Khamis, 16 April 2015

Ali Imran - Ayat 41



قَالَ رَبِّ اجْعَلْ لِي آيَةً ۖ
Hai Tuhanku jadi olehMu bagiku ‘alamat atas hamil isteriku
قَالَ
Kata ia Jibrail
آيَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ النَّاسَ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ إِلَّا رَمْزًا ۗ
‘alamat engkau atasnya itu bahawa tiada engkau berkata-kata akan manusia tiga hari dengan malamnya lain daripada zikirullah melainkan isyarat sahaja
وَاذْكُرْ رَبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ
Dan sebut olehmu akan Tuhan engkau akan sebutan yang banyak-banyak dan mengucap tasbih olehmu dalam sembahyang dengan petang dan pagi.

Ali Imran - Ayat 40



قَالَ
Kata ia
رَبِّ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي غُلَامٌ وَقَدْ بَلَغَنِيَ الْكِبَرُ وَامْرَأَتِي عَاقِرٌ ۖ
Hai Tuhanku betapa ada bagiku anak dan sungguh telah sampai usiaku seratus dua puluh tahun dan isteriku Asyya’ binti Faquza ( أشياع بنت فاقوذا) saudara Hannah itu mandul sembilan puloh depalan tahun umornya
قَالَ
Kata Jibrail
كَذَٰلِكَ اللَّهُ يَفْعَلُ مَا يَشَاءُ
Seperti yang demikian itu Allah Ta’ala perbuat barang yang dikehendaki daripada menjadikan anak daripada kedua kamu tiada lemah akan dia suatu dan kerana menzahir ini kekuasaan yang besar itu menghilham akan dia pinta supaya diterima dengannya dan tatkala ingin kafsunya kepada segera yang dipersuka dengannya itu

Ali Imran - Ayat 39



فَنَادَتْهُ الْمَلَائِكَةُ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي فِي الْمِحْرَابِ
Maka menyeru akan dia oleh Malaikat Jibrail dan ia tengah berdiri sembahyang pada dalam mihrab
أَنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحْيَىٰ مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِنَ اللَّهِ
Bahawasanya Allah Ta’ala menyuka akan dikau dengan anak laki-laki nama Yahya hal keadaan membenar bagi Isa kalimah daripada Allah Ta’ala bahasanya ia ruh Allah dan dinama kalimah kerana dijadi dengan kalimah “Kun!”
وَسَيِّدًا وَحَصُورًا وَنَبِيًّا مِنَ الصَّالِحِينَ
Dan ikutan dan menegah daripada perempuan dan Nabi daripada jumlah segala orang yang soleh-soleh diriwayat bahawa Yahya tiada mengerja kesalahan dan tiada cita-cita

Ali Imran - Ayat 38



هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ
Di sanalah mendoa Zakaria akan Tuhannya erti tatkala melihat Zakaria yang demikian itu mengetahui ia bahasanya Tuhan yang Kuasa atas bawa datang dengan suatu pada lain masanya itu kuasa atas mendatang dengan anak pada ketika tua umor seratus dua puloh tahun dan adalah ia ahli bait yang putus anak mendoa ia ketika masuk mihrabnya akhir malam
قَالَ
Kata ia
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Hai Tuhanku beri olehmu bagi aku daripada sisi Engkau itu anak yang soleh bahasanya Engkau Tuhan yang Amat mendengar doa

Selasa, 14 April 2015

Ali Imran - Ayat 37



 فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٍ وَأَنْبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنًا
Maka menerima akan dia oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik dan menumbuh akan dia akan sebagai tumboh yang elok ia tumboh pada sehari seperti kanak-kanak tumboh setahun dan di bawa datang dengannya oleh ibunya keapda segala ahbar ulama anak cucu Harun mereka itu yang pegawai memerintah baitul maqdis katanya ambil oleh kamu ini nazirah maka berbuat-buat padanya ahbar kerana anak Imam mereka itu maka kata Zakaria aku terlebih mustahak dengannya kerana khalahnya saudara ibu pada aku maka kata mereka itu tiada hingga kita undi maka pergi mereka itu dua puloh sembilan orang pegawai baitul maqdis kepada sungai Urdun/Jordan dan dilontar mereka itu akan qolam mereka itu atas bahawa siapa-siapa tetap qolamnya pada air dan timbul maka ia terlebih mustahak maka tetap qolam Zakaria maka mengambil akan dia dan bina baginya ghurfah/bilik mahligai dalam masjid naik dengan tangga tiada naik kepadanya lainnya dan adalah Zakaria bawa datang akan Maryam dengan makanan dan minuan dan minyaknya maka dapat pada sisinya buah kayu menyalahi musim seperti firman Allah Ta’ala :
وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّا ۖ
Dan memelihara akan dia Zakaria
كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ
Tiap-tiap masuk atasnya oleh Zakaria akan mihrab tempat Maryam
وَجَدَ عِنْدَهَا رِزْقًا ۖ
Nescaya dapat padanya rezeki menyalahi musim dahulu itu.
قَالَ يَا مَرْيَمُ
Kata hai Maryam
أَنَّىٰ لَكِ هَٰذَا ۖ
Dari mana bagi engkau ini buah
قَالَتْ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ۖ
Kata Maryam iaitu dariapda Allah Ta’ala bawa datang akan daku dengannya daripada Syurga ketika itu ia kecil belum sampai umor bertutur
إِنَّ اللَّهَ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Bahawasa Allah Ta’ala itu merezeki Ia akan mereka yang dikehendaki dengan tiada hisab luas denga tiada dipayah