Sabtu, 17 Januari 2015

Ali Imran - Ayat 6



 هُوَ الَّذِي يُصَوِّرُكُمْ فِي الْأَرْحَامِ كَيْفَ يَشَاءُ ۚ
Ialah Tuhan yang merupa akan kamu pada dalam segala rahim ibu kamu betapa yang dikehendaki laki-laki dan perempuan bayadh dan sawad putih hitam dan lainnya yang demikian itu
لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ
Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benar melainkan DIA
الْعَزِيزُ
Yang ghalib menang pada kerajaanNya
الْحَكِيمُ
Yang amat hakim pada perbuatanNya

Ali Imran - Ayat 5



إِنَّ اللَّهَ لَا يَخْفَىٰ عَلَيْهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ
Bahawasanya Allah Ta’ala itu tiada tersembunyi atasNya suatu pada dalam bumi dan tiada pada dalam langit kerana diketahunya dengan barang yang jatuh dalam alam ini kulli dan juz’i, kulli umpama sebuah negeri, juz’i umpama banyak orang dalamnya ditentu keduanya sebutan kerana pendapatan pancaindera lima tiada lampau keduanya.

Selasa, 13 Januari 2015

Ali Imran - Ayat 4



وَأَنْزَلَ التَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ منْ قَبْلُ هُدًى لِلنَّاسِ
Dan turun Ia akan Taurat dan Injil itu daripada dahulu Quran kerana hidayah bagi manusia daripada  ضلالة  daripada orang yang ikut keduanya maka turun keduanya ayat taurat Injil itu sekali bersalahan Quran turun sedikit-sedikit dalam dua puluh tiga tahun
وَأَنْزَلَ الْفُرْقَانَ
Dan menurun Ia akan furqan segala kitab yang memfaraq antara hak dan batil lain daripada tiga kitab itu
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ
Bahawasa segala mereka yang kafir dengan segala ayat Allah Quran dan lainnya itu bagi mereka itu azab yang sangat sakit
وَاللَّهُ عَزِيزٌ
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang ghalib menang atas kerajaanNya maka tiada menegah kan dia suatu daripada melulus وعد dan وعيدث janji pahala dan janji siksa
ذُو انْتِقَامٍ
Yang empunyai niqmat siksa yang sangat daripada orang yang عاصيث tiada kuasa umpamanya seorang

Isnin, 12 Januari 2015

Ali Imran - Ayat 3



نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ
Telah turun Ia atas engkau Ya Muhammad akan kitab Quran ini dengan sebenar pada segala khabar dalamnya.
مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ
Membenar bagi barang yang antara hadapannya daripada segala kitab-kitab
وَأَنْزَلَ التَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ
Dan turun Ia akan Taurat dan Injil itu daripada dahulu Quran kerana hidayah bagi manusia daripada dholalah daripada orang yang ikut keduanya maka turun keduanya ayat taurat Injil itu sekali bersalahan Quran turun sedikit-sedikit dalam dua puluh tiga tahun

Ahad, 11 Januari 2015

Ali Imran - Ayat 2



اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ
Bermula Allah Ta’ala itu Tuhan tiada Tuhan yang mustahak ‘ibadat melainkan IA
الْحَيُّ الْقَيُّومُ
Yang hidup lagi yang berdiri pada tadbir sekelian alam ini turun ini ayat pada wafdun Najran enam puloh orang dalam itu satu raja satu wazir satu alim maka kata mereka itu sekali Isa itu Allah kerana menghidup orang mati dan sekali Isa anak Allah kerana tiada bapa dan sekali Isa suatu daripada tuhan thalith thalathah