Rabu, 23 April 2014

Al Baqarah - Ayat 198



لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَبْتَغُواْ فَضْلاً مِّن رَّبِّكُمْ فَإِذَا أَفَضْتُم مِّنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُواْ اللّهَ عِندَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِ وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَاكُمْ وَإِن كُنتُم مِّن قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّآلِّينَ
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.
It is no sin for you that ye seek the bounty of your Lord ( by trading ) . But , when ye press on in the multitude from Arafat , remember Allah by the sacred monument . Remember Him as He hath guided you , although before ye were of those astray .
 
TAFSIR NURUL IHSAN
لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَبْتَغُواْ فَضْلاً مِّن رَّبِّكُمْ
Tiada atas kamu itu dosa bahawa kamu tuntut akan kurnia rezeki daripada Tuhan kamu dengan tijarah berniaga pada dalam haji, turun ini ayat menolak bagi benci muslimin akan berniaga dalam kerja haji
فَإِذَا أَفَضْتُم مِّنْ عَرَفَاتٍ
Dan apabila bertolak kamu daripada padang Arafat kemudian daripada wuquf dengannya
فَاذْكُرُواْ اللّهَ عِندَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِ
Maka hendaklah kamu banyak-banyak sebut akan Allah pada sisi masy ‘aril haram dengan talbiah dan tahlil dan doa mas’aril haram itu bukit pada akhir Muzdalifah dinama Qozah dan pada hadis bahasanya Nabi Sollahu alaihi wasallam brhenti dengannya berzikir akan Allah dan doa hingga asfar cerah.
وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَاكُمْ
Dan sebut oleh kamu akan Allah seperti barang yang menghidayah Ia akan kamu kepada segala tanda agamanya dan segala kerja hajinya
وَإِن كُنتُم مِّن قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّآلِّينَ
Dan jika ada kamu daripada dahulu daripada jumlah segala orang dholalah sekalipun

Al Baqarah - Ayat 197



الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَاتٌ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلاَ رَفَثَ وَلاَ فُسُوقَ وَلاَ جِدَالَ فِي الْحَجِّ وَمَا تَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللّهُ وَتَزَوَّدُواْ فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِ يَا أُوْلِي الأَلْبَابِ
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).

The pilgrimage is ( in ) the well known months , and whoever is minded to perform the pilgrimage therein ( let him remember that ) there is ( to be ) no lewdness nor abuse nor angry conversation on the pilgrimage . And whatsoever good ye do Allah knoweth it . So make provision for yourselves ( here after ) ; for the best provision is to ward off evil . Therefore keep your duty unto Me , O men of understanding .

TAFSIR NURUL IHSAN
الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَاتٌ
Waktu Haji itu beberapa bulan yang maklum Syawwal dan Zulkaedah dan sepuluh malam daripada Zulhijjah
فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ
Maka barang siapa fardhu padanya akan haji atas dirinya dengan ihram dengannya
فَلاَ رَفَثَ وَلاَ فُسُوقَ وَلاَ جِدَالَ فِي الْحَجِّ
Maka tiada jima’ dan tiada tiada buat maksiat dan tiada berbantah-bantah pada dalam kerja Haji
وَمَا تَفْعَلُواْ مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللّهُ
Dan akan barang  apa yang kamu kerja daripada kebajikan itu nescaya diketahui akandia oleh Allah Ta’ala maka membalas Ia akan kamu dengannya dan turun pada ahli Yaman dan adalah mereka itu pergi haji dengan tiada bawa bekal tawakkal atas manusia sahaja.
وَتَزَوَّدُواْ
Ambil bekal oleh kamu bagi musafir kamu
فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى
Maka bahawasanya sebaik-baik bekal itu taqwa kepada Allah takut akan Allah dengan mengerjakan taat bekal bagi perjalanan dunia dan akhirat.
وَاتَّقُونِ
Dan takut oleh kamu akan Daku dengan iktu suruh tegahKu.
يَا أُوْلِي الأَلْبَابِ
Hai segala orang yang mempunyai aqal.

Rabu, 9 April 2014

Al Baqarah - Ayat 196



وَأَتِمُّواْ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلّهِ فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ وَلاَ تَحْلِقُواْ رُؤُوسَكُمْ حَتَّى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضاً أَوْ بِهِ أَذًى مِّن رَّأْسِهِ فَفِدْيَةٌ مِّن صِيَامٍ أَوْ صَدَقَةٍ أَوْ نُسُكٍ فَإِذَا أَمِنتُمْ فَمَن تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ ذَلِكَ لِمَن لَّمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَاتَّقُواْ اللّهَ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).

Terjemahan Bahasa Inggeris :

Perform the pilgrimage and the visit ( to Mecca ) for Allah . And if ye are prevented , then send such gifts as can be obtained with ease , and shave not your heads until the gifts have reached their destination . And whoever among you is sick or hath an ailment of the head must pay a ransom of fasting or alms giving or offering . And if ye are in safety , then whosoever contenteth himself with the Visit for the Pilgrimage ( shall give ) such gifts as can be had with ease . And whosoever cannot find ( such gifts , then a fast of three days while on the pilgrimage , and of seven when ye have returned ; that is , ten in all . That is for him whose folk are not present at the Inviolable Place of Worship . Observe your duty to Allah , and know that Allah is severe in punishment .

TAFSIR NURUL IHSAN

وَأَتِمُّواْ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلّهِ
Dan sempurna oleh kamu akan kerja haji dan umrah itu kerana Allah Ta’ala semata-mata

فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ
Maka jika ditegah akan kamu daripada tamam haji maka wajib apa yang mudah daripada dam seekor kambing kamu sembelih tempat hisor itu tempat kena tahan
وَلاَ تَحْلِقُواْ رُؤُوسَكُمْ حَتَّى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ
Dan jangan kamu cukur kepada kamu hingga sampai dam itu akan tempatnya dengan sembelihan di tanah haram dngan niat tahallul dan disedekah atas segala miskin kemudan bercukur
فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضاً أَوْ بِهِ أَذًى مِّن رَّأْسِهِ
Maka barang siapa yang ada daripada kamu itu sakit atau dengan penyakit daripada kepalanya seperti kutu dan sakit kepala maka cukur ia dalam haram
فَفِدْيَةٌ مِّن صِيَامٍ أَوْ صَدَقَةٍ أَوْ نُسُكٍ
Maka dap wajib atasnya  daripada tiga hari puasa atau sedekah tiga gantang makanan negeri atas enam miskin atau sembelih satu kambing demikian juga mereka yang pakai bau-bauan dan duhn minyak dan kain santung dan kerat kuku dalam ihram
فَإِذَا أَمِنتُمْ
Maka apabila aman kamu daripada seteru
فَمَن تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ
Maka bermula mereka yang kerja haji tamattu’ iaitu kerja umrah dalam bulan haji dan kerja haji tahun itu jua dan tiada kembali ihram pada miqat haji
فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ
Maka apa yang mudah daripada dam wajib atasnya sembelih seekor kambing kemudian daripada ihram dengannya dan yang terlebih afdhol disembelih dam hari nahar
فَمَن لَّمْ يَجِدْ
Maka barang siapa tiada dapat kambing
فَصِيَامُ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ
Maka wajib puasa tiga hari pada dalam ihram haji seperti ihram hari yang kelima zulhijjah maka puasa hari enam tujuh lapan dan puasa tujuh hari apabila kembali kamu ke negeri makkah atau lainnya.
تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ
Demikian itulah sepuluh hari jadi cukup
ذَلِكَ لِمَن لَّمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ
Bermula yang demikian itu hukum itu bagi mereka yang tiada ahlinya hadir masjdil haram dengan bahawa ada mereka itu pada tempat dua marhalah atau lebih daripada masjidil haram maka tiada dam atasnya dan tiada puasa dan dihubung dengan orang yang bekerja haji tamattu’ itu haji qiran iaitu ihram dengan haji dan umrah bersama-sama atau masuk haji atas umrah dahulu daripada tawaf
وَاتَّقُواْ اللّهَ
Dan takut oleh kamu akan Allah Ta’ala pada barang yang disuruh dan yang ditegah
وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan ketahui oleh kamu bahasanya Allah Ta’ala itu Tuhan yang sangat sakit siksanya bagi orang yang menyalahiNya