Rabu, 12 November 2014

Al Baqarah - Ayat 266



أَيَوَدُّ أَحَدُكُمْ أَن تَكُونَ لَهُ جَنَّةٌ مِّن نَّخِيلٍ وَأَعْنَابٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ
Adakah suka seorang kamu bahawa ada baginya kebun daripada pokok tamar dan I’nab (Anggur) yang mengalid daripada bawahnya beberapa sungai air tawar
لَهُ فِيهَا مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ
Baginya dalamnya dariapda segala buah-buahan
وَأَصَابَهُ الْكِبَرُ
Dan kena akan dia tua yang lemah daripada usaha
وَلَهُ ذُرِّيَّةٌ ضُعَفَاء
Dan baginya anak-anak yang kecil-kecil tiada daya upaya
فَأَصَابَهَا إِعْصَارٌ فِيهِ نَارٌ
Maka kena akan dia oleh agin hangat yang ada padanya api
فَاحْتَرَقَتْ
Maka terbakar ia maka binasa ia dan tinggal ia dan anak-anaknya lemah tiada upaya usaha dan tiada helah bagi mereka itu dan ini ayat tamsil bagi nafkah orang yang riya’ dan yang ungkit pada perhumaannya dan tiada gunanya pada akhirat ketika sangat-sangat berhajat pada akhirat yang terlebih daripada berhajat orang tua-tua dan kanak-kanak kepada nafkah dunia
 كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ
Seperti yang demikian itulah menyata oleh Allah Ta’ala bagi kamu akan segala ayat hukumnya
لعلمكم تتفكرون
Mudah-mudahan kamu berfikir kamu pada yang anafaat atau mudharat

Isnin, 10 November 2014

Al Baqarah - Ayat 265



وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاء مَرْضَاتِ اللّهِ وَتَثْبِيتاً مِّنْ أَنفُسِهِمْ
Dan seumpama segala mereka yang menafkah akan segala harta mereka itu kerana menuntut keredhaan Allah dan tetap pada hati mereka itu bagi dapat thawab pahala
كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ
Seperti umpama kebun dengan tempat-tempat tinggi
أَصَابَهَا وَابِلٌ
Kena akan dia oleh hujan banyak
فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ
Maka mendatang ia akan buahnya dua ganda
فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ
Maka jika tiada kena akan dia hujan banyak maka hujan bubuk demikianlah nafkah yang tersebut jadi besar dan banyak apda Allah Ta’ala sama ada banyak atau sedikit nafkah itu
وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dan Allah Ta’ala dengan barang yang kamu kerja itu amat melihat maka balas Ia akan kamu dengannya.

Khamis, 6 November 2014

Al Baqarah - Ayat 264



 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ
Hai segala mereka yang beriman
لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالأذَى
Jangan kamu batal sedekah kamu dengan ungkit dan menyakiti tiada pahala
كَالَّذِي يُنفِقُ مَالَهُ رِئَاء النَّاسِ
Seperti mereka yang menafkah hartanya kerana riya’ manusia hendak beri manusia lihat
وَلاَ يُؤْمِنُ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ
Dan tiada beriman ia dengan Allah dan hari yang kemudian iaitu orang yang munafiq tiada percaya nabi dan hari qiamat
فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ
Maka seumpamanya itu seperti umpama batu licin yang ada atasnya tanah
فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْداً
Maka kena akan dia hujan banyak maka tinggal akan dia licin tiada satu atasnya
لاَّ يَقْدِرُونَ عَلَى شَيْءٍ
Tiada kuasa mereka itu atas suatu
مِّمَّا كَسَبُواْ
Daripada barang yang usaha mereka itu arti tiada dapat stawab pahala pada akhirat
وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
Dan Allah Ta’ala tiada menghidayah akan segala kaum kafir kepada jalan agama

Al Baqarah - Ayat 263




قَوْلٌ مَّعْرُوفٌ وَمَغْفِرَةٌ خَيْرٌ مِّن صَدَقَةٍ يَتْبَعُهَا أَذًى
Perkataan yang baik dan ampun itu terlebih baik dari sedekah yang mengikut akan dia menyakiti
والله غنيٌ حليم
Dan Allah Ta’ala itu Tuhan yang Kaya daripada sedekah kamu lagi halim dengan ta’khir ‘uqubah siksa daripada orang yang mengungkit dan menyakiti orang yang disedekah.

Selasa, 4 November 2014

Al Baqarah - Ayat 262







الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ ثُمَّ لاَ يُتْبِعُونَ مَا أَنفَقُواُ 
Segala mereka yang menafkah akan segala harta mereka itu pada jalan agama Allah kemudian tiada mengikut mereka itu akan barang yang menafkah itu
مَنّاً وَلاَ أَذًى
Ungkit dan menyakiti
لَّهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ
Bagi mereka itu pahala mereka itu pada Tuhan mereka itu
وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
Dan tiada takut atas mereka itu dan tiada mereka itu dukacita turun ini ayat pada Usman bin ‘Affan ia sedekah pada Perang Tabuk dengan seribu unta kenaikkan dengan alatnya dan seribu dinar dituang pada riba Nabi Sollahu ‘alaihi wasallam sabdanya tiada mudharat ‘Usman apa yang baik dan ampun itu terlebih baik daripada sedekah yang engikut akan dia menyakiti