Rabu, 23 April 2014

Al Baqarah - Ayat 200



فَإِذَا قَضَيْتُم مَّنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُواْ اللّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْراً فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.

TAFSIR NURUL IHSAN
فَإِذَا قَضَيْتُم مَّنَاسِكَكُمْ
Dan apa bila selesai kamu dari mengerjakan haji kamu dengan bahawa kamu sudah melontar jumratul aqabah dan towaf sa’e dan bermalam di Mina
 فَاذْكُرُواْ اللّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْراً
Maka sebul oleh kamu akan Allah ta’ala seperti menyebut kamu akan bapa-bapa kamu atau lebih banyak sebutan Allah adalah mereka itu bermegah-megah dengan sebut bapa-bapa mereka itu ketika selesai haji mereka itu di Mina atau di Makkah
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ
Maka setengah daripada manusia itu mereka berkata ia pada doanya
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا
Hai Tuhan kami beri akan kami pada dalam dunia nasib bahagian kami, firmanNya
وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Dan tiada bagian  pada akhirat itu daripada bahagian ni’mat syurga

Al Baqarah - Ayat 199



AYAT 199
ثُمَّ أَفِيضُواْ مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ النَّاسُ وَاسْتَغْفِرُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Then hasten onward from the place whence the multitude hasteneth onward , and ask forgiveness of Allah . Lo! Allah is Forgiving , Merciful .

TAFSIR NURUL IHSAN
ثُمَّ أَفِيضُواْ مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ النَّاسُ
Kemudian bertolak oleh kamu hai Quraisy pada wuquf itu daripada mana tempat yang bertolak wuquf manusia daripada Arafat dengan bahawa kamu wuquf serta manusia dan adalah mereka itu wuquf dengan Muzdalifah kerana takabbur daripada wuquf serta mereka itu.
وَاسْتَغْفِرُواْ اللّهَ
Dan minta ampun oleh kamu akan Allah daripada dosa kamu dengan banyak baca astaghfirullah
إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Bahasanya Allah ta’ala itu Tuhan yang banyak mengampuni bagi hambaNya yang mukminin lagi rahim dengan mereka itu.

Al Baqarah - Ayat 198



لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَبْتَغُواْ فَضْلاً مِّن رَّبِّكُمْ فَإِذَا أَفَضْتُم مِّنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُواْ اللّهَ عِندَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِ وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَاكُمْ وَإِن كُنتُم مِّن قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّآلِّينَ
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.
It is no sin for you that ye seek the bounty of your Lord ( by trading ) . But , when ye press on in the multitude from Arafat , remember Allah by the sacred monument . Remember Him as He hath guided you , although before ye were of those astray .
 
TAFSIR NURUL IHSAN
لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَبْتَغُواْ فَضْلاً مِّن رَّبِّكُمْ
Tiada atas kamu itu dosa bahawa kamu tuntut akan kurnia rezeki daripada Tuhan kamu dengan tijarah berniaga pada dalam haji, turun ini ayat menolak bagi benci muslimin akan berniaga dalam kerja haji
فَإِذَا أَفَضْتُم مِّنْ عَرَفَاتٍ
Dan apabila bertolak kamu daripada padang Arafat kemudian daripada wuquf dengannya
فَاذْكُرُواْ اللّهَ عِندَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِ
Maka hendaklah kamu banyak-banyak sebut akan Allah pada sisi masy ‘aril haram dengan talbiah dan tahlil dan doa mas’aril haram itu bukit pada akhir Muzdalifah dinama Qozah dan pada hadis bahasanya Nabi Sollahu alaihi wasallam brhenti dengannya berzikir akan Allah dan doa hingga asfar cerah.
وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَاكُمْ
Dan sebut oleh kamu akan Allah seperti barang yang menghidayah Ia akan kamu kepada segala tanda agamanya dan segala kerja hajinya
وَإِن كُنتُم مِّن قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّآلِّينَ
Dan jika ada kamu daripada dahulu daripada jumlah segala orang dholalah sekalipun

Al Baqarah - Ayat 197



الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَاتٌ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلاَ رَفَثَ وَلاَ فُسُوقَ وَلاَ جِدَالَ فِي الْحَجِّ وَمَا تَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللّهُ وَتَزَوَّدُواْ فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِ يَا أُوْلِي الأَلْبَابِ
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).

The pilgrimage is ( in ) the well known months , and whoever is minded to perform the pilgrimage therein ( let him remember that ) there is ( to be ) no lewdness nor abuse nor angry conversation on the pilgrimage . And whatsoever good ye do Allah knoweth it . So make provision for yourselves ( here after ) ; for the best provision is to ward off evil . Therefore keep your duty unto Me , O men of understanding .

TAFSIR NURUL IHSAN
الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَاتٌ
Waktu Haji itu beberapa bulan yang maklum Syawwal dan Zulkaedah dan sepuluh malam daripada Zulhijjah
فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ
Maka barang siapa fardhu padanya akan haji atas dirinya dengan ihram dengannya
فَلاَ رَفَثَ وَلاَ فُسُوقَ وَلاَ جِدَالَ فِي الْحَجِّ
Maka tiada jima’ dan tiada tiada buat maksiat dan tiada berbantah-bantah pada dalam kerja Haji
وَمَا تَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللّهُ
Dan akan barang  apa yang kamu kerja daripada kebajikan itu nescaya diketahui akandia oleh Allah Ta’ala maka membalas Ia akan kamu dengannya dan turun pada ahli Yaman dan adalah mereka itu pergi haji dengan tiada bawa bekal tawakkal atas manusia sahaja.
وَتَزَوَّدُواْ
Ambil bekal oleh kamu bagi musafir kamu
فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى
Maka bahawasanya sebaik-baik bekal itu taqwa kepada Allah takut akan Allah dengan mengerjakan taat bekal bagi perjalanan dunia dan akhirat.
وَاتَّقُونِ
Dan takut oleh kamu akan Daku dengan iktu suruh tegahKu.
يَا أُوْلِي الأَلْبَابِ
Hai segala orang yang mempunyai aqal.