Rabu, 2 September 2015

Ali Imran - Ayat 104



 وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ
Dan hendaklah ada daripada kamu itu umat yang menyeru kepada jalan kebajikan Islam dan menyuruh mereka itu dengan ma’ruf kebaikkan dan menegah mereka itu daripada mungkar maksiat
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ {104}
Dan bermula mereka itu mereka itulah yang dapat kemenangan dengan Syurga

Ali Imran - Ayat 103



وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا
Maka berpegang oleh kamu dengan agama Allah itu sekelian
وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ
Dan jangan kamu berpecah-pecah kemudian daripada Islam
وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ
Dan ingatlah oleh kamu akan ni’mat Allah Ta’ala atas kamu hai sekelian Aus dan Khazraj
إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ
Kerana adalah kami itu berseteru masa jahiliyah maka menjikan-jinak Ia antara hati kamu dengan Islam
فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا
Maka jadi kamu dengan ni’matnya itu bersaudara mara pada agama dan perintahnya wilayah bertolong-tolong
وَكُنْتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا ۗ
Dan adalah kamu itu atas tepi lubang daripada neraka antara kamu dengan masuk neraka itu melainkan mati kafir sahaja maka melepas ia akan kamu daripadanya dengan iman Islam
كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ {103}
Seperti yang demikian itu menyata oleh Allah Ta’ala bagi kamu akan segala ayatNya mudah-mudahan kamu dapat hidayah kepada sekelian jalan agama.

Isnin, 31 Ogos 2015

Ali Imran - Ayat 102

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ
Hai segala orang yang mukminin takut oleh kamu akan Allah Ta’ala sebenar takutnya dengan ditaatkan Dia maka tiada dimaksiatkan Dia dan disyukurkan Dia maka tiada dikufurkan Dia dan dengan disebutkan dia maka tiada dilupakan dia maka kata mereka itu ya Rasulallah siapa yang kuasa atas ini maka dimansukhkan dia dengan firmaNya
فاتقوا الله ما استطعتم
Maka takut oleh kamu akan Allah sekuasa-kuasa kamu
وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ {102}

Dan jangan kamu mati melainkan kamu itu Islam sekelian.

Rabu, 26 Ogos 2015

Ali Imran - Ayat 100 & 101



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا فَرِيقًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ {100}
وَكَيْفَ تَكْفُرُونَ وَأَنْتُمْ تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ آيَاتُ اللَّهِ وَفِيكُمْ رَسُولُهُ ۗ
Hai segala orang yang mukminin jika kamu taat akan satu firqah daripada segala mereka Yahudi yang diberi akan kitab itu nescaya mengembali mereka itu akan kamu kemudian daripada iman kamu jadi kafir sekelian dan betapa jadi kufur kamu dan kamu itu dibacakan atas kamu segala ayat Alah Ta’ala dan ada pada kamu itu RasulNya Muhammad
وَمَنْ يَعْتَصِمْ بِاللَّهِ فَقَدْ هُدِيَ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ {101}
Dan barang siapa yang berpegang dengan Allah Ta’ala pada segala perkara maka sungguh telah dihidayah akan dia kepada jalan yang betul agama yang sebenar

Ali Imran - Ayat 99



قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ مَنْ آمَنَ تَبْغُونَهَا عِوَجًا
Hai ahli kitab kerana apa kamu palingkan manusia daripada jalan agama Allah akan mereka yang beriman dengan kamu dusta Nabi dan sembunyi sifatnya kamu tuntut akan jalan yang betul beri jadi bengkok
 وَأَنْتُمْ شُهَدَاءُ ۗ
Dan kamu itu ketahui kamu dengan bahawa agama yang diredhai itu agama Islam seperti dalam kitab kamu
وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ {99}
Dan tiada Allah Ta’ala itu dengan lalai daripada barang yang kamu kerja daripada kufur akan Allah dan dusta nabinya dita’khir akan azab kamu kepada waktu kamu supaya dibalas akan kamu dan turun tatkala lalu setengah yahudi atas jamalah Aus dan Khazraj maka marah akan dia berjinak-jinak mereka itu maka sebut ia akan mereka itu barang yang jadi antara mereka itu masa jahiliyah daripada fitnah dan berbunuh-bunuh maka berbangkit marahlah mereka itu dan hampir berperang mereka itu

Ali Imran - Ayat 98



قُلْ
Kata olehmu
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ شَهِيدٌ عَلَىٰ مَا تَعْمَلُونَ
Hai ahli kitab kerana apa kamu kufur dengan segala ayat Allah Ta’ala Quran itu dan Allah Ta’ala mengetahu atas barang yang kamu perbuat maka membalas Ia akan kamu atasnya