Ahad, 1 Jun 2014

Al Baqarah - Ayat 216



Ayat 216
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

 TAFSIR NURUL IHSAN
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ
Telah difardhukan atas kamu itu perang kafir
وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ
Kebencian bagi kamu pada tabiat kerana masyaqqah dan kepayahan
وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً
dan sungguh bahawa kamu benci akan suatu
وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ
dan iaitu baik bagi kamu
وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ
dan sungguh bahawa kamu kasih akan suatu dan itu kejahatan bagi kamu kerana nafsu itu cenderung kepada keinginan yang mewajib bagi binasanya dan lari kafsu daripada sekelian keberatan syara’ yang mewajib bagi sa’adah bahagia
وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Dan bermula Allah Ta’ala itu Tuhan yang mengetahui apa yang baik bagi kamu dan yang jahat dan menyuruh oleh Nabi Muhammad Sollahu alaihi wasallam awal tenteranya mula angkatan peperangan lapan orang laki-laki amir atas Abdullah bin Jahsy anak amahnya maka berperang mereka itu akan kafir musyrikin empat orang bunuh seorang nama Amru bin al Hadrami dan ditawannya dua orang dan lari seorang pada akhir haribulan Jamadil Akhir dan kesamaran atas mereka itu dengan Rejab maka mengkeji akan mereka itu oleh kuffar dengan menghalalkan maka turun

Selasa, 20 Mei 2014

Al Baqarah - Ayat 212

زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُواْ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَيَسْخَرُونَ مِنَ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ اتَّقَواْ فَوْقَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَاللّهُ يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).

Beautified is the life of the world for those who disbelieve ; they make a jest of the believers . But those who keep their duty to Allah will be above them on the Day of Resurrection . Allah giveth without stint to whom He will

TAFSIR NURUL IHSAN

زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُواْ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا
Telah dihiasi bagi segala kafir itu akan hidup dunia maka kasih mereka itu akan dia
وَيَسْخَرُونَ مِنَ الَّذِينَ آمَنُواْ
Dan mengolok-olok mereka itu daripada segala orang mu’minin kerana kepapan mereka itu seperti Bilal Habasyi dan Ammar ‘Arabi dan Suhaib Rumi mengolok-olok mereka itu atas mereka itu dengan harta kekayaan
وَالَّذِينَ اتَّقَواْ فَوْقَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Dan bermula segala orang yang takut akan Allah itu pada atas mereka itu pada hari kiamat
وَاللّهُ يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Dan bermula Allah Ta’ala itu Tuhan yang memberi rezeki akan mereka yang dikehendaki dengan tiada hisab arti rezeki yang luas pada Akhirat atau dunia dengan dipermilik akan orang yang diolok-olok itu akan harta orang yang mengolok-olok dan tangguhnya

Isnin, 19 Mei 2014

Al Baqarah - Ayat 211



سَلْ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَمْ آتَيْنَاهُم مِّنْ آيَةٍ بَيِّنَةٍ وَمَن يُبَدِّلْ نِعْمَةَ اللّهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءتْهُ فَإِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Bertanyalah kepada Bani Israil, berapa banyak keterangan-keterangan yang telah Kami berikan kepada mereka (sedang mereka masih ingkar)? dan sesiapa menukar nikmat keterangan Allah (dengan mengambil kekufuran sebagai gantinya) sesudah nikmat itu sampai kepadaNya, maka (hendaklah ia mengetahui) sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya.

Ask of the Children of Israel how many a clear revelation We gave them! He who altereth the grace of Allah after it hath come unto him ( for him ) , lo! Allah is severe in punishment .

TAFSIR NURUL IHSAN

سَلْ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَمْ آتَيْنَاهُم مِّنْ آيَةٍ بَيِّنَةٍ
Tanya oleh ya Muhammad akan bani Israel Yahudi Madinah berapa banyak Kami datang akan mereka itu daripada mu’jizat yang zahir seperti buka laut dan turun man dan salwa, maka tukar mereka itu akandia kufur soal kerana tabkiah dan taubih Tanya kerana menarik dan mengkeji
وَ مَن يُبَدِّلْ نِعْمَةَ اللّهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءتْهُ
Dan barang siapa yang menukar akan ni’mat Allah daripada kemudian barang yang datang akan dia akan kufur
فَإِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maka bahawasanya Allah Ta’ala itu sangat-sangat siksa

Al Baqarah - Ayat 210



هَلْ يَنظُرُونَ إِلاَّ أَن يَأْتِيَهُمُ اللّهُ فِي ظُلَلٍ مِّنَ الْغَمَامِ وَالْمَلآئِكَةُ وَقُضِيَ الأَمْرُ وَإِلَى اللّهِ تُرْجَعُ الأمُورُ
(Orang-orang yang ingkar itu) tidak menunggu melainkan kedatangan (azab) Allah kepada mereka dalam lindungan-lindungan awan, bersama-sama dengan malaikat (yang menjalankannya), padahal telahpun diputuskan perkara itu (balasan azab yang menimpa mereka); dan kepada Allah jua kembalinya segala urusan.

Wait they for naught else than that Allah should come unto them in the shadows of the clouds with the angels? Then the case would be already judged . All cases go back to Allah ( for judgment )


TAFSIR NURUL IHSAN

Tiada nanti mereka itu melainkan bahawa datang akan mereka itu oleh Allah Ta’ala azabNya pada segala bayang-bayang teduh daripada awan putih nipis
وَالْمَلآئِكَةُ وَقُضِيَ الأَمْرُ
Dan malaikat dan dihukum pekerjaan binasa mereka itu
وَإِلَى اللّهِ تُرْجَعُ الأمُورُ
Dan kepada Allah Ta'ala jua dikembali segala pekerjaan akhirat pada membalas