Isnin, 13 Oktober 2014

Al Baqarah - Ayat 257





اللّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
TAFSIR NURUL IHSAN
اللّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُواْ
Allah Ta’ala itu wali segala orang yang beriman
يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ
Mengeluar Ia akan mereka itu daripada zulmah kufur kepada nur iman
وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ
Dan bermula segala orang kafir itu auliya’ mereka itu Syaitan thoghut dengan ikut syaitan
يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ
Mengeluar mereka itu thoghut akan mereka itu kafir daripada nur iman kepada zulmat kufur
أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ
Bermula mereka itu yang mempunyai api neraka
هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Mereka itu pada dalamnya kekal sekelian.

Ahad, 12 Oktober 2014

Al Baqarah - Ayat 256




لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
TAFSIR NURUL IHSAN
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ
Tiada dikerasi pada agama atas masuknya
قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ
Sungguh telah nyata iman Islam daripada kufur turun ini ayat pada Abu Husoin Ansor ada baginya dua anak laki-laki jadi nasora menghendaki ia Islam keduanya dengan keras menegah keduanya hingga sampai pada Nabi sollahu alaihi wasallam maka firmanNya
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ
Maka tinggal ia akan keduanya
فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ
Maka barang siapa yang kufur dengan thogut iaitu ayaitan atau asnam berhala
وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ
Dan beriman ia dengan Allah
فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا
Maka sungguhnya telah bergantung ia dengan tali yang kukuh tiada putus baginya
وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Dan bermula Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Mendengar bagi perkataan lagi amat mengetahui dengan perbuatannya.

Rabu, 8 Oktober 2014

Al Baqarah - Ayat 255



اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

TAFSIR NURUL IHSAN
اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ
Diberi Rasulullah itu Tuhan tiada Tuhan dengan sebenar pada wujud zatNya melainkan Ia jua
الْحَيُّ الْقَيُّومُ
Yang hidup berkekalan lagi yang berdiri pada tadbir makhluqnya
لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ
Tiada ambil akan Dia oleh mengantuk dan tiada lena
مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
bagiNya barang yang dalam tujuh petala langit dan barang yang dalam bumi milik dan kejadian dan hamba
مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ
Tiada seorang yang mensyafaat pada sisiNya melainkan dengan izinNya
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ
Mengetahu IA barang yang antara hadapan mereka itu hamba
وَمَا خَلْفَهُمْ
Dan barang yang kemudian mereka itu daripada pekerjaan dunia akhirat
وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ
Dan tiada meliputi mereka itu hamba dengan suatu daripada ilmuNya Allah Ta’ala yang ma’lum
إِلَّا بِمَا شَاءَ
Melainka ndengan barang yang izin kehendaki dengan khabaran segala rasul
وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
Telah luaslah oleh kursinya tujuh petala langit dan bumi kata qil meliputi ulmuNya dan kata qil milikNya dan kata qil diri kursi melengkapi atas keduanya kerana hadis tiada tujuh petala langit pada kursi itu melainkan seperti dirham tujuh dilontar pada terasnya perisai
وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا
Dan tiada berat akan dia oleh pelihara keduanya
وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Dan ialah tuhan yang amat ketinggian atas makhlukNya dan Amat kebesaran sabda Nabi Sollahu alaihi wasallam barang siapa baca ayat kursi tiap-tiap lepas sembahyang fardhu nescaya tiada menegah masuk Syurga melainkan mati dan tiada menggali atasnya melainkan siddiq atau abid barang siapa baca akan dia apabila hendak tidur aman oleh Allah Ta’ala atas dirinya dan jirannya dan jiran-jirannya dan segala rumah-rumah kelilingnya.

MENGENAI AYAT KURSI
 
Diriwayatkan daripada Muhammad bin Ibnu Hanafiah katanya :
"Ketika ayat ini turun, telah runtuh semua patung-patung di dunia dan telah jatuh raja-raja di dunia beserta mahkota-mahkota mereka, dan para syaitan bertempiaran lari sehingga mereka menemui Iblis dan mengadu perihal kepadanya. Lalu mereka diperintahkan untuk menyiasat apakah yang berlaku. Lalu mereka telah pergi ke Madinah dan mendapati bahawa ayat Kursi telah diturunkan." 

 Dalam ayat yang pendek ini sebenarnya terkumpul sifat utama bagi Allah iaitu ketuhanan, keesaan, hidup, ilmu, memiliki kerajaan, kekuasaan dan kehendak. Dalam ayat Kursi terdapat sejumlah nama dan sifat Allah SWT yang melebihi ayat-ayat lain. Intipati nama dan sifat Allah SWT yang berjumlah 99 itu diungkapkan dalam satu ayat iaitu pada ayat Kursi.

Sesudah menegaskan mengenai keesaan-Nya, disusuli pula dengan menyebut dua sifat-Nya yang lain, iaitu hidup dan terus menerus mengurus makhluk-Nya. Dengan demikian, manusia akan merasa aman dalam hidup serta tenang perasaannya kerana meyakini bahawa dia di dalam tangan Tuhan yang Maha Hidup, yang terus menerus mengurus serta mengawal keadaan hamba-Nya.

Allah, Dialah Tuhan yang tunggal bagi sekalian makhluk. Oleh itu, tiada yang berhak disembah dalam kehidupan ini melainkan Dia. Segala apa yang ada di langit dan bumi adalah hamba dan milik-Nya. Semuanya tunduk di bawah kehendak dan kuasa-Nya, firman Allah bermaksud :

"Tidak seorang pun di langit dan bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan setiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri" (Maryam : 93-95). 

 Kelebihan-Kelebihan Amalan Membaca Ayat Kursi


Kelebihan-kelebihan ayat Kursi adalah ia merupakan penghulu bagi al-Quranul Karim. Ayat Kursi juga boleh dijadikan doa untuk keselamatan diri daripada gangguan makhluk halus. Ayat ini mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada pada ayat lain.


Daripada kedudukannya dalam al-Quran,
sabda Rasulullah s.a.w ketika ditanya oleh Abu Zar r.a,
"Ayat manakah yang diturunkan kepadamu yang paling agung?"
Jawab Nabi s.a.w : "Ia adalah ayat Kursi"
(riwayat Imam Ahmad, al-Nasai, al-Hakim dan al-Baihaqi).

Daripada sudut keberkatannya di dunia, sabda Nabi s.a.w :

"Bacalah ayat Kursi kerana sesungguhnya ia mengawal jaga kamu, zuriat dan rumah tangga kamu sehingga bilik kecil di sekeliling rumahmu."

"Di dalam surah al-Baqarah, ada satu ayat yang menjadi penghulu bagi ayat al-Quran, tidak dibacanya dalam rumah yang ada di dalamnya syaitan melainkan keluar ia daripadanya, itulah ayat Kursi" (riwayat al-Hakim).

"Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas setiap solat fardu, Allah akan memberikannya hati orang yang bersyukur, amalan orang yang membenarkan Allah, pahala nabi-nabi, melimpahkan rahmat-Nya dan tidak menghalangnya daripada masuk syurga melainkan kematian yang akan memasukkannya" (riwayat al-Nasai).

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

"Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana-Dia memelihara Nabi Muhammad."

"Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."

"Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."

"Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Isnin, 6 Oktober 2014

Al Baqarah - Ayat 254




ياأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَنفِقُوا مِمَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ يَوْمُ لاَّ بَيْعُ فِيهِ وَلاَخُلَّةٌ وَلاَ شَفَاعَةٌ وَالْكَافِرُونَ هُمُ الظَّالِمُونَ
”Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafa’at. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim.” (QS.Al-Baqarah: 254)

TAFSIR NURUL IHSAN
ياأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا
Hai segala mereka yang beriman
أَنفِقُوا مِمَّا رَزَقْنَاكُم
Nafqahkan oleh kamu daripada barang yang Kami rezeki akan kamu itu zakatnya
مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ يَوْمُ لاَّ بَيْعُ فِيهِ
Daripada dahulu bahawa datang hari yang tiada jual beli padanya
وَلاَخُلَّةٌ
Dan tiada berkasih-kasihan
وَلاَ شَفَاعَةٌ
Dan tiada dipertolongan dan iaitu hari qiamat
وَالْكَافِرُونَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Dan bermula segala orang yang kafir itu mereka itu yang zalim sekelian dengan menghantar suruh Allah pada lain tempatnya.