Selasa, 17 Jun 2014

Al Baqarah - Ayat 219



يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبيِّنُ اللّهُ لَكُمُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
TAFSIR NURUL IHSAN
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ
Lagi menanyai mereka itu akan dikau daripada khamar dan judi apa hukum keduanya
قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ
Kata olehmu ya Muhammad (saw) pada kedua itu dosa besar kerana jadi dengan sebab kedua itu daripada berbabil dan bermaki-maki dan perkataan yang keji-keji
وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ
Dan manafat bagi manusia
وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
Dan bermula dosa kedua itu terlebih besar daripada manafaat keduanya dan tatkala turun ini minum akandia setengah kaum dan menegah setengah yang lain hingga mengharam akan dia oleh ayat Maidah
وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ
Dan lagi menanyai merka itu akan dikau apa qadar mengendak menafkah mereka itu
قُلِ الْعَفْوَ
Kata olehmu menafkah kamu akan harta yang lebih-lebih daripada hajat dan jangan kamu menafkah yang kamu berhajat dan kamu siksa diri kamu
كَذَلِكَ يُبيِّنُ اللّهُ لَكُمُ الآيَاتِ
Seperti yang demikian itulah menyata oleh Allah Ta’ala bagi kamu akan segala hukumanNya
لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ في الدنيا ولآخرة
Mudah mudahan kamu berfikir kamu pada pekerjaan dunia dan akhirat maka kamu ambil apa-apa yang terlebih-lebih islah bagi kamu terlebih baik

Rabu, 4 Jun 2014

Al Baqarah - Ayat 218



إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


TAFSIR NURUL IHSAN AYAT 218
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ
Bahawasanya segala mereka yang beriman dan segala mereka yang bijrah tinggal kampong dan segala mereka yang bersungguh-sungguh pada jalan agama Allah kerana meninggi agamanya itu
 أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ
Bermula mereka itulah yang harap mereka itu akan dapat rahmat Allah
وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Bermula Allah Ta’ala Tuhan yang Amat Mengampuni bagi segala mu’minin lagi amat Rahim dengan mereka itu.



Selasa, 3 Jun 2014

Al Baqarah - Ayat 217



يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ وَصَدٌّ عَن سَبِيلِ اللّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِندَ اللّهِ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ وَلاَ يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىَ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُواْ وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُوْلَـئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ
Lagi menanyai mereka itu akan dikau ya Muhammad (saw) daripada bulan syahrul haram berperang padanya adakah jaiz harus atau tiada
قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ
Kata olehmu ya Muhammad (saw) bermula perang padanya dosa besar

وَصَدٌّ عَن سَبِيلِ اللّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِندَ اللّهِ
Dan bermula menegah daripada agama Allah dan kufur dengan nya dan menegah daripada masjidil haram dan mengeluarkan ahlinya daripadanya yaitu Nabi dan sekelian mukminin itu terlebih besar dosa di sisi Allah daripada perang bulan syahrul haram
وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ
Dan bermula berbuat fitnah syirik kufur itu terlebih besar dosa dariapda berbunuh-bunuh kamu padanya
وَلاَ يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ
Sentiasa mereka itu kuffar hendak membunuh mereka itu akan kamu hai Mu’minin
حَتَّىَ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ
Supaya kambali mereka itu akan kamu daripada agama kamu keapda kufur
إِنِ اسْتَطَاعُواْ وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ
Dan barang siapa yang murtad daripada agama itu daripada agamanya maka mati ia dan ia kafir
فَأُوْلَـئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
Maka bermula mereka itulah telah batal segala amalan mereka itu yang soleh-soleh pada dunia dan akhirat maka tiada kebilangan dengannya dan tiada thawab (pahala) atasnya dan bermula qaiyyad dengannya mati memberi faham jika kembali kepada Islam tiada batil amalannya maka diberi pahala atasnya dan tiada qoda’ seperti haji umpama adapun ibadat dalam masa murtad maka wajib qoda’
وَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dan bermula mereka itu segala orang murtad itu segala orang yang empunyai neraka mereka itu pada dalamnya kekal sekelian dan tatkala zhon (sangka) oleh sariyah angkatan itu bahasanya jika selamat mereka itu daripada dosa maka tiada hasil bagi mereka itu pahala turun oleh

Ahad, 1 Jun 2014

Al Baqarah - Ayat 216



Ayat 216
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

 TAFSIR NURUL IHSAN
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ
Telah difardhukan atas kamu itu perang kafir
وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ
Kebencian bagi kamu pada tabiat kerana masyaqqah dan kepayahan
وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً
dan sungguh bahawa kamu benci akan suatu
وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ
dan iaitu baik bagi kamu
وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ
dan sungguh bahawa kamu kasih akan suatu dan itu kejahatan bagi kamu kerana nafsu itu cenderung kepada keinginan yang mewajib bagi binasanya dan lari kafsu daripada sekelian keberatan syara’ yang mewajib bagi sa’adah bahagia
وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Dan bermula Allah Ta’ala itu Tuhan yang mengetahui apa yang baik bagi kamu dan yang jahat dan menyuruh oleh Nabi Muhammad Sollahu alaihi wasallam awal tenteranya mula angkatan peperangan lapan orang laki-laki amir atas Abdullah bin Jahsy anak amahnya maka berperang mereka itu akan kafir musyrikin empat orang bunuh seorang nama Amru bin al Hadrami dan ditawannya dua orang dan lari seorang pada akhir haribulan Jamadil Akhir dan kesamaran atas mereka itu dengan Rejab maka mengkeji akan mereka itu oleh kuffar dengan menghalalkan maka turun