Rabu, 25 Jun 2014

Al Baqarah - Ayatt 226



لِّلَّذِينَ يُؤْلُونَ مِن نِّسَآئِهِمْ تَرَبُّصُ أَرْبَعَةِ أَشْهُرٍ فَإِنْ فَآؤُوا فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

TAFSIR NURUL IHSAN
لِّلَّذِينَ يُؤْلُونَ مِن نِّسَآئِهِمْ
Bagi segala mereka yang bersumpah iaitu bersumpah tiada jima’ isteri mereka itu empat bulan atau lebih maka makna ila’ bersumpah lelaki tiada jima’ isterinya masa itu
تَرَبُّصُ أَرْبَعَةِ أَشْهُرٍ
Berhenti empat bulan hukum mahu menanti empat bulan manakala cukup Qodi suruh jima’ atau cerai.
فَإِنْ فَآؤُوا فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Maka jika kembali wati mereka itu dengan sendiri dalam empat bulan atau kemudiannya maka bahasanya Allah Ta’ala Tuhan yang Amat mengampuni daripada dosa memberi mudhorat perempuan dengan sumpah itu lagi amat Rahim dengannya tetapi kena kaffarah sumpah.

SEBAB AYAT INI DITURUNKAN

Ia diturunkan kerana pada zaman jahiliyyah dahulu, jika seseorang itu meminta sesuatu kepada isterinya sedang isterinya enggan pada memberikannya, maka diancamnya dengan bersumpah kepadanya tidak mahu menyetubuhinya selama setahun atau dua, sehingga menyebabkan ia terbiar dan teraniaya, seolah-olahnya tidak bersuami. 

Setelah Islam datang keadaan ini dapat diselesaikan dengan adanya hukuman yang terkandung dalam ayat ini, iaitu orang yang telah bersumpah tidak akan menyetubuhi isterinya, jika isterinya menuntut kepada hakim, sisuami akan diberi masa menunggu empat bulan. Bila habis tempoh itu aia tidak kembali (tidak membatalkan sumpahnya) yang diiringi kemudiannya dengan membayar kaffarah, maka hakim akan menuntu supaya menceraikan isterinya itu. Jika suami enggan, hakim berhak memberikan talak maka tercerailah isterinya.

Sekiranya suami kembali kepada isterinya dengan menyetubuhinya, maka wajiblah membayar Kaffarah al Yamin, dengan cara memilih antara tiga berikut :

(1) Memedekakan seorang hamba yang mukmin ;
(2) Memberi makan sepuluh orang miskin, banyaknya tiap-tiap seorang satu mud.
(Berdasarkan Pendapat Jumhur satu mud dalam gram lebih kurang 544 gram (dari satu sepertiga dikali 408) dan satu sha' kurang lebih adalah 2176 gram (dari 544 dikali 4) atau 2,176 kilogram.
1 litre = 1.000028 cubic decimetres , iaitu kira2 1.76 pints.)
(3) Memberi persalinan kepada mereka, sekiranya tidak dapat mengadakan salah satu dari tiga perkara ini, hendaklah ia berpuasa selama 3 hari.


Selasa, 24 Jun 2014

Al Baqarah - Ayat 225



لاَّ يُؤَاخِذُكُمُ اللّهُ بِاللَّغْوِ فِيَ أَيْمَانِكُمْ وَلَكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا كَسَبَتْ قُلُوبُكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ
Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Ia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah). Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

لاَّ يُؤَاخِذُكُمُ اللّهُ بِاللَّغْوِ فِيَ أَيْمَانِكُمْ
Tiada mengambil akan kamu oleh Allah dengan lagha pada sumpah kamu dan barang yang tergelincir lidah dengan tiada qosad pada sumpah seimpama LA WALLAH tiada DEMI ALLAH WA BALA WALLAH sebentara Demi Allah maka tiada dosa padanya dan tiada kaffarah
وَلَكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا كَسَبَتْ قُلُوبُكُمْ
Dan tetapi mengambil IA akan kamu dengan barang yang qosad oleh hati kamu apabila bersumpah
وَاللّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat mengampuni dosa kamu lagi amat Kasih saying dengan ta’khir ‘uqubah sisa orang yang mustahaqnya

Isnin, 23 Jun 2014

Al Baqarah - Ayat 224



وَلاَ تَجْعَلُواْ اللّهَ عُرْضَةً لِّأَيْمَانِكُمْ أَن تَبَرُّواْ وَتَتَّقُواْ وَتُصْلِحُواْ بَيْنَ النَّاسِ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
(Dan janganlah kamu jadikan nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui

TAFSIR NURUL IHSAN

وَلاَ تَجْعَلُواْ اللّهَ عُرْضَةً لِّأَيْمَانِكُمْ
Dan jangan kamu jadi akan lafaz Allah itu lintang kalang bagi sumpah kamu dengan kamu banyak bersumpah dengan nama Allah
أَن تَبَرُّواْ وَتَتَّقُواْ
Bahawa tiada kamu berbuat baik dan tiada kamu takut akan Allah Ta’ala maka makruh bersumpah yang demikian itu kerana meninggal kebajikan dan sunat beri kena sumpah dan bayar kaffarah bersalahan bersumpah atas yang mengerjakan kebajikan seperti katanya demi Allah aku hendak bersedekah atau puasa sunat atau kenduri maka iaitu kebajikan sunat diberi pahala wajib dengan nazar itu
وَتُصْلِحُواْ بَيْنَ النَّاسِ
Dan bersumpah bahawa tiada kamu sulhu antara manusia makna jangan kamu berhenti daripada mengerjakan kebajikan apabila kamu bersumpah atas tinggalnya tetapi hendaklah kamu kerja kebajikan itu dan kamu bayar kaffarah
وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Mendengar segala perkataan kamu lagi Amat Melihat segala kelakuan kamu

DENDA MELANGGAR SUMPAH
Sesiapa yang mendustai sumpah, maka wajib membayar denda satu daripada empat perkara yang berikut :

  1. Memerdekakan seseorang hamba lelaki atau perempuan yang mu’min jika ada. 
  2.  Memberi makan kepada sepuluh orang miskin mengikut makanan asasi sebuah Negara tersebut dengan kadar secupak. Member makanan disini bermaksud wajib memberi makanan kepada orang miskin dan tidak memadai jika hanya menjemput mereka menikmati jamuan makan dirumah.
     
  3.  Memberi pakaian yang biasa dipakai kepada sepuluh orang miskin.
  4. Jika tidak mampu melaksanakn ketiga-tiga hukuman diatas disebabkan halangan kesusahan, maka wajiblah berpuasa selama tiga hari tanpa putus.

Al Baqarah - Ayat 223




نِسَآؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ فَأْتُواْ حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ وَقَدِّمُواْ لأَنفُسِكُمْ وَاتقُواْ اللّهَ وَاعْلَمُواْ أَنَّكُم مُّلاَقُوهُ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

TAFSIR NURUL EHSAN

نِسَآؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ
Isteri-isteri kamu bendang bagi kamu tempat tanam anak
فَأْتُواْ حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ
Maka datang oleh kamu akan bendang kamu dengan jima’ pada qubul betapa kaitiat kehendak kamu daripada berdiri dan duduk dan berbaring dan berhadapan dana belakang turun ini ayat menolak perkataan Yahudi barang siapa mendatangi isterina pada qubulnya daripada pihak duburnya nescaya datang anak akhwal juling
وَقَدِّمُواْ لأَنفُسِكُمْ
Dan dahulu oleh kamu bagi diri kamu akan amalan yang soleh seperti bismillah ketika jima’ sabda Rasulullah sollahu alaihi wasallam
من قال بسم الله عند الجماع فاتاه ولدُ فله حسنات بعد أنفاس ذلك الولد وعدد عقبه إلى يوم القيامة
Barang siapa baca bismillah ketika jima’ maka datang akan dia oleh anak maka baginya kebajikan dengan sebilang-bilang nafas demikian itu anak dan sebilang-bilang nafas anak cucunya hingga hari kiamat

 وَاتقُواْ اللّهَ
Dan taku oleh kamu akan Allah dengan mengikut suruhan dan tegahNya
وَاعْلَمُواْ أَنَّكُم مُّلاَقُوهُ
Dan ketahui oleh kamu bahasanya kami itu lagi akan bertemu sekelian kamu akan dia Allah Ta’ala maka membalas akan kamu segala amalan kamu baik dan jahat dengan jenisnya
وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
Dan beri khabar suka oleh kamu akan segala orang yang mukminin yang takut akan Dia itu dengan jannah syurga