Ahad, 2 November 2014

Al Baqarah - Ayat 261




 مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ
Seumpama segla mereka yang menafkah akan harta mereka itu pada jalan taat akan Allah itu
كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ
Seperti umpama satu biji ditanam tumbuh tujuh tangkai pada tiap-tiap satu tangkau seratus biji demikian nafkah mereka itu diganda hingga tujuh ratus
وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ
Dan bermula Allah Ta’ala itu mengganda Ia bagi mereka yang dikehendaki terlebih banyak daripada yang demikian itu
وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ 

DERMA SAIDINA ABDURRAHMAN BIN AUF :
Saidina Abdurrahman bin Auf radhiallahu ‘anhu pernah menderma ketika berlakunya perang Tabuk, sebagaimana berikut :

Derma sebanyak 200 Uqiyah Emas telah diberikan.
1 uqiyah emas = 31,7475 gram emas
200 uqiyah x 31,7475 gram emas = 6349.5 gram = RM768,289.50.



Khamis, 30 Oktober 2014

Al Baqarah - Ayat 259



وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَى عُرُوشِهَا قَالَ أَنَّى يُحْيِي هَذِهِ اللَّهُ بَعْدَ مَوْتِهَا فَأَمَاتَهُ اللَّهُ مِائَةَ عَامٍ ثُمَّ بَعَثَهُ قَالَ كَمْ لَبِثْتَ قَالَ لَبِثْتُ يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالَ بَلْ لَبِثْتَ مِائَةَ عَامٍ فَانْظُرْ إِلَى طَعَامِكَ وَشَرَابِكَ لَمْ يَتَسَنَّهْ وَانْظُرْ إِلَى حِمَارِكَ وَلِنَجْعَلَكَ آيَةً لِلنَّاسِ وَانْظُرْ إِلَى الْعِظَامِ كَيْفَ نُنْشِزُهَا ثُمَّ نَكْسُوهَا لَحْمًا فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ قَالَ أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
TAFSIR NURUL IHSAN
أَوْ كَالَّذِي مَرَّ عَلَى قَرْيَةٍ
Atau seperti mereka yang lalu atas negeri Baitul Maqdis naik Himar dan sertanya sumpit buah tin dan qodah cebok air anggur iaitu Nabi Uzair bin Syarkhara kata qil Nabi Khaidir
وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَى عُرُوشِهَا
Dan ia runtuh atas anaknya tatkala diruntuh akan dia oleh Bakhtanussor ‘Amil Raja kaharasaf negeri babil dan sertanya enam ratus ribu raayah bendera maka bunu ia akan Bani Israel thuluth sepertiga dan tawan thuluth dan tinggal di Syam thuluth dan dalam thuluth yang dibunuh itu empat puluh ribu lelaki yang hafaz Taurah
قَالَ أَنَّى يُحْيِي هَذِهِ اللَّهُ بَعْدَ مَوْتِهَا
Kata ia betapa menghidup akan ini oleh Allah kemudian daripada matinya kerana ta’zhim dan mengajaib bagi qudrat Allah Ta’ala bukan syak pada qudrat Allah
فَأَمَاتَهُ اللَّهُ مِائَةَ عَامٍ
Maka memati akan dia oleh Allah Ta’ala seratus tahun dalam lenanya
ثُمَّ بَعَثَهُ
Kemudian membangkit akan dia hidup semula dua matanya kemudian tubuhnya maka lihat ia kepada himarnya tulang putih berhambur-hambur
قَالَ كَمْ لَبِثْتَ
Firmannya berapa lama engkau berhenti disini ya ‘uzair
قَالَ لَبِثْتُ يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ
Kata ‘uzair aku berhenti sehari atau sekerat hari kerana ia dilena waktu dhuha dan dihidup ketika jatuh matahari maka sangka ia hari lena itu jua
قَالَ بَلْ لَبِثْتَ مِائَةَ عَامٍ
Firman Allah engkau berhenti seratus tahun
فَانْظُرْ إِلَى طَعَامِكَ
Maka lihat olehmu kepada makanan engkau buah tin
وَشَرَابِكَ
Dan minuman engkau ‘asir itu air buah inab
لَمْ يَتَسَنَّهْ
Tiada berubah serta lama masa
وَانْظُرْ إِلَى حِمَارِكَ
Dan lihat olehmu kepada himar engkau betapa ia maka lihat ia akan himar mati dan tulangnya putih bercerai-cerai
وَلِنَجْعَلَكَ آيَةً لِلنَّاسِ
Dan supaya Kami jadi akan dikau itu ulamat bagi manusia atas bangkit qubur dan supaya engkau ketahui akan Kesempurnaan qadar kami atas menghidup yang mati dan memati yang hidup dan lain-lainnya
وَانْظُرْ إِلَى الْعِظَامِ كَيْفَ نُنْشِزُهَا
Dan lihat olehmu kepada tulang himar engkau itu betapa Kami hidupkan dia
نُنْشِزُهَا ثُمَّ نَكْسُوهَا لَحْمًا
Kemudian Kami pakai akan dia daging maka melihat ia kepada tulang himar sungguhn telah berhimpun dan bersusunya segala juzuk itu setengah kepada setengannya pada tempat masing-masing tulang dan ‘aurat dan dipakai daging dan ditiup roh padanya dan bersuara ia bangkit
فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ قَالَ أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Aka tatkala nyata baginya yang demikian itu dengan mata kepala berkat ia aku ketahui dan aku yakin bahasanya Allah Ta’ala atas tiap-tiap suatu amat kuasa. Diriwayat bahawa rambut kepala ‘uzair dan janggut hitam kedua hari dihidupnya dan ia umur empat puluh tahun maka pergi ia kepada kampong tiba-tiba bertemu dengna perempuan tua buta muq’ad tiada boleh bangkit yang dapat masa ‘uzair maka kata uzair hai perempuan tua ini tempat uzair kata ia na’am dimana uzair sudah lama tiada kata ia aku uzair memati akan daku oleh Allah seratus tahun maka kata perempuan itu adalah uzair mustajab doa maka doa bagi aku kembali mataku aku hendak lihat engkau maka doa ia maka baik dua matanya dan bangkit berjalan seperti dirungkai ikat kakinya maka dibawa pada majlis bani Israel da nada padanya anak uzair umur seratus lapan belas tahun dan cucunya sekelian tua kesemua maka menyeru perempuan itu kata ini uzair makakata anaknya bapa aku ada syamah tahi lalat hitam antara dua belikatnya maka dilihat sebenar dan tiada ketika itu satu nuskhah taurat pun dan tiada yang hafaz sebab kena bunuh Bakhtunossor empat puluh ribu yang hafaz Taurat maka baca Uzair atas mereka itu Taurat daripada hatinya dengan tiada kurang satu huruf kemudian didapti taurat yang di tanam pada pokok kurma maka dipelaga dengan Taurat Uzair maka tiada bersalahan satu huruf maka ketika itu kata Yahudi Uzair anak Allah Maha Suci Allah daripada yang demikian itu nak.

Rabu, 29 Oktober 2014

Al Baqarah - Ayat 260



وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِـي الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِن قَالَ بَلَى وَلَـكِن لِّيَطْمَئِنَّ قَلْبِي قَالَ فَخُذْ أَرْبَعَةً مِّنَ الطَّيْرِ فَصُرْهُنَّ إِلَيْكَ ثُمَّ اجْعَلْ عَلَى كُلِّ جَبَلٍ مِّنْهُنَّ جُزْءاً ثُمَّ ادْعُهُنَّ يَأْتِينَكَ سَعْياً وَاعْلَمْ أَنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

TAFSIR NURUL IHSAN

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ
Dan ketika berkata Nabi Ibrahim
رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِـي الْمَوْتَى
Hai Tuhanku perlhat akan daku betapa Kaifiat Engkau menghidup orang mati kata ia ketika lihat satu bangkai di tepi laut memakan akan dia binatang laut ketika air pasang dan binatang darat ketika air surut maka ta’ajjub ia daripadanya hidupnya kerana setengah dalam laut dan setengan atas darat
قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِن
Firman Allah tiadakah engkau beriman dengan qudratKu atas menghidup Tanya Allah Ta’ala akan Nabi Ibrahim serta ketahu dengan imannya supaya dijawab barang yang ditanya maka ketahui yang mendengar akan kehendaknya Nabi Ibrahim
قَالَ بَلَى
Kata Nabi Ibrahim sebenar hambaMu beriman
وَلَـكِن لِّيَطْمَئِنَّ قَلْبِي
Dan tetapi supaya tetap hatiku dengan memandang tulang yang berhimpun serta ambil dalil
قَالَ
firmanNya
فَخُذْ أَرْبَعَةً مِّنَ الطَّيْرِ
Maka ambil olehmu akan empat jenis daripada burung
فَصُرْهُنَّ إِلَيْكَ
Maka cincang campur olehmu akan mereka itu daging dan bulu hampir engkau
ثُمَّ اجْعَلْ عَلَى كُلِّ جَبَلٍ مِّنْهُنَّ جُزْءاً
Kemudian jadi olehmu atas tiap-tiap suatu bukit yang empat atau tujuh dariapda mereka itu satu-satu juzuk
ثُمَّ ادْعُهُنَّ
Kemudian seru oleh kamu akan mereka itu kepada engkau
يَأْتِينَكَ سَعْياً
Nescaya datang mereka itu akan dikau dengan segera
وَاعْلَمْ أَنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan ketahui oleh kamu bahawasanya Allah Ta’ala Tuhan yang amat keras tiada lemah akan Dia oleh suatu lagi amat Hakim pada perbuatannya maka ambil Ibrahim akan burung Tho_us merak dan siwao (seumpamanya) dan dan dendang (Selayang) dan dik bapa ayam dan perbuat ia dengan sekelian itu barang yang tersebut dan pegang ia akan keapala masing-masing itu padanya dan panggil ia akan mereka itu maka terbanglah segala juzuk dariapda bukit itu keapda setengah hingga cukup kemudian berhadap ia kepada segala kepala masing-masing dan terbang ia dengan izin Allah.

Selasa, 14 Oktober 2014

Al Baqarah - Ayat 258






أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَاجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رَبِّهِ أَنْ آتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِي وَأُمِيتُ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Bahagian 1 Tafsir Nurul Ihsan (Ayat 258 Al Baqarah)
Bahagian 2 Tafsir Nurul Ihsan (Ayat 258 Al Baqarah)

TAFSIR NURUL IHSAN

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَاجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رَبِّهِ أَنْ آتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ
Tiadakah engkau lihat ya Muhammad kepada kisah mereka yang lawan berhujjah akan Nabi Ibrahim pada Tuhannya kerana bahawa sebab datang akan dia oleh Allah Ta’ala angkat jadi raja iaitu namrud ibnu Kan’an anak zina mendakwa rububiah ketuhanan satu daripada empat raja-raja yang milik bumi sekelian dua kafir dua mukmin kedua Bakhtanussor maka yang mukmin itu Nabi Sulaiman dan Zulqarnain
إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ
Ketika berkata Nabi Ibrahim baginya tatkala berkata ia siapa tuhan engkau yang engkau panggil kami kepada sembahnya itu
رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ
Kata Nabi Ibrahim Tuhanku itu Tuhan yang menghidup dan memati
قَالَ أَنَا أُحْيِي وَأُمِيتُ
Kata Namrud dakupun boleh menghidup dan memati dengan bunuh dan ampun maka menyeru dengan dua lelaki maka membunuh ia akan seorang dan tinggal ia seorang maka tatkala lihat Nabi Ibrahim akan ahmaq bodoh namrud
قَالَ إِبْرَاهِيمُ
Kata Nabi Ibrahim berpindah kepada hujjah yang terlebih terang daripadanya
فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ
Maka bahawasa Allah Ta’ala itu bawa datang dengan matahari daripada masyriq pergi ke maghrib maka bawa datang olehmu dengannya daripada pihak maghrib ke masyriq pula jika sebenar engkau tuhan
فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ
Maka tercengang dan gementar namrud yang kafir dan putus hujjahnya
وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Dan Allah Ta’ala itu tiada menghidayah Ia akan segala kaum yang zalim dengan kufur kepada jalan lawan berhujjah