Rabu, 11 Mac 2015

Ali Imran - Ayat 24



ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا لَنْ تَمَسَّنَا النَّارُ إِلَّا أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۖ وَغَرَّهُمْ فِي دِينِهِمْ
Bermula yang demikian itu berpaling itu dengan sebab mereka itu kata tiada dikena akan kami neraka melainkan beberapa hari yang berbilang-bilang empat puloh hari sahaja masa ubadah bapa-bapa mereka itu pada agama mereka itu
مَا كَانُوا يَفْتَرُونَ
Oleh barang yang ada mereka itu iftarah berbuat-buat daripada perkataaan itu.

Selasa, 10 Mac 2015

Ali Imran - Ayat 23



أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِنَ الْكِتَابِ يُدْعَوْنَ إِلَىٰ كِتَابِ اللَّهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ يَتَوَلَّىٰ فَرِيقٌ مِنْهُمْ وَهُمْ مُعْرِضُونَ {23}
Tiadakah engkau lihat ya Muhamad kepada segala mereka yang diberi akan bahagian daripada kitab diseru mereka itu kepada hukum kitab Allah supaya menghukum antara mereka itu kemudian berpaling satu firqah dariapda mereka itu dan mereka itu berpaling sekelian daripada terimanya, turun ini ayat pada Yahudi berzina daripada mereka itu dua orang kaya maka tahkim mereka itu kepada Nabi maka hukum ia atas keduanya dengan direjam maka menegah mereka itu, maka dibawa datang dengan taurat maka didapati hukum rejam padanya maka direjam kedua-duanya itu pada pintu masjid Madinah maka marah mereka itu.

Tambahan : Seorang alim Yahudi bernama Abdullah bin Suri telah diminta oleh baginda sollahu alaihi wasallam supaya membaca kitab Taurat bagi mencari hukumannya. Apabila ia membacanya dan sampai akan kalimah rejam dia menutup dan melangkaui kalimah itu. Lalu kata Abdullah bin Salam alim Yahudi yang manganut Islam "Ya Rasulallah, dia telah melangkauinya!". Selepas terdedah kejahatan Ulama Yahudi ini, dibaca akan teks dalam kitab Taurat tersebut sekira-kira berbunyai "Bahawasanya orang lelaki atau perempuan yang muhson (pernah kahwin) jika berzina dan telah ditegakkan bukti atas keduanya, hendaklah keduanya direjam (dihukum lontar dengan batu sampai mati). Kalau perempuan itu mengandung, tunggulah sampai melahirkan kandungannya.


Isnin, 9 Mac 2015

Ali Imran - Ayat 22



أُولَٰئِكَ الَّذِينَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
Bermula mereka itu segala mereka yang batal segala amalan mereka itu pada dunia dan akhirat seperti pahala sedekah dan silaturahim menghubung rahim maka tiada kebilangan dengannya keran aketiadaan syaratnya iaitu Islam
وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ
Dan tiada bagi mereka itu daripada segala yang menolong melepas mereka itu daripada azab Allah.

Ahad, 8 Mac 2015

Ali Imran - Ayat 21



إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ
Bahawasa mereka yang kafir dengan segala ayat Allah Ta’ala dan membunuh mereka itu akan segala nabi-nabi dengan tiada sebenar dan membunuh mereka itu segala mereka yang menyuruh dengan keadilan
مِنَ النَّاسِ
Daripada manusia dan meeka itu Yahudi diriwayat bahawa mereka itu membunuh empat puluh tiga orang nabi-nabi pada pagi dan membunuh seratus tujuh puloh ahli ubadat daripada orang soleh-soleh mereka itu pula pada petang hari itu sedikit mereka itu
فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
Makapersuka olehmu akan mereka itu dengan azab yang sangat sakit

Selasa, 3 Mac 2015

Ali Imran - Ayat 20



فَإِنْ حَاجُّوكَ
Maka jika lawan berhujjah mereka itu Yahudi dan Nasora akan dikau ya Muhammad pada agama
فَقُلْ أَسْلَمْتُ وَجْهِيَ لِلَّهِ وَمَنِ اتَّبَعَنِ ۗ
Maka kata olehmu telah aku berserah mukaku bagi Allah semata-mata dan mereka yang ikut akan dikau
وَقُلْ لِلَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْأُمِّيِّينَ
Dan kata olehmu bagi segala mereka yang diberi akan kitab Yahudi dan Nasoro dan segala kafir musyrikin Arab
أَأَسْلَمْتُمْ ۚ
Adakah Islam kamu
فَإِنْ أَسْلَمُوا فَقَدِ اهْتَدَوْا ۖ
Maka jika Islam mereka itu maka sungguh telah dapat hidayah mereka itu daripada dholalah
وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلَاغُ ۗ
Dan jika berpaling mereka itu daripada Islam maka hanya atas engkau itu iblagh menyampaikan sahaja
وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang amat melihat dengan segala hamba maka membalas ia akan mereka itu dengan jenis amalan mereka itu, dan ini ayat dahulu daripada suruh perang