Isnin, 12 Mei 2014

Al Baqarah - Ayat 207



207
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاء مَرْضَاتِ اللّهِ وَاللّهُ رَؤُوفٌ بِالْعِبَادِ
Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.

Terjemahan Bahasa Inggeris :
 
And of mankind is he who would sell himself , seeking the pleasure of Allah ; and Allah hath compassion on ( His ) bondmen .

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاء مَرْضَاتِ اللّهِ
Dan setengah daripada manusia itu mereka yang menjual akan dirinya kerana menuntut keredhaan Allah pada mengerja taat akan Allah dan iaitu Suhaib bin Rumi menyakiti akan dia oleh kafir musyrikin di Makkah hijrah ia kemudia dan meninggal ia akan hartanya
وَاللّهُ رَؤُوفٌ بِالْعِبَادِ
Dan bermula Allah Ta’ala Tuhan yang Amat Kasih Sayang dengan segala hambanya sekira-kira menunjuk ia akan mereka itu pada jalan keredhaan dan turun pada Abdullah bin Salam dan segala sahabatnya tatkala ta’zim membesar mereka itu hari sabtu dan benci akan daging unta kemudian daripada Islam kerana  sudah biasa pada agama Yahudi.

Isnin, 5 Mei 2014

Al Baqarah - Ayat 206



وَإِذَا قِيلَ لَهُ اتَّقِ اللّهَ أَخَذَتْهُ الْعِزَّةُ بِالإِثْمِ فَحَسْبُهُ جَهَنَّمُ وَلَبِئْسَ الْمِهَادُ
Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah" timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.

And when it is said unto him : Be careful of thy duty to Allah , pride taketh him to sin . Hell will settle his account , an evil resting place .

TAFSIR NURUL IHSAN

وَإِذَا قِيلَ لَهُ اتَّقِ اللّهَ
Dan apabila dikata baginya ittiqillah takut oleh kamu akan Allah
أَخَذَتْهُ الْعِزَّةُ بِالإِثْمِ
Nescaya ambil akan dia oleh takabbur dengan dosa pada mengerjakan dosa
فَحَسْبُهُ جَهَنَّمُ
Maka memadi akan dia oleh neraka jahannam
وَلَبِئْسَ الْمِهَادُ
Dan sejahat-jahat hamparan itu neraka

Al Baqarah - Ayat 205





وَإِذَا تَوَلَّى سَعَى فِي الأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيِهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ وَاللّهُ لاَ يُحِبُّ الفَسَادَ
Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.

And when he turneth away ( from thee ) his effort in the land is to make mischief therein and to destroy the crops and the cattle ; and Allah loveth not mischief .

TAFSIR NURUL IHSAN

وَإِذَا تَوَلَّى سَعَى فِي الأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيِهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ
Dan apabila berpaling ia daripada engkau berjalan ia pada bumi supaya berbuat fasid ia pada dalamnya dan binas ia akan tanaman dengan membakar dan anak himar dengan disembelihnya

وَاللّهُ لاَ يُحِبُّ الفَسَادَ
Dan Allah ta’ala itu tiada kasih Ia akan orang yang berbuat fasad kebinasaan.

Al Baqarah - Ayat 204

وَمِنَ النَّاسِ مَن يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللّهَ عَلَى مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ
Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu).

And of mankind there is he whose conversation on the life of this world pleaseth thee ( Muhammad ) , and he calleth Allah to witness as to that which is in his heart ; yet he is the most rigid of opponents

TAFSIR NURUL IHSAN

وَمِنَ النَّاسِ مَن يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
Dan setengah daripada manusia itu mereka yang mengajaib akan dikau oleh percakapannya pada hidup di dunia dan tiada mengajaib akan dikau pada Akhirat kerana menyalahi percakapannya bagi amalannya dan bagi i’tiqadnya
وَيُشْهِدُ اللّهَ عَلَى مَا فِي قَلْبِهِ
Dan menyaksi ia akan Allah ta’ala atas barang yang dalam hatinya
وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ
Dan menyaksi ia sangat-sangat kuat lawan berbantah bagi engkau ya Muhammad dan ikutan engkau kerana seteru bagi engkau iaitu seorang lelaki nama Akhnas bin Syarif ada ia munafiq manis percakapan bagi Nabi sollahu alaihi wasallam bersumpah ia bahawa ia mu’minin dengannya dan kasih baginya maka menghampir Nabi akan majlisnya maka mendusta akan dia oleh Allah pada yang demikian itu dan lalu ia dengan tanaman dan himar bagi setengah maka membakar ia akan tanaman dan sembelih ia akan himar seperti firmanNya