Selasa, 5 Januari 2016

Ali Imran - Ayat 159



فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ ۖ
Maka dengan rahmat daripada Allah itu lemah lembut engkau ya Muhammad bagi mereka itu akan dikau
وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ
Dan jika ada engkau itu kasar jahat perangai keras hati nescaya berpecah mereka itu daripada keliling engkau tiada di Mekah
فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ
Maka maaf olehmu daripada mereka itu dan minta ampun bagi mereka itu dan mesyuarat olehmu akan mereka itu pada satu pekerjaan engkau perang ini lainnya kerana menyuka hati mereka itu dan supaya diikut orang dengan engkau dan adalah Nabi Sollahu alaihi wasallam banyak mesyuarat bagi mereka itu
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ
Maka apabila engkau sudah azam kemudian daripada mesyuarat atas melulus barang yang dikehendaki maka tawakkal olehmu atas Allah Ta’ala arti percaya dengannya tiada dengan lainya
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ {159}
Bahasanya Allah Ta’ala itu kasih akan segala orang yang bertawakkal atasnya.

Ahad, 3 Januari 2016

Ali Imran - Ayat 158



وَلَئِنْ مُتُّمْ أَوْ قُتِلْتُمْ لَإِلَى اللَّهِ تُحْشَرُونَ {158}
Demi Allah jika mati kamu atau dibunuh kamu pada dalam perang atau lainnya itu sungguhnya kepada Allah Ta’ala jua dihimpunkan kamu tiada kepada lainya maka membalas Ia akan kamu pada Akhirat.

Ali Imran - Ayat 157



وَلَئِنْ قُتِلْتُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ مُتُّمْ لَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرَحْمَةٌ
Demi Allah jika dibunuh akan kamu pada perang sabilillah atau mati kamu itu sungguh ampunan daripada Allah Ta’ala bagi segala dosa kamu dan rahmat daripadaNya bagi kamu atas yang demikian itu
خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ {157}
Terlebih baik bagi kamu daripada barang yang kamu himpun daripada harta dunia