Isnin, 17 Mac 2014

Al Baqarah - Ayat 187



أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ فَالآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُواْ مَا كَتَبَ اللّهُ لَكُمْ وَكُلُواْ وَاشْرَبُواْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّواْ الصِّيَامَ إِلَى الَّليْلِ وَلاَ تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ تِلْكَ حُدُودُ اللّهِ فَلاَ تَقْرَبُوهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.

It is made lawful for you to go unto your wives on the night of the fast . They are raiment for you and ye are raiment for them . Allah is aware that ye were deceiving yourselves in this respect and He hath turned in mercy toward you and relieved you . So hold intercourse with them and seek that which Allah hath ordained for you , and eat and drink until the white thread becometh distinct to you from the black thread of the dawn . Then strictly observe the fast till nightfall and touch them not , but be at your devotions in the mosques . These are the limits imposed by Allah , so approach them not . Thus Allah expoundeth His revelations to mankind that they may ward off ( evil )

TAFSIR NURUL IHSAN

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ
Dihalalkan bagi kamu pada malam puasa itu jima’ pada segala isteri kamu turun ini ayat kerana mansukh bagi yang ada permulaan Islam daripada haramnya dan haram makan minum kemudian isya’
هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ
Mereka itu perempuan itu pakaian bagi kamu dan kamu lelaki pakaian bagi mereka itu kinayah daripada setengah berhajat tiap-tiap kedua kepada taulannya atau kerana menutup salah seorang akan yang lain daripada kejahatan
عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَ أَنفُسَكُمْ
Telah diketahui oleh Allah bahawasa kamu itu adalah kamu khianat kamu akan diri kamu dengan jima’ pada malam puasa telah jatuh yang demikian itu bagi saidina Umar dan lain-lainnya dan minta uzur mereka itu kepada Nabi sollahu alahi wasallam
فَتَابَ عَلَيْكُمْ
Maka menerima ia akan taubat atas kamu
وَعَفَا عَنكُمْ
Dan dimaafkan dan ampun Ia daripada kamu
فَالآنَ بَاشِرُوهُنَّ
Maka sekarang ini jima’ kamu akan mereka itu perempuan
وَابْتَغُواْ مَا كَتَبَ اللّهُ لَكُمْ
Dan tuntut oleh kamu barang yang telah disurat oleh Allah Ta’ala bagi kamu daripada anak
وَكُلُواْ وَاشْرَبُواْ
Dan makan oleh kamu dan minum oleh kamu pada malam Ramadhan sekelian
حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ
Hingga nyata bagi kamu oleh benang putih
مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ
Daripada benang hitam daripada fajar sodiq
ثُمَّ أَتِمُّواْ الصِّيَامَ إِلَى الَّليْلِ
Kemudian sempurnakan oleh kamu akan puasa itu hingga masuk malam dengan jatuh matahari
وَلاَ تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ
Dan jangan kamu jima’ mereka itu perempuan dan bermula itu i’tikaf pada masjid, turun ayat ini menegah bagi mereka yang ada keluar ia daripada masjid dan ia i’tikaf maka jima’ akan isterinya dan balik i’tikaf pula
تِلْكَ حُدُودُ اللّهِ
Bermula sekelian yang demikian itu hukum iatulah segala had hukum Allah telah menghad akan dia bagi sekelian hambanya supaya berhenti mereka itu di sisinya
فَلاَ تَقْرَبُوهَا
Jangan kamu hampir akan dia
كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
Seperti yang demikian itulah menyata oleh Allah akan segala ayat hukuman bagi manusia, mudah-mudahan mereka itu memelihara mereka itu segala hormat kepada Allah Ta’ala.

Khamis, 13 Mac 2014

Al Baqarah - Ayat 185



شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضاً أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

The month of Ramadan in which was revealed the Quran , a guidance for mankind , and clear proofs of the guidance , and the Criterion ( of right and wrong ) . And whosoever of you is present , let him fast the month , and whosoever of you is sick or on a journey , ( let him fast the same ) number of other days . Allah desireth for you ease ; He desireth not hardship for you ; and ( He desireth ) that ye should complete the period , and that ye should magnify Allah for having guided you , and that peradventure ye may be thankful

TAFSIR NURUL IHSAN

شهرُ رمضانَ الذي أُنزِل فيه القرءان هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان
Bermula bulan Ramadhan itu bulan yang diturun padanya Quran daripada luh mahfuz di langit dunia pada malam lailatul Qadar kerana menghidayah bagi manusia daripada dholalah dan kerana menyatakan daripada jalan hukum hidayah kepada yang hak dan memfaraq antara sebenar dan yang bathil
فمن شهد منكم الشهرَ فليصُمهُ
Maka barang siapa hadhir lihat daripada kamu itu akan awal bulan maka hendaklah puasa ia akan dia
ومن كانَ مريضا أو على سفرٍ فعدةٌ من أيامٍ أُخَرَ
Dan barang siapa yang ada sakit atau musafir maka qoda’ daripada hari yang lain
يُريدُ اللهُ بكُم اليُسر ولا يريدُ بكُمُ العُسرَ
Menghendaki Allah Ta’ala dengan kamu itu kemudahan dan tiada menghendaki Ia dengan kamu akan kepayahan maka kerana yang demikian itu mengharus Ia bagi kamu berbuka puasa pada ketika sakit dan musafir
ولتُكْمِلُوا العِدةَ
Dan supaya kamu sempurna akan bilangan puasa Ramadhan
ولتُكْمِلُوا العِدةَ
Dan supaya kamu mengucap takbir akan Allah atas barang yang hidayah Ia akan kamu kepada segala tanda agamaNya

ولعلكم تشكرون
Dan mudah mudahan syukur kamu akan Allah atas yang demikian itu (pertanyaan sahabat), 

Isnin, 10 Mac 2014

Al Baqarah - Ayat 184



أَيَّاماً مَّعْدُودَاتٍ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضاً أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْراً فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُ وَأَن تَصُومُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

TAFSIR NURUL IHSAN

أَيَّاماً مَّعْدُودَاتٍ
Beberapa hari hari yang berbilang-bilang yang sedikit kerana memudahi atas segala orang mukallaf
فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضاً أَوْ عَلَى سَفَرٍ
Maka barang siapa yang ada daripada kamu dalam bulan Ramadhan itu sakit atau atas musafir qosar maka membuka ia tiada puasa
فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ
Maka wajib atasnya qoda’ sebilang-bilang hari berbuka daripada hari yang lain puasa gantinya
وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ
Dan atas segala orang yang tiada kuasa puasa itu kena beri fidyah makanan seorang miskin iaitu secupak makanan ahli negeri bagi tiap-tiap hari jika tiada ia puasa
فَمَن تَطَوَّعَ خَيْراً
Maka barang siapa yang mengerja sunnah kebajikan puasa dan lain-lainya
فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُ
Maka iaitu terlebih baik baginya
وَأَن تَصُومُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ
Dan bahawa berpuasa kamu itu terlebih baik bagi kamu daripada berbuka dan fidyah
إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Jika ada kamu itu ketahui kamu kerja oleh kamu akan yang demikian itu.

Rabu, 5 Mac 2014

Al Baqarah - Ayat 183



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

O ye who believe! Fasting is prescribed for you , even as it was prescribed for those before you , that ye may ward off evil ) 

TAFSIR NURUL IHSAN

 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ
Hai segala mereka yang beriman
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ
Telah difardhu atas kamu itu puasa Ramadhan
كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ
Seperti barang yang difardhu atas segala mereka-mereka yang dahulu daripada kamu daripada segala umat-umat
لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Mudah mudahan kamu memelihara kamu akan segala ma’siat maka bahawa puasa memicik ia akan syahwat keinginan yang ia permulaan ma’siat