Isnin, 14 September 2015

Ali Imran - Ayat 111



 لَنْ يَضُرُّوكُمْ
Tiada memberi mudharat mereka itu yahudi akan kamu hai muslimin
إِلَّا أَذًى ۖ
Merekamelainkan menyakiti dengan lidah sahaja daripada maki dan janji kejahatan
وَإِنْ يُقَاتِلُوكُمْ يُوَلُّوكُمُ الْأَدْبَارَ ثُمَّ لَا يُنْصَرُونَ {111}
Dan jika berperang mereka itu akan kamu nescaya berpaling belakang mereka itu lari kemudian tiada menang mereka itu atas kamu tetapi kemenangan itu bagi kamu jua

Ali Imran - Ayat 110 (Muka Surah 129 - 130)



 كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ
Adalah kamu umat Muhammad sebaik-baik umat Nabi-nabi yang dikeluarkan bagi manusia
تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ
Kamu menyuruh dengan kerja ma’ruf kebajikan dan kamu tegah daripada kejahatan dan kamu beriman dengan Allah Ta’ala
وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ
Dan jika beriman kafir ahli Kitab yahudi adalah baik bagi mereka itu
مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ
Setengah daripada mereka itu beriman seperti Abdullah bin salam rodhiyAllah ‘anhu dan sekelian sahabatnya
وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ {110}
Dan kebanyakan mereka itu fasiq kafir sekelian

Ali Imran - Ayat 109

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ
Dan bagi Allah Ta’ala itu arang yang dalam tujuh petala langit dan barang yang dalam bumi milik kejadian dan hamba
وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ {109}

Dan kepada Allah Ta’ala jua dikembali segala perkerjaan dunia akhirat

Ali Imran - Ayat 108

تِلْكَ آيَاتُ اللَّهِ نَتْلُوهَا عَلَيْكَ بِالْحَقِّ ۗ
Bermula ini ayat segala ayat Allah Ta’ala itu Kami baca akan dia atas engkau Ya Muhammad dengan sebenar-benar
وَمَا اللَّهُ يُرِيدُ ظُلْمًا لِلْعَالَمِينَ {108}

Dan tiada Allah Ta’ala itu menghendaki berbuat zalim bagi sekelian alam ini dengan azab mereka dengan tiada dosa

Rabu, 9 September 2015

Ali Imran - Ayat 107



وَأَمَّا الَّذِينَ ابْيَضَّتْ وُجُوهُهُمْ
Dan adapun segala mereka yang putih segala muka mereka itu iaitu sekelian mukminin
فَفِي رَحْمَةِ اللَّهِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ {107}
Maka pada dalam rahmat Syurga Allah mereka itu pada dalamnya kekal sekelian

Selasa, 8 September 2015

Ali Imran - Ayat 106

يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ ۚ
Pada hari yang putih beberapa muka dan hitam beberapa muka iaitu hari qiamat
فَأَمَّا الَّذِينَ اسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ
Maka adapun segala mereka yang hitam segala muka mereka itu iaitu segala kuffar dilontarkan mereka itu ke dalam neraka dan dekat bagi mereka itu mengkejikan
أَكَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ
Adakah kufur kamu kemudian daripada iman kamu hari ambil mintak
ألستُ بربكم قالوا بلى
فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ {106}
Maka rasa oleh kamu akan azab neraka dengan sebab kufur kamu dengan Allah