Isnin, 12 Januari 2015

Ali Imran - Ayat 3



نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ
Telah turun Ia atas engkau Ya Muhammad akan kitab Quran ini dengan sebenar pada segala khabar dalamnya.
مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ
Membenar bagi barang yang antara hadapannya daripada segala kitab-kitab
وَأَنْزَلَ التَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ
Dan turun Ia akan Taurat dan Injil itu daripada dahulu Quran kerana hidayah bagi manusia daripada dholalah daripada orang yang ikut keduanya maka turun keduanya ayat taurat Injil itu sekali bersalahan Quran turun sedikit-sedikit dalam dua puluh tiga tahun

Ahad, 11 Januari 2015

Ali Imran - Ayat 2



اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ
Bermula Allah Ta’ala itu Tuhan tiada Tuhan yang mustahak ‘ibadat melainkan IA
الْحَيُّ الْقَيُّومُ
Yang hidup lagi yang berdiri pada tadbir sekelian alam ini turun ini ayat pada wafdun Najran enam puloh orang dalam itu satu raja satu wazir satu alim maka kata mereka itu sekali Isa itu Allah kerana menghidup orang mati dan sekali Isa anak Allah kerana tiada bapa dan sekali Isa suatu daripada tuhan thalith thalathah

Ali Imran - Ayat 1



SURAH ALI IMRAN
Dua ratus melainkan satu ayat
بسم الله الرمن الرحيم

AYAT 1
الم
Alif lam mim

Persoalan maksud ayat Alif Lam Mim terdapat banyak kekhilafan di kalangan ulama tafsir. Berkata sesetengah ulama seperti Amir Syu’bi, Sufyan As-Tsauri dan beberapa ulama hadis yang lain, ia adalah merupakan rahsia Allah di dalam al-Quran dan bagi Allah swt hanya DIA yang maha mengetahui akan maknanya. Alif Lam Mim dan seumpama dengannya termasuk di dalam ayat-ayat Mutasyabihat iaitu perkara-perkara yang tidak diketahui maknanya.
Allah swt sahaja yang mengetahuinya dan tidak wajib kita bercakap berkenaan maksud atau maknya. Akan tetapi wajib bagi kita beriman kepadanya. Adalah menjadi kemestiaan untuk kita membaca sebagaimana yang dibawa kepada kita iaitu dalam bacaan Quraisy. Ini adalah kerana Rasulullah menggunakan bacaan Quraisy. Inilah pendapat Abu Bakar As-Siddiq ra dan Ali bin Abi Talib ra.

Isnin, 5 Januari 2015

Al Baqarah - Ayat 286



لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا
Tiada memberi Allah Ta’ala akan seorang itu melainkan sekuasanya
لَهَا مَا كَسَبَتْ
Baginya barang yang ia usaha daripada kebajikan
وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ
Dan atasnya barang yang ia usaha daripada kejahatan dosanya dan tiada diambil seorang dengan dosa orang lain dan tiada dengan barang yang tiada ia kerjakan dia daripada waswas hatinya sahaja
رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا
Kata mereka itu hai Tuhan kami Jangan Engkau ambil akan kami dengan ‘iqab siksa jika kami terlupa atau kami tersalah dengan tiada sengaja seperti barang yang Engkau ambil dengannya Bani Israel dahulukala dan seungguh telah menegah Allah Ta’ala yang demikian itu daripada ini umat Muhammat seperti datang pada hadis yang pinta itu mengaku dengan ni’mat Allah Ta’ala
رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا
Hai Tuhan kami dan Jangan Engkau tanggung atas kami akan keberatan seperti barang yang Engkau tangguh akan dia atas segala mereka yang dahulu daripada kami Bani Israel daripada bunuh nyawa pada taubat dan keluar rubu’ harta pada zakat dan gunting tempat kena najis daripada badanya atau kain pada basuh najis
رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ
Hai Tuhan kami dan Jangan Engkau tanggung akan kami barang yang tiada kuasa bagi kami dengannya daripada segala taklif keberatan dan bala’
وَاعْفُ عَنَّا
Dan hapus olehMu daripada kami segala dosa kami
وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا
Dan ampun olehMu bagi kami dengan tutup ‘aib kami dan rahmat olehMu akan kami dengan sempurna ni’mat dunia dan akhirat kepada kami
أَنتَ مَوْلاَنَا
Engkau Tuhan kami yang memerintah segala pekerjaan kami
فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maka tolong akan kami atas segala kaum kafir dengan mendiri hujjah dan menang pada peperangan dengan mereka itu kerana kelakuan Tuhan itu menolonga akan hambaNya atas a’da’ pada hadis tatkala turun ini ayat baca akan dia Sollahu alaihi wasallam dikata baginya mengiringi tiap-tiap kalimah itu pada    فعلتُ     sungguh telah aku perbuat sabda Nabi sollahu alaihi wasallam ini tiga ayat khatam surah al Baqarah barang siapa bacakan dia tiada hampir oleh syaitan rumahnya tiga malam iaitu daripada لله ما في السموات    

Al Baqarah - Ayat 285



آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ
Telah beriman oleh Rasul Nabi Muhammad itu dengan barang yang diturn kepadanya daripada Tuhannya Quran dan beriman segala orang yang mukminin
كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ
Sekelian itu telah beriman dengan Allah dan segala malaikatNya dan segala kitabNya dan segala rasulNya
لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ
Tiada Kami farq antara seorang daripada segala rasulNya pada beriman dengan mereka itu sekelian seperti Yahudi dan Nasara beriman dengan setengah dan kufur dengan setengah
وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا
Dan kata mereka itu mukminin telah kami dengar dan kami taat suruhan Engkau
غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ
Ampun Engkau Tuhan kami
الْمَصِيرُ
Dan kepada Engkau jua tempat kembali dengan bangkit kubur

***** dan tatkala turun    وإن تبدوا الخ   itu mengadu segala mukminin daripada waswas dan masyaqqah atas mereka itu muhasabah itu kepada Rasul Allah maka turun