Rabu, 1 Oktober 2014

Al Baqarah - Ayat 253



تلك الرسلُ فضلنا بعضَهُم على بعضٍ
Bermula segala rasul tiga ratus tiga belas itu telah kami lebihkan setengah mereka itu atas setengah dengan ditentu mu’jizat kemegahan yang tiada bagi lainnya
منهم من كلمَ الله
Setengah daripada mereka itu mereka yang bertutur dengan Allah seperti Nabi Musa as.
ورفعَ بعضَهُم درجات
Dan mengangkat Ia akan setengah mereka itu beberapa darjat atas lainnya seperti Nabi Muhammad saw dengan diumum dakwa rasulnya dan kesudahan nubuwwahnya dan tafdhil melebihi umatnya atas segala umat-umat dan mukjizat dan khususiah yang baik-baik
وآتينا عيسى ابن مريم البينات
Dan Kami datang akan Isa anak Maryam itu akan beberapa mukizat seperti menghidup orang mati dan membaikki mengubah mata orang buta dan bars
وأيدناهُ بروحِ القدس
Dan kami kuat akan dia dengan ruh al Quds Jibrail berjalan ia sertanya Isa di mana tempat ia berjalan
ولوشآء اللهُ
Dan jika menghendaki Allah Ta’ala hidayah manusia
ما اقتتلَ الذين من بعدِهِم
Nescaya tiada berbunuh-bunuh segala mereka yang kemudian daripada mereka itu segala rasul
من بدِ ما جاءَتهُمُ البيناتُ
Daripada kemudian barang yang datang akan mereka itu oleh kenyataan
ولكن اختلفوا
Dan tetapi bersalah-salahan mereka itu pada agama
فمنهم من آمنَ ومنهم من كَفَر
Maka setengah daripada mereka itu mukminin dan setengah daripada mereka itu kafir seperti nasoro kemudian daripada Isa maka berbunuh-bunuh mereka itu kerana bersalahan dan menyesat setengah akan setengah
ولو شاء اللهُ ما اقتتلوا
Dan jika dikehendaki Allah nescaya tiada berbunuh mereka itu
ولكنَّ اللهَ يفعلُ ما يريدُ
Dan tetapi Allah Ta’ala perbuat barang yang Ia kehendaki daripada taufiq mereka yang dikehendaki dan hina mereka yang dikehendaki tiada I’tiradh atasnya

Al Baqarah - Ayat 252



 تلك آيات الله نتلوها عليكم بالحق
Bermula ini segala ayatnya daripada ألم تر إلى الذين خرجوا hingga ولو لا دفع الله الناس   itu segala ayat Allah Ta’ala kami baca akan dia atas engkau ya Muhammad dengan sebenar
إنك لمنَ المرسلين
Dan bahawasanya engkau itu ya Muhammad sungguhnya daripada jumlah orang yang jadi rasul ini ayat menolak bagi kata kufur لستَ مرسلا  tiada engkau rasul

Selasa, 30 September 2014

Al Baqarah - Ayat 251



فَهَزَمُوهُمْ بِإِذْنِ اللَّهِ وَقَتَلَ دَاوُودُ جَالُوتَ وَآتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَهُ مِمَّا يَشَاءُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتِ الْأَرْضُ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعَالَمِينَ
Mereka (tentara Thalut) mengalahkan tentara Jalut dengan izin Allah dan (dalam peperangan itu) Daud membunuh Jalut, kemudian Allah memberikan kepadanya (Daud) pemerintahan dan hikmah (sesudah meninggalnya Thalut) dan mengajarkan kepadanya apa yang dikehendaki-Nya. Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian umat manusia dengan sebagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai karunia (yang dicurahkan) atas semesta alam.

TAFSIR NURUL IHSAN

(Kisah bunuh Jalut)
وَقَتَلَ دَاوُودُ جَالُوتَ
Dan membunuh oleh Nabi Daud akan raja Jalut adalah serta isteri bapa Daud tiga belas anak lelaki dalam askar Tholut Daud kecil belum baligh lagi sakit pucat tubuh badan lagi gembala kambing tatkala menuntut Jalut akan mubarazah lawan sama seorang dan adalah ia jabbaran azhiman kuat besar tubuh tinggi ada atas kepalanya baidhoh kufiah dari besi maka menegah Bani Israel daripada mubarazahnya maka menyeru Tholut barang siapa membunuh Jalut aku nikahkan dengan anak aku dan aku beri setengah kerjaanku dan di bawa datang dengan qarnun (tanduk) padanya dahan al Quds minyak quds dan dikata orang yang membunuh Jalut itu apabila dihantar Qarnun ini atas kepalanya mengalir dahan daripada qarnun kepada kepalanya tiada turun ke muka maka dicabut Bani Israel terkena pada Daud dan kata Tholut adakah engkau boleh membunuh Jalut aku nikah akan dikau anakku dan aku memberi setengah kerjaanku maka kata Daud (na’am) ya boleh maka berjalan Daud kepada Jalut di setengah jalan menyeru hajar batu Nabi Harun ambil akan daku kemudian bertemu dengan Hajar Musaa katanya ambil akan daku kemudian bertemu dengan hajar kata ambil akan daku maka aku ini batu engkau bunuh Jalut maka ambil Daud dan menghantar ia akan tiga hajar itu pada MAQLA’NYA tarbil dilontar pada Jalut kena baidhoh atas kepalanya tembus otak kepala keluar tengkuknya dan bunuh tiga pula lelaki di belakangnya maka ambil akan mayat Jalut dibawa hadapan Tholut maka memberi nikah oleh Tholut akan anaknya dan diberi akan dia setengah kerjaan maka duduk empat puluh tahun mati Tholut tinggal Daud seorang tujuh tahun, subhana man la yanqadhi mulkahu Maha Suci Tuhan yang tiada habis kerajaanNya.
وَآتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ وَالْحِكْمَةَ
Dan memberi akan dia Daud oleh Allah Ta’ala akan raja dan nubuwwah nabi dan tiada berhimpun pada seseorang dahulu daripadanya
وَعَلَّمَهُ مِمَّا يَشَاءُ
Dan mengajar ia akan dia daripada barang yang dikehendakinya seperti perbuat duru’ baju rantai dan faham cakap burung dan binatang
وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتِ الْأَرْضُ
Dan jika tiada menolakkan Allah Ta’ala akan manusia setengah mereka itu dengan membunuh setengah nescaya binasa bumi
وَلَٰكِنَّ اللَّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعَالَمِينَ
Dan tetapi Allah ta’ala itu Tuhan yang Amat Pemberi ni’mat atas sekelian alam dengan tiada hisab.

Jumaat, 26 September 2014

Al Baqarah - Ayat 250




Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdo`a dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir".

TAFSIR NURUL IHSAN
ولما برَزُواْ لجلوتَ وجنُودِهِ
Dan tatkala keluar mereka itu bagi Jalut dan tenteranya dan berbaris tentera-tentera itu berhadap setengah dengan setengah
قالو ربَّنا أَفْرِغْ علينا صبرا
Kata mereka itu hai Tuhan kami tuang olehmu atas kami sabar itu atas perang ini.
وثَبِّتْ أَقدَاْمَنا
Dan tetapkan segala kaki kami dengan kuat hati kami atas berperang ini
وانصُرنا على القومِ الكافرين
Dan tolongkan kami atas segala kamu kafir
فهَزموهُم
Maka memecah mereka itu akan Tholut akan mereka itu Jalut
بإِذنِ الله
Dengan Izin Allah.