Rabu, 11 Februari 2015

Ali Imran - Ayat 15



قُلْ أَؤُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرٍ مِنْ ذَٰلِكُمْ ۚ
Kata olehmu adakah aku hendak khabarkan dengan yang terlebih baik daripada yang demikian itu segala keinginan syahwat itu.
لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ ۗ
Bagi segala mereka yang takut mereka itu akan Allah dengan mengikut suruh tegahNya pada sisi Tuhan mereka itu beberapa syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa air sungai kekal sekelian pada dalamnya dan beberapa isteri yang suci dariapda haid dan lainnya dariapda yang dilewati dan keredhaan yang banyak daripada Allah
وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang Amat Melihat dengan sgalaq hamba maka membalas IA akan tiap-tiap dariapd mereka itu dengan jenis amalannya.

Selasa, 10 Februari 2015

Ali Imran - Ayat 15



زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ
Dihiasi bagi manusia itu kasih keinginan oleh nafsu menghiasi akan dia oleh Allah Ta’ala atau syaitan kerana pencubaan (percubaan)
مِنَ النِّسَاءِ
Daripada segala perempuan
وَالْبَنِينَ
Dan segala anak-anak jantan
وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ
Dan segala harta yang banyak yang dihimpun
مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ
Daripada emas dan perak
وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ
Dan kuda yang elok
وَالْأَنْعَامِ
Dan segala ni’am kerbau lembu kambing unta
وَالْحَرْثِ ۗ
Dan bendang kebun
ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ
Bermula yang demikian itu kesedapan hidup dunia kemudian binasa ia
وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Dan Allah Ta’ala itu pada sisiNya sebaik-baik tempat kembali dan iaitu syurga maka sayugia gemar kamu pada Allah tiada pada lainnya

Ahad, 8 Februari 2015

Ali Imran - Ayat 13



قَدْ كَانَ لَكُمْ آيَةٌ فِي فِئَتَيْنِ الْتَقَتَا ۖ
Sungguhn telah ada bagi kamu itu ambil i’tibar pada dua puak peperangan muslim dan kafir berdempak keduanya pada hari Badar kerana berperang
فِئَةٌ تُقَاتِلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Satu puak berperang ia pada jalan agama Allah mereka itu Nabi dan segala sahabatnya tiga ratus tiga belas orang laki-laki serta mereka itu dua berkuda enam baju rantai dan lapan berpedang kebanyakan mereka itu berjalan kaki tujuh puluh unta berganti-ganti
وَأُخْرَىٰ كَافِرَةٌ يَرَوْنَهُمْ
Puak yang lain itu kafir melihat mereka itu kafir akan mereka itu muslimin
مِثْلَيْهِمْ
Dua ganda mereka itu muslimin terlebih banyak daripada mereka itu seumpama seribu
رَأْيَ الْعَيْنِ ۚ
Pada penglihatan mata zahir dan sungguh telah tolong akan mereka itu oleh Allah serta sedikit mereka itu
وَاللَّهُ يُؤَيِّدُ بِنَصْرِهِ مَنْ يَشَاءُ ۗ
Dan Allah Ta’ala menguat IA dengan pertolonganNya mereka yang dikehendaki tolongNya
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبْرَةً لِأُولِي الْأَبْصَارِ
Bahawasa pada yang demikian itu menjadi bandingan bagi yang empunya mata hati maka apa tiada kamu ambil i’tibar dengan yang demikian itu maka supaya kamu beriman

Selasa, 3 Februari 2015

Ali Imran - Ayat 12



قُلْ لِلَّذِينَ كَفَرُوا
Kata olehmu ya Muhammad bagi segala orang kafir
سَتُغْلَبُونَ
Lagi dukalah akan kamu dengan bunuh dan tawan dan kena jizyah dan sungguh telah jadi yang demikian itu
وَتُحْشَرُونَ إِلَىٰ جَهَنَّمَ ۚ وَبِئْسَ الْمِهَادُ
Dan lagi dihimpun akan kamu sekelian kepada neraka jahannam dan sejahat-jahat hamparan ia

Ahad, 1 Februari 2015

Ali Imran - Ayat 11



 كَدَأْبِ آلِ فِرْعَوْنَ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ

Seperti adat Firaun dan ahlinya dan segala mereka kafir yang dahulu daripada mereka itu seperti kaum ‘Aad dan Tsamud
كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
Mendusta mereka itu dengan segala ayat Kami
فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ ۗ
Maka telah ambil akan mereka itu oleh Allah Ta’ala dengan dosa mereka itu membinasa akan mereka itu.
وَاللَّهُ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan Allah Ta’ala itu sangat-sangat ‘iqab dan turun tatkala menyuruh Nabi sollahu alaihi wasallam akan orang Yahudi dengan Islam ketika baliknya daripada perang badar menghimpun ia akan mereka itu pada Suq (pasar) Bani Qainuqa’ menakut bahawa turun dengan mereka itu barang yang turun dengan Quraisy maka kata mereka itu jangan menipu akan dikau bahawa engkau bunuh jama’ah yang bodoh tiada tahu perang jika engkau perang kami nescaya engkau tahu kami manusia.