Isnin, 31 Ogos 2015

Ali Imran - Ayat 102

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ
Hai segala orang yang mukminin takut oleh kamu akan Allah Ta’ala sebenar takutnya dengan ditaatkan Dia maka tiada dimaksiatkan Dia dan disyukurkan Dia maka tiada dikufurkan Dia dan dengan disebutkan dia maka tiada dilupakan dia maka kata mereka itu ya Rasulallah siapa yang kuasa atas ini maka dimansukhkan dia dengan firmaNya
فاتقوا الله ما استطعتم
Maka takut oleh kamu akan Allah sekuasa-kuasa kamu
وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ {102}

Dan jangan kamu mati melainkan kamu itu Islam sekelian.

Rabu, 26 Ogos 2015

Ali Imran - Ayat 100 & 101



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا فَرِيقًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ {100}
وَكَيْفَ تَكْفُرُونَ وَأَنْتُمْ تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ آيَاتُ اللَّهِ وَفِيكُمْ رَسُولُهُ ۗ
Hai segala orang yang mukminin jika kamu taat akan satu firqah daripada segala mereka Yahudi yang diberi akan kitab itu nescaya mengembali mereka itu akan kamu kemudian daripada iman kamu jadi kafir sekelian dan betapa jadi kufur kamu dan kamu itu dibacakan atas kamu segala ayat Alah Ta’ala dan ada pada kamu itu RasulNya Muhammad
وَمَنْ يَعْتَصِمْ بِاللَّهِ فَقَدْ هُدِيَ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ {101}
Dan barang siapa yang berpegang dengan Allah Ta’ala pada segala perkara maka sungguh telah dihidayah akan dia kepada jalan yang betul agama yang sebenar

Ali Imran - Ayat 99



قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ مَنْ آمَنَ تَبْغُونَهَا عِوَجًا
Hai ahli kitab kerana apa kamu palingkan manusia daripada jalan agama Allah akan mereka yang beriman dengan kamu dusta Nabi dan sembunyi sifatnya kamu tuntut akan jalan yang betul beri jadi bengkok
 وَأَنْتُمْ شُهَدَاءُ ۗ
Dan kamu itu ketahui kamu dengan bahawa agama yang diredhai itu agama Islam seperti dalam kitab kamu
وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ {99}
Dan tiada Allah Ta’ala itu dengan lalai daripada barang yang kamu kerja daripada kufur akan Allah dan dusta nabinya dita’khir akan azab kamu kepada waktu kamu supaya dibalas akan kamu dan turun tatkala lalu setengah yahudi atas jamalah Aus dan Khazraj maka marah akan dia berjinak-jinak mereka itu maka sebut ia akan mereka itu barang yang jadi antara mereka itu masa jahiliyah daripada fitnah dan berbunuh-bunuh maka berbangkit marahlah mereka itu dan hampir berperang mereka itu

Ali Imran - Ayat 98



قُلْ
Kata olehmu
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ شَهِيدٌ عَلَىٰ مَا تَعْمَلُونَ
Hai ahli kitab kerana apa kamu kufur dengan segala ayat Allah Ta’ala Quran itu dan Allah Ta’ala mengetahu atas barang yang kamu perbuat maka membalas Ia akan kamu atasnya

Ahad, 16 Ogos 2015

Ali Imran - Ayat 97



 فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ ۖ
Pada Makkah beberapa ayat kenyataan atas fadhilat dan haramnya setengah daripadanya maqam Ibrahim batu yang berdiri ia atasnya ketika membina baitullah maka berbekas dua tapaknya padanya dan kekal ia hingga sekarang serta panjang masa dan berganti-ganti tangan atasnya dan setengahnya mengganda-ganda kebajikan padanya balasnya suatu seratus ribu dan burung tiada terbang atas baitillah melainkan meninggal ia sakit
وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ
dan barang siapa masuknya nescaya ada ia aman tiada datang atasnya dengan bunuh atau zalim atau lain yang demikian itu

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ
Dan bagi Allah Ta’ala atas manusia itu haji ke baitillah wajib
مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ
Mereka yang kuasa kepadanya berjalan dengan ada bekal dan kenderaan
وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ {97}
Dan barang siapa yang kufur dengan Allah atau dengan fardhu haji maka bahawasanya Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat kaya daripada sekelian alam manusia, jin, malaikat dan daripada ibadat mereka itu.

Selasa, 11 Ogos 2015

Ali Imran - Ayat 96

إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ {96}
Bahawasanya mula-mula rumah yang dihantar tempat ibadah bagi manusia pada dalam bumi itu rumah dengan Makkah, dinama dengan BAKKAH kerana bahawasanya mematahkan tengkuk orang yang sombong-sombong binasa akan dia oleh Malaikat dahulu daripada jadi Adam dua ribu tahun dan dihantar kemudian Baitul Maqdis antara keduanya empat puloh tahun seperti hadis sahihin dan pada hadis awal barang yang zahir atas muka air ketika jadi langit bumi itu buih putih maka dibina bumi daripada bawahnya
مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ
Yang empunya barakat dan menghidayah bagi segala alam kerana ia qiblat 
mereka itu

TAFSIR JALALAIN
(Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun) untuk tempat ibadah (bagi manusia) di muka bumi (ialah yang terdapat di Bakkah) dengan ba sebagai nama lain dari Mekah. Dinamakan demikian karena Ka'bah mematahkan leher orang-orang durhaka lagi aniaya. Baitullah ini dibina oleh malaikat sebelum diciptakannya Adam dan setelah itu baru dibangun pula Masjidil Aqsa dan jarak di antara keduanya 40 tahun sebagai tersebut dalam kedua hadis sahih. Pada sebuah hadis lain disebutkan pula bahwa Ka'bahlah yang mula-mula muncul di permukaan air ketika langit dan bumi ini diciptakan sebagai buih 40 yang putih, maka dihamparkanlah tanah dari bawahnya (diberi berkah) hal dari alladzii tadi (dan menjadi petunjuk bagi seluruh alam) karena ia merupakan kiblat mereka

 SUDUT SEJARAH AYAT
Menurut Mujahid (21-104H), pernah terjadi perdebatan antara kaum yahudi dengan kaum muslimin tentang tempat mana yang paling mulia di dunia ini. Menurut kaum yahudi Bait al-Maqdis lebih utama di banding tempat mana pun, karena tempat diutusnya para nabi dan disebut tempat yang disucikan. Kaum muslimin berpendapat bahwa Makkah lebih utama di banding dengan tempat mana pun, karena telah dijadikan Allah sebagai tanah haram. Turunnya ayat 96-97 ini sebagai jawabannya bahwa Makkah lebih mulia di banding dengan yang lainnya

KELEBIHAN MASJIDIL HARAM

عَنْ أَبِي ذَرٍّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ سَأَلَهُ عَنْ أَوَّلِ مَسْجِدٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ قَالَ الْمَسْجِدُ الْحَرَامُ ثُمَّ بَيْتُ الْمَقْدِسِ فَسُئِلَ كَمْ بَيْنَهُمَا قَالَ أَرْبَعُونَ عَامًا
Diriwayatkan dari Abi Dzar bahwa dia pernah bertanya pada  Nabi SAW tentang masjid pertama dibangun bagi manusia. Rasul bersabda al-Masjid al-Haram, kemudian Bait al-Maqdis. Kemudian ditanyakan berapa jangka waktu antara keduanya, Rasul SAW menjawab empat puluh tahun. Hr. Ahmad (164-241H), al-Nasa`iy (215-303H)

صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ
Solat di Masjidku ini (Masjid Nabawi Madinah) lebih utama di banding seribu shalat di  tempat lain, selain al-Masjid al-Haram. Hr. al-Bukhari (194-256H), Muslim (206-261H)

صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ وَصَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ
Shalat di Masjidku ini (Masjid Nabawi di Madinah), lebih utama di banding seribu shalat di tempat lainnya, kecuali di al-Masjid al-Haram. Shalat di al-Masjid al-Haram lebih utama di banding seratus ribu shalat di tempat lainnya. Hr. Ibn Majah (207-275H)