Selasa, 7 Januari 2014

Al Baqarah - Ayat 158



إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِن شَعَآئِرِ اللّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَن تَطَوَّعَ خَيْراً فَإِنَّ اللّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِن شَعَآئِرِ
Bahawasanya bukit Sofa dan Marwah tempat Sa’e di Makah itu setengah daripada tanda agama Allah.
فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ
Maka barang siapa qosad Baitullah bagi kerja haji atau umrah
فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَا
Maka tiada mengapa atasnya bahawa towaf ia dengan keduanya dengan sa’e antara keduanya tujuh kali turun ini ayat tatkalai benci orang Muslimin akan demikian itu sa’e kerana orang jahiliyah sa’e mereka itu dengan keduanya dan atas kedua itu dua berhala sapu mereka itu akan keduanya dengan tangan kerana mengambil berkat kata Abdullah bin Abbas bahawa sa’e bukan fardhu
dan kata Imam Syafie dan lainnya sa’e itu rukun Haji dan menyata Rasulullah akan rukunnya dengan sabdanya bahasanya Allah Ta’ala telah fardhu atas kamu itu sa’e, dan lagi sabdanya
ابدؤوا بما بدأ الله به
Mula oleh kamu dengan barang yang memulai oleh Allah Ta’ala dengannya yakni Sofa
وَمَن تَطَوَّعَ خَيْراً فَإِنَّ اللّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Dan barang siapa mengerjakan sunat kebajikan daripada towaf dan lainnya maka bahasanya Allah Ta’ala itu Tuhan yang menerima syukur bagi amalannya dengan diberi balasan pahala atasnya lagi amat ketahui dengannya banyak sedikit dan turun pada orang yahudi

Al Baqarah - Ayat 157



أُولَـئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
Maksudnya : Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

أُولَـئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ
Bermula mereka itu atas mereka itu ampunan daripada Tuhan mereka itu dan ni’mat kerana menarik setengah dan menolak mudharat.

وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
Dan bermula mereka itu mereka itulah yang dapat hidayah kepada jalan agama yang betul sekira-kira istirja’ mereka itu dan taslim serah pekerjaan kepada Allah semata-mata ketika musibah.

Khamis, 2 Januari 2014

Al Baqarah - Ayat 155

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ
Demi Allah sungguh Kami hendak cuba akan kamu dengan suatu daripada ketakutan daripada seteru
وَالْجُوعِ
Dan lapar kemarau
وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ
Dan kekurangan daripada harta dengan dibinasa dan kekurangan manusia dengan mati dan kena bunuh dan kesakitan dan kekurangan buah-buahan dengan kena penyakit maka kami hendak lihat adakah kamu sabar atau tiada
وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
Dan persuka olehmu Ya Muhammad akan segala oang yang baik sabar atas bala itu dengan syurga lepas dari neraka.

TAMBAHAN

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.”

Riwayat at-Tirmidzi

Huraian

1. Harta kekayaan, kemewahan dan pangkat menyilaukan pandangan serta dapat mengubah pendirian seseorang.

2. Islam melarang umatnya bersikap terlalu mementingkan kehidupan dunia dan mengutamakan kehidupan peribadi lebih daripada kepentingan masyarakat. Sedangkan pemberian atau nikmat-nikmat keduniaan itu sebenarnya adalah suatu bentuk ujian daripada Allah SWT untuk mengukur sama ada manusia menghargainya dengan bersyukur atau tenggelam dalam kelekaan hingga menjadi kufur terhadap Allah SWT.

3. Oleh itu setiap individu perlu berwaspada agar tidak menjadikan harta kekayaan sebagai alasan untuk melupakan perintah dan suruhan Allah SWT sebaliknya menjadikan nikmat-nikmat tersebut sebagai faktor pendorong untuk melakukan kebajikan dan amal soleh yang dituntut dengan ikhlas bersungguh-sungguh kerana golongan seperti ini bukan sahaja akan beruntung di dunia bahkan mendapat ganjaran besar yang di akhirat kelak




Selasa, 31 Disember 2013

Al Baqarah - Ayat 154



وَلاَ تَقُولُواْ لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبيلِ اللّهِ أَمْوَاتٌ بَلْ أَحْيَاء وَلَكِن لاَّ تَشْعُرُونَ
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat

وَلاَ تَقُولُواْ لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبيلِ اللّهِ أَمْوَاتٌ
Dan Jangan kamu kata bagi mereka yang terbunuh pada perang sabilillah itu mati


     
 
بَلْ أَحْيَاء
Tetapi mereka itu hidup segala ruh mereka pada dalam Hawasil tubuh burung yang hijau terbang ia didalam syurga dimana tempat kehendaki ia maka burung jadi seperti sangkar bagi ruh kerana hadis yang demikian itu
وَلَكِن لاَّ تَشْعُرُونَ
Dan tetapi kamu tiada ketahui hakikat barang yang mereka itu padanya tidak menyedarinya.

TAMBAHAN :

SEBAB NUZUL / TURUN AYAT :

Sempena terkorbanya para sahabat Nabi ketika berlakunya perang Badar Al Kubra. Antaranya ialah Umair bin Al Hammam.