Menerbitkan semua tafsiran ayat dari kitab Tafsir Nurul Ihsan - sejak 12 Dis 2013
Selasa, 8 April 2014
Al Baqarah - Ayat 195
Jumaat, 4 April 2014
Al Baqarah - Ayat 194
الشَّهْرُ
الْحَرَامُ بِالشَّهْرِ الْحَرَامِ وَالْحُرُمَاتُ قِصَاصٌ فَمَنِ اعْتَدَى
عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُواْ عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ
(Mencabuli) bulan
yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang
dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada
balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap
kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang
dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah:
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
Terjemahan Bahasa
Inggeris :
The forbidden
month for the forbidden month , and forbidden things in retaliation . And one
who attacketh you , attack him like manner as he attacked you . Observe your
duty to Allah , and know that Allah is with those who ward off ( evil )
TAFSIR NURUL IHSAN
الشَّهْرُ الْحَرَامُ بِالشَّهْرِ الْحَرَامِ وَالْحُرُمَاتُ قِصَاصٌ
Bermula bulan syahrul haram itu berlawanan hormat dengan bulan syahrul
haram itu dibalas dengan seumpama apabila dibinasakan dia.
فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ
فَاعْتَدُواْ عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ
Maka barang siapa sahaja atas kamu maka sengaja oleh kamu ata dengan
seumpama barang yang sengaja ia atas kamu dengan perang pada tanah haran atau
dalam ihram atau bulan syahrul haram tampar dengan tampar pukul dengna pukul
tikam dengan tikan dengan tiada berlebih-lebihan
وَاتَّقُواْ اللّهَ
Dan takut oleh kamu akan Allah pada melebihi balasan dan sengaja
وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ
مَعَ الْمُتَّقِينَ
Dan ketahui oleh kamu bahawasanya Allah Ta’ala itu serta segala muttaqin
orang yang takut akan Allah dengna pertolongan dan menang perang.
Rabu, 2 April 2014
Al Baqarah - Ayat 193
وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لاَ تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ
لِلّهِ فَإِنِ انتَهَواْ فَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِينَ
Dan perangilah
mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu
semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada
permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.
TAFSIR NURUL
IHSAN
وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لاَ تَكُونَ فِتْنَةٌ
وَيَكُونَ الدِّينُ لِلّهِ
Dan perang
oleh kamu akan mereka itu kuffar hingga tiada ada fitnah orang kafir dengan
tiada kuffar tempat itu dan jadilah agama itu bagi Allah Ta’ala semata-mata
tiada di sembah lainnya.
فَإِنِ انتَهَواْ فَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ
عَلَى الظَّالِمِينَ
Maka jika
berhenti mereka itu daripada kufur dengan masuk Islam maka tiada berseteru lagi
dengan bernunuh atau lainnya melainkan atas segala orang yang zalim-zalim
Al Baqarah - Ayat 192
فَإِنِ انتَهَوْاْ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Kemudian jika
mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
TAFSIR NURUL
IHSAN
فَإِنِ انتَهَوْاْ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Maka jika
berhenti mereka itu daripada kufur dengan masuk Islam maka bahawasanya Allah Ta’ala
Tuhan yang amat mengampuni lagi amat Rahim bagi mereka itu.
Isnin, 31 Mac 2014
Al Baqarah Ayat 191
وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ
حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلاَ تُقَاتِلُوهُمْ
عِندَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِن قَاتَلُوكُمْ
فَاقْتُلُوهُمْ كَذَلِكَ جَزَاء الْكَافِرِينَ
Dan bunuhlah
mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan
usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah
bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan
janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka
memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka
bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.
Terjemahan Bahasa
Inggeris :
And slay them
wherever ye find them , and drive them out of the places whence they drove you
out , for persecution is worse than slaughter . And fight not with them at the
Inviolable Place of Worship until they first attack you there , but if they
attack you ( there ) then slay them . Such is the reward of disbelievers .
TAFSIR
NURUL IHSAN
وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ
Dan bunuh oleh
kamu akan mereka itu kuffar di mana tempat kamu dapat mereka itu
وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ
Dan keluarkan
oleh kamu akan mereka itu dari mana tempat yang mengeluarkan mereka itu akan
kamu arti Makkah dan sungguh telah diperbuat dengan meeka itu yang demikian itu
tahun futuh Makkah.
وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ
Dan bermula
berbuat fitnah kufur itu terlebih besar kejahatan daripada berbunuh-bunuh di
tanah haram dan dalam ihram dan bulan syahrul haram
وَلاَ تُقَاتِلُوهُمْ عِندَ الْمَسْجِدِ
الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ
Dan jangan
kamu perang akan mereka itu pada sisi masjidil haram hingga perang mereka itu
akan kamu padanya
فَإِن قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ
Maka jika
berperang mereka itu akan kamu padanya maka perang oleh kamu akan mereka itu.
كَذَلِكَ جَزَاء الْكَافِرِينَ
Seperti yang demikian itulah balasan segala orang
kafir.
Al Baqarah - Ayat 190
وَقَاتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلاَ
تَعْتَدُواْ إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبِّ الْمُعْتَدِينَ
Dan perangilah
kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang
memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan);
kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.
Terjemaah
Bahasa Inggeris :
Fight in the
way of Allah against those who fight against you , but begin not hostilities .
Lo! Allah loveth not , aggressors .
TAFSIR NURUL
IHSAN
وَقَاتِلُواْ فِي سَبِيلِ
اللّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ
Dan berperang
oleh kamu pada jalan meninggi agama Allah akan segala mereka yang perang mereka
itu akan kamu daripada segala kuffar Makkah
وَلاَ تَعْتَدُواْ
Dan jangan kamu melampau dengan memulai perang
إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبِّ
الْمُعْتَدِينَ
Kerana bahasa Allah Ta’ala tiada kasih Ia akan
segala yang melampau ini ayat mansyukh dengan bara’ah dan dengan
Langgan:
Catatan (Atom)
