Ahad, 12 Jun 2016

An Nisa - Ayat 15 (Ms 160)

 وَاللَّاتِي يَأْتِينَ الْفَاحِشَةَ مِنْ نِسَائِكُمْ فَاسْتَشْهِدُوا عَلَيْهِنَّ أَرْبَعَةً مِنْكُمْ ۖ
Dan bermua seala perempuan yang mendatang mereka itu akan zina daripada perempuan kamu maka angkat saksi oleh kamu atas mereka itu empat lelaki dariada kamu muslimin
فَإِنْ شَهِدُوا فَأَمْسِكُوهُنَّ فِي الْبُيُوتِ حَتَّىٰ يَتَوَفَّاهُنَّ الْمَوْتُ أَوْ يَجْعَلَ اللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلًا

Maka jika naik saksi mereka itu maka habis oleh kamu akan mereka itu pada dalam rumah-rumah dan tegah mereka itu daripada bercampur manusia hingga dimatikan mereka itu oleh MalakulMaut atau menjadikan Allah bagi mereka itu jalan keluar darpada rumah itu disuruh dengan demikian itu pada awal Islam kemudian menjadikan Allah bagi mereka itu jalan dengna balun bikr seratus dan diasing setahun dan rejam yang mohsanah dan pada hadith tatkala menyata ia akan had sabda ia ambil kamu daripada aku ambil kamu daripada aku sungguh telah jadi Allah bagi mereka itu jalan hendak direjam dan dibakar dibalun

An Nisa' - Ayat 14 (Ms 160)

وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ

Dan barang siapa yang maksiat akan Allah dan RasulNya dan melampau akan segala hukum nescaya memasuki akan dia akan neraka hal kekal ia dalamnya dan baginya azab yang hina

An Nisa' - Ayat 13 (Ms 159)

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ
Bermula demikian itu segala hokum yang tersebut daripada perkara yatim dan barang yang kemudian itu segala had hukum Allah bagi hambaNya supaya beramal mereka itu dengannya dan tiada melampaui

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ


Dan barang siapa yang taat akan Allah dan RasulNya pada batang yang Ia hukum dengannya nescaya memasuk akan Dia akan beberaa syurga yang mengalir daripada bawahnya oleh beberapa air sungai hal kekal ia dalamnya aabila masuk dan bermula yang demikian itu kemenangan yang amat besar

Rabu, 8 Jun 2016

An Nisa' - Ayat 12 (Ms 158 - 159)


وَلَكُمْ نِصْفُ مَا تَرَكَ أَزْوَاجُكُمْ إِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُنَّ وَلَدٌ  
Dan bagi kamu hai suami nisfu setengah barang yang tinggal oleh segala isteri kamu jika tiada bagi mereka itu anak daripada kamu atau daripada lain kamu

فَإِنْ كَانَ لَهُنَّ وَلَدٌ فَلَكُمُ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْنَ  مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِينَ بِهَا أَوْ دَيْنٍ  

Maka jika ada bagi mereka itu anak maka bagi kamu itu rubu’ daripada barang yang mereka itu tinggal daripada kemudian melunas wasiat yang berwasiat mereka itu dengannya atau bayar hutang atasnya dan dihubung dengan anak itu cucu daripada anak lelaki dengan ijma’ ulama’

وَلَهُنَّ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْتُمْ إِنْ لَمْ يَكُنْ لَكُمْ وَلَدٌ  
Dan bagi mereka itu isteri itu rubu’ seorang atau lebih daripada barang yang kamu tinggal jika tiada ada bagi kamu itu anak daripada mereka itu atau daripada lain

فَإِنْ كَانَ لَكُمْ وَلَدٌ فَلَهُنَّ الثُّمُنُ مِمَّا تَرَكْتُمْ  مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ تُوصُونَ بِهَا أَوْ دَيْنٍ  
Maka jika ada bagi kamu itu anak maka bagi mereka itu isteri ‘thumun’ daripada barang harta yang kamu tinggal darpada kemudian melunas wasiat yang kamu wasiat dengannya atau bayar hutang atasnya maka cucu daripada anak lelaki seperti anak lelaki zul arham maka cucu daripada nak perempuan zul arham tiada pesaka demikian jika anak perempuan bagi saudara lelaki anak lelaki bagi saudara perempuan sama ada syaqiq atau siapa dan ‘ammu’ saudara perempuan bagi bapa dan anak perempuan ‘ammu’ saudara lelaki bagi bapa dan khal dan khalah saudara ibu dan bapa ibu dan ammu seibu dan anak saudara seibu  sepuluh orang zul arham maka ammu dan anak ammu dan anak saudara tiada mengasabah saudara yang perempuan

وَإِنْ كَانَ رَجُلٌ يُورَثُ كَلَالَةً أَوِ امْرَأَةٌ وَلَهُ أَخٌ أَوْ أُخْتٌ فَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ  
Dan jika ada lelaki yang dipesaka itu kalalah tiada bapa dan tiada anak atau perempuan kalalah dan ada baginya saudara lelaki atau perempuan yang seibu maka bagi-bagi tiap daripada keduanya sudus daripada barang yang ditinggal

فَإِنْ كَانُوا أَكْثَرَ مِنْ ذَٰلِكَ فَهُمْ شُرَكَاءُ فِي الثُّلُثِ  
Maka jika ada mereka itu saudara seibu itu banyak dariapda yang demikian itu maka mereka itu bersekutu pada thuluth bersamaan lelaki dan perempuan

مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَىٰ بِهَا أَوْ دَيْنٍ

Daripada kemudian wasiat yang diwasiat dengannya atau bayar hutang
غَيْرَ مُضَارٍّ  

Hal tiada memberi mudharat akan warith seperti wasiat lebih thuluth

وَصِيَّةً مِنَ اللَّهِ  وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَلِيمٌ  ﴿النساء:١٢﴾

Akan sebagai wasaiat daripada Allah Ta’ala dan bermula Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat mengetahui barang yang ditadbir bagi makhluknya dariapda hukum faraid lagi halim kasih sayang dengan ta’khir siksa daripada mereka yang menyalahinya dan telah menuntut oleh sunnat akan pesaka mereka yang tersebut itu dengan orang yang tiada menang daripada bunuh atau lain agama atau hamba

Isnin, 6 Jun 2016

An Nisa' - Ayat 11 (Ms 157 - 158)

يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ ۖ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ ۚ
Mewasiatkan akan kamu oleh Allah Ta’ala pada segala anak-anak kamu itu bagi yang lelaki seumpama bahagian dua perempuan dan jika seorang anak lelaki ‘asobah’ dan lebih berbahagi sama banyak
فإِنْ كُنَّ نِسَاءً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ ۖ
Dan jika ada sekelian anak itu perempuan atas pada dua yakni dua atau lebih maka bagi mereka itu dua ‘thuluth’ barang yang ditinggalkan dua bahagi daripada tiga bahagi
وَإِنْ كَانَتْ وَاحِدَةً
Dan jika ada ia anak perempuan itu seorang
فَلَهَا النِّصْفُ ۚ
Maka baginya nisfu setengah harta demikianlah cucu lelaki dengan cucu perempuan dan saudara lelaki dengan saudara perempuan syaqiq atau sebapa
وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِنْ كَانَ لَهُ وَلَدٌ ۚ
Dan bagi dua ibu bapa mayat seorang daripada keduanya itu ‘sudus’ daripada harta barang yang ditinggalkan jika ada baginya mayat itu anak lelaki atau perempuan dan dihubung dengan anak itu cucu dan dengan bapa itu nenek
فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ وَلَدٌ وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ الثُّلُثُ ۚ
Maka jika tiada baginya mayat itu anak dan mempesaka akan dia dua ibu bapanya jika bagi ibu ‘thuluth’ dan bapa ‘asobah’ yang baki dan jika ada suami atau isteri maka ibu ‘thuluth’ baki dan bapa ‘asobah’.
فَإِنْ كَانَ لَهُ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ السُّدُسُ ۚ
Maka jika ada baginya mayat itu berbilang saudara dua maka lebih lelaki atau perempuan maka bagi ibu ‘sudus’ bapa ‘asobah’ dan tiada satu bagi saudara
مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ ۗ
Bahagian yang tersebut itu daripada kemudian wasiat yang diwasiat dengannya atau hutang atasnya dan bermula mendahulu wasiat atas hutang dan jika dita’khir pada menunai sekalipun kerana sangat cita-cta dengannya
آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا ۚ
Bermula bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu yang lelaki itu tiada kamu ketahui siapa-siapa mereka itu yang terlebih hampir bagi kamu manafat pada dunia dan akhirat maka setengah zon anaknya yang terlebih manafaat maka beri akan dia pesaka maka nyata bapanya lebih manafaat dan ‘aks’ hanya yang ketahui yang demikian itu Allah Ta’ala
فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Maka fardhu ia bagi kamu pesaka itu sebagai fardhu daripada Allah Ta’ala kerana bahasanya Allah Ta’ala adalah Ia Tuhan yang Amat Mengetahui dengan makhluknya lagi Amat Pandai pada barang yang ditadbirNya bagai mereka itu arti sentiasa Ia bersifat dengan yang demikian itu.

An Nisa' - Ayat 10 (Ms 157)

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا
Bahawasa segala mereka yang makan harta anak yatim dengan zalim itu hanya makan mereka itu dalam segala perut mereka itu api kerana pergi ia kepadanya
وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا

Dan lagi masuk mereka itu akan neraka yang sangat hangat terbakar mereka itu dalamnya.

An Nisa' - Ayat 9 (Ms 157)

وَلْيَخْشَ الَّذِينَ لَوْ تَرَكُوا مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعَافًا خَافُوا عَلَيْهِمْ فَلْيَتَّقُوا اللَّهَ
Dan hendaklah takut kamu akan Allah Ta’ala pada pekerjaan anak yatim dan hendaklah didatang kepada mereka itu barang yang suka bahawa diperbuat pada anak-anak mereka itu kemudian daripada mati mereka itu
وَلْيَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا
Dan hendaklah berkata mereka itu bagi menyata itu akan perkataan yang betul dengan bahawa suruh akan dia sedekah dengan kurang daripada thuluth dan tinggal yang baki itu bagi segala waris dan jangan tinggal mereka itu bergantung atas manusia minta sedekah

Khamis, 2 Jun 2016

Surah An Nisa; - Ayat 8 (M/s 156 - 157)

وَإِذَا حَضَرَ الْقِسْمَةَ أُولُو الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينُ فَارْزُقُوهُمْ مِنْهُ وَقُولُوا لَهُمْ قَوْلًا مَعْرُوفًا 

Dan apabila hadir akan bahagi pesaka itu oleh kerabat yang tiada dapat pesaka dan anak yatim dan miskin daripada janji maka beri rezeki oleh kamu akan mereka itu daripadanya suatu dahulu daripada berbahagi dan kata oleh kamu bagi mereka tu akan perkataan yang baik-baik maka ini sunat dan daripada ibnu Abbas wajib

Rabu, 1 Jun 2016

An Nisa' - Ayat 7 (M/s 156)

للرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ
Bagi lelaki anak dan kerabat itu bahagian daripada barang yang tinggal oleh dua ibu bapa dan segala kerabat yang mati
وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ
Dan bagi segala perempuan itu bahagian daripada barang yang tinggal oleh dua ibu bapa dan segala kerabat
مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ
Daripada barang yang sedikit daripadanya peninggalan atau banyak
نَصِيبًا مَفْرُوضًا (7)

Akan bahagian yang difardhu putus dengan serahnya keapda mereka itu maka tiada gugur dengan menukar mereka itu

Isnin, 23 Mei 2016

An Nisa' - Ayat 6 (M/s 156)

وَابْتَلُوا الْيَتَامَىٰ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغُوا النِّكَاحَ

Dan cuba oleh kamu akan segala yatim-yatim pada agama dan belanja mereka itu hingga apabila sapai mereka itu akan ahli baginya nikah baligh sampai atau cukup lima belas tahun pada Mazhab Syafie pada Abu Hanifah lapan belas tahun
فَإِنْ آنَسْتُمْ مِنْهُمْ رُشْدًا
Maka jika kamu lihat daripada mereka itu anak yatim itu cerdik dengan muslihat pada agama dan harta
فَادْفَعُوا إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ
Maka serah oleh kamu hai segala wali kepada mereka itu akan segala harta mereka itu
وَلَا تَأْكُلُوهَا إِسْرَافًا وَبِدَارًا
Dan jangan kamu makan akan dia dengan berlebih-lebihan tiada sebenar dan jangan bersegera akan takut
أَنْ يَكْبَرُوا
Bahawa besar baligh mereka itu cerdik maka kena serah harta kepada mereka itu
وَمَنْ كَانَ غَنِيًّا فَلْيَسْتَعْفِفْ
Dan barang siapa yang ada daripada wali-wali itu kaya maka hendaklah engkar ia daripada memakan harta yatim
وَمَنْ كَانَ فَقِيرًا فَلْيَأْكُلْ بِالْمَعْرُوفِ
Dan barang siapa ada ia fakir maka hendaklah makan ia dengan kebaikan kadar upah kerjanya yang kurang daripada nafkahnya dan ajr mithil
فَإِذَا دَفَعْتُمْ إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ فَأَشْهِدُوا عَلَيْهِمْ
Maka apabila kamu serah kepada mereka itu akan harta mereka itu maka taruh saksi oleh kamu atas mereka itu telah terima harta mereka itu dan lepas kamu supaya tiada jadi bersalahan maka kembali kepada saksi dan ini suruh saksi itu suruh ajaran bukan wajib
وَكَفَىٰ بِاللَّهِ حَسِيبًا  ﴿النساء:٦﴾

Dan memada ialah dengan Allah Ta’ala itu Tuhan yang menghisab segala amalan makhluk dan memeliharan akan dan turun kerana menolak barang yang atasnya jahilah daripada tiada pesaka perempuan dan waris yang kecil-kecil

An Nisa' - Ayat 5 (M/s 155)

وَلَا تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمُ الَّتِي جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ قِيَامًا
Dan jangan kamu beri hai segala wali-wli akan segala orang safih yang membazir daripada lelaki dan perempuan dan kanak-kanak itu akan segala harta mereka itu yang ada pada tangan kamu yang Allah Ta’ala jadi bagi kamu peliharanya
وَارْزُقُوهُمْ فِيهَا
Dan beri rezeki oleh kamu akan mereka itu dalamnya keuntungan labanya dengan kamu perbuat meniaga padanya
وَاكْسُوهُمْ
Dan beri pakaian oleh kamu akan merekka itu
وَقُولُوا لَهُمْ قَوْلًا مَعْرُوفًا  ﴿النساء:٥﴾

Dan kata oleh kamu bagi mereka itu akan perkataan yang baik-baik dengan hendak beri harta mereka itu manakala mereka itu cerdik

An Nisa' - Ayat 4 (m/s 155

وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً  
Dan diberi oleh kamu akan segala perempuan itu akan segala mahar mereka itu pemberian daripada kesukaan
فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا  ﴿النساء:٤﴾

Dan jika suka mereka itu perempuan beri bagi kamu suatu daripada mahar hati maka hebat mereka itu bagi kamu maka makan oleh kamu akan dia lazat puasa tiada mudharat atasnya kamu pada Akhirat dan turun kerana menolak atas mereka yang beni yang demikian 

Selasa, 17 Mei 2016

An Nisa' - Ayat 3 (M/s 155)

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ
Dan jika kamu ketahui bahawa tiada kamu kuasa berbuat adil pada isteri kamu yang anak-anak yatim pada mahar dan nafqah giliran
فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ  
 nikah oleh kamu barang yang baik bagi kamu daripada perempuan lain daripada anak yatim itu dua-dua sekali dan tiga-tiga sekali dan empat-empat sekali dan jangan lebih atasnya
فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً
Dan jika kamu ketahui bahawa tiada kamu kuasa berbuat adil pada mereka itu dengan nafkah dan giliran maka seorang perempuan kamu nikah akan dia sahaja
أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ  
Atau barang yang milik oleh tangan kanan kamu daripada hamba perempuan kerana tiada kena hak bagi mereka itu seperti perempuan merdeka
ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا  

Bermula demikian itu nikah tiada lebih empat atau nikah satu atau bergundik itu terlebih hampir bahawa tiada kamu berbuat zalim dengan nikah anak-anak yatim kerana hartanya sahaja.

An Nisa' - Ayat 2 (M/s 154)

وَآتُوا الْيَتَامَىٰ أَمْوَالَهُمْ  
Dan beri oleh kamu akan segala anak yatim itu akan segala harta mereka itu apabila baligh
وَلَا تَتَبَدَّلُوا الْخَبِيثَ بِالطَّيِّبِ  
Dan jangan kamu tukar akan harta kamu yang hodoh dengan harta anak yatim yang baik-baik kamu ambilkan dia
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَهُمْ إِلَىٰ أَمْوَالِكُمْ  
Dan jangan kamu makan segala harta mereka itu campur harta kamu
إِنَّهُ كَانَ حُوبًا كَبِيرًا  

Bahawasanya makan harta yatim adalah ia dosa besar dan tatkala turun ini hukum menegah mereka itu wali daripada pelihara yatim dan adalah pada mereka itu mereka yang ada pada bawahnya sepuloh atau lapan daripada isteri anak-anak yatim maka tiada perbuat adil antara mereka itu maka turun