Jumaat, 26 September 2014

Al Baqarah - Ayat 250




Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdo`a dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir".

TAFSIR NURUL IHSAN
ولما برَزُواْ لجلوتَ وجنُودِهِ
Dan tatkala keluar mereka itu bagi Jalut dan tenteranya dan berbaris tentera-tentera itu berhadap setengah dengan setengah
قالو ربَّنا أَفْرِغْ علينا صبرا
Kata mereka itu hai Tuhan kami tuang olehmu atas kami sabar itu atas perang ini.
وثَبِّتْ أَقدَاْمَنا
Dan tetapkan segala kaki kami dengan kuat hati kami atas berperang ini
وانصُرنا على القومِ الكافرين
Dan tolongkan kami atas segala kamu kafir
فهَزموهُم
Maka memecah mereka itu akan Tholut akan mereka itu Jalut
بإِذنِ الله
Dengan Izin Allah.

Selasa, 23 September 2014

Al Baqarah - Ayat 249



فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللّهَ مُبْتَلِيكُم بِنَهَرٍ فَمَن شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَن لَّمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلاَّ مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ فَشَرِبُواْ مِنْهُ إِلاَّ قَلِيلاً مِّنْهُمْ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ قَالُواْ لاَ طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنودِهِ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلاَقُو اللّهِ كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللّهِ وَاللّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
 Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".

TAFSIR NURUL IHSAN
فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ
Maka tatkala keluar Tholut dengan tentera itu daripada baitul maqdis dan adalah waktu hangat sangat meminta mereka itu daripadanya akan air.
قَالَ إِنَّ اللّهَ مُبْتَلِيكُم بِنَهَرٍ
Berkata NabiyAllah Ta’ala menjawab akan kamu dengan sungai supaya zahir orang yang taat daripada yang ‘asi antara urdun (Jordan) dan Palestin dekat baitul maqdis.
فَمَن شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي
Maka barang siapa minum daripadanya maka tiada daripada ikutan aku
وَمَن لَّمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي
Dan barang siapa tiada minum akan dia maka bahawasanya ia daripadaku
إِلاَّ مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ
Melainkan mereka yang mencebuk akan sebagai cebuk dengan tangannya maka memadai dengannya dan tiada lebih atasnya maka ia daripada aku
فَشَرِبُواْ مِنْهُ
Maka minum mereka itu daripadanya tatkala sampai mereka itu kepadanya dengan banyak-banyak
إِلاَّ قَلِيلاً مِّنْهُمْ
Melainkan sedikit daripada mereka menyimpan atas cebuk dengan tangan sahaja dan mereka itu tiga ratus tiga belas orang
فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ
Maka tatkala lepas akan dia sungai itu oleh ia Tholut dan segala mereka yang beriman sertanya iaitu tiga ratus tiga belas orang yang menyimpan atas cebuk dengan tangan minum air
قَالُواْ
Kata mereka yang minum banyak
لاَ طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنودِهِ
Tiada kuasa bagi kami hari ini dengan memerangi Jalut dan tenteranya dan takut mereka itu dan tiada lepas mereka itu akan sungai itu
قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلاَقُو اللّهِ
Berkata oleh segala mereka yang yakin mereka itu bahawa mereka itu bertemu dengan Allah dengan bangkit dari kubor iaitu segala yang lepas sungai
كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللّهِ
Berapa banyak daripada jama’ah yang sedikit itu mengalah ia akan jama’ah yang banyak dengan izin Allah
وَاللّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
Dan bermula Allah Ta’ala itu serta segala orang yang banyak sabar dengan memberi pertolongan dan menang

Isnin, 22 September 2014

Al Baqarah - Ayat 248



وَقَالَ لَهُمْ نِبِيُّهُمْ إِنَّ آيَةَ مُلْكِهِ أَن يَأْتِيَكُمُ التَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَبَقِيَّةٌ مِّمَّا تَرَكَ آلُ مُوسَى وَآلُ هَارُونَ تَحْمِلُهُ الْمَلآئِكَةُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman".

TAFSIR NURUL IHSAN
وَقَالَ لَهُمْ نِبِيُّهُمْ
Dan berkata bagi mereka itu oleh nabi mereka itu tatkala menuntut mereka itu dariapda alamat atas raja Tholut itu
إِنَّ آيَةَ مُلْكِهِ أَن يَأْتِيَكُمُ التَّابُوتُ
Bahawa tanda alamat rajanya itu bahawa datang akan kamu oleh tabut iaitu peti daripada kayu bersalut dengan emat tiga hasta panjang dua hasta lebar ada dalamnya segala gambar nabi-nabi daripada Adam sampai Muhammad menurun akan dia oleh Allah Ta’ala atas Adam daripada syurga dan berkekalan berpindah daripada Adam kepada nabi-nabi hingga sampai kepada Bani Israel maka mengalah akan mereka itu oleh kaum ‘amaliqah atas tabut dan ambil mereka itu akan dia dan adalah Bani Isarael dapat menang dengannya atas seteru mereka itu daripada mendahulu kan dia tabut pada hadapan tempat peperangan dan tetap hati mereka itu menang perang
فِيهِ سَكِينَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ
Pada dalamnya ketetapan daripada Tuhan kamu bagi hati kamu
وَبَقِيَّةٌ مِّمَّا تَرَكَ آلُ مُوسَى وَآلُ هَارُونَ
Dan baki daripada barang yang ditinggal oleh Nabi Musa dan Harun iaitu kasut Nabi Musa dan ‘aso tongkatnya dan ‘lmamah serban Nabi Harun dan satu sumpit daripada bata dan pecah-pecah luh taurah
تَحْمِلُهُ الْمَلآئِكَةُ
Menanggung akan dia oleh Malaikat
إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
Bahasanya pada yang demikian itu sungguhnya alamat bagi kamu atas raja Tholut jika ada kamu itu beriman sekelian maka tanggung akan dia tabut itu oleh Malaikat antara langit dan bumi dan mereka itu memandang kepadanya hingga menghantar akan dia pada hamper Tholut maka mengaku mereka itu dengan raja Tholut dan bersegera mereka itu kepada perang sabilillah maka memilih Tholut daripada orang yang muda-muda mereka itu tujuh puluh ribu dan kata qil delapan puluh ribu dan kata qil seratus dua puluh ribu tentera di dalam itu Nabi Daud

Al Baqarah - Ayat 105



مَّا يَوَدُّ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَلاَ الْمُشْرِكِينَ أَن يُنَزَّلَ عَلَيْكُم مِّنْ خَيْرٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَاللّهُ يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِ مَن يَشَاءُ وَاللّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
Orang-orang kafir dari Ahli kitab, dan juga dari orang-orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu Padahal Allah berhak menentukan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah (jualah Yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar.

TAFSIR NURUL IHSAN

مَّا يَوَدُّ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَلاَ الْمُشْرِكِينَ
Tiada cita-cita oleh segala kafir daripada ahli kitab dan tiada segala kafir musyrikin Arab itu
أَن يُنَزَّلَ عَلَيْكُم مِّنْ خَيْرٍ
Bahawa tiada diturun atas kamu itu daripada kebajikan sekali-kali
مِّن رَّبِّكُمْ
Daripada Tuhan kamu (kerana hasad dengki)
وَاللّهُ يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِ مَن يَشَاءُ
Dan bermula Allah Ta’ala itu menentukan Ia dengan rahmatNya nubuwwah akan mereka yang dekehendaki jadi nabi
وَاللّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
Dan bermula Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat kurnia pemberian yang besar-besar dan tatkala to’an cerca oleh segala kafir pada mansukh (batal) hikmah kata mereka bahawa Muhammad suruh ia akan sahabatnya hari ini dengan satu pesuruhan dan tegah ia daripada esok hari turun