orang yang mempunyai aqal.

Al Baqarah - Ayat 268



الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاء
Syaitan itu mewaswas ia akan kamu kepapaan jika kamu sedekah dan menyuruh ia aka kamu dengan kejahatan bakhil dan menegah zakat dan lainnya
وَاللّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلاً
Dan Allah Ta’ala menjanji IA akan kamu ampunan dosa jika kamu sedekah dan kurnia ganti
وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Dan Allah Ta’ala Tuhan yang Amat Luas Pemberian lagi amat Mengetahu dengan yang dinafkah

Khamis, 13 November 2014

Al Baqarah - Ayat 267



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَنفِقُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ
Hai segala orang mukminin nafkah oleh kamu zakat daripada harta yang baik-baik barang yang kamu usaha berniaga
وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ الأَرْضِ
Dan daripada barang yang Kami keluar bagi kamu daripada biji-bijian dan buah-buahan
وَلاَ تَيَمَّمُواْ الْخَبِيثَ مِنْهُ
Dan Jangan kamu qosad yang hodoh daripadanya
تُنفِقُونَ
Kamu nafkah
وَلَسْتُم بِآخِذِيهِ
Dan tiada kamu dengan ambilnya jika dibayar hutang kamu
إِلاَّ أَن تُغْمِضُواْ فِيهِ
Melainkan bahawasanya kamu pejam mata padanya.
وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
Dan bahawasanya Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Kaya lagi Amat Kepujian.

Rabu, 12 November 2014

Al Baqarah - Ayat 266



أَيَوَدُّ أَحَدُكُمْ أَن تَكُونَ لَهُ جَنَّةٌ مِّن نَّخِيلٍ وَأَعْنَابٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ
Adakah suka seorang kamu bahawa ada baginya kebun daripada pokok tamar dan I’nab (Anggur) yang mengalid daripada bawahnya beberapa sungai air tawar
لَهُ فِيهَا مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ
Baginya dalamnya dariapda segala buah-buahan
وَأَصَابَهُ الْكِبَرُ
Dan kena akan dia tua yang lemah daripada usaha
وَلَهُ ذُرِّيَّةٌ ضُعَفَاء
Dan baginya anak-anak yang kecil-kecil tiada daya upaya
فَأَصَابَهَا إِعْصَارٌ فِيهِ نَارٌ
Maka kena akan dia oleh agin hangat yang ada padanya api
فَاحْتَرَقَتْ
Maka terbakar ia maka binasa ia dan tinggal ia dan anak-anaknya lemah tiada upaya usaha dan tiada helah bagi mereka itu dan ini ayat tamsil bagi nafkah orang yang riya’ dan yang ungkit pada perhumaannya dan tiada gunanya pada akhirat ketika sangat-sangat berhajat pada akhirat yang terlebih daripada berhajat orang tua-tua dan kanak-kanak kepada nafkah dunia
 كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ
Seperti yang demikian itulah menyata oleh Allah Ta’ala bagi kamu akan segala ayat hukumnya
لعلمكم تتفكرون
Mudah-mudahan kamu berfikir kamu pada yang anafaat atau mudharat