Isnin, 24 Februari 2014

Al baqarah - Ayat 178



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالأُنثَى بِالأُنثَى فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاء إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ذَلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ فَمَنِ اعْتَدَى بَعْدَ ذَلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى
Telah di fardhu atas kamu itu akan Qisas berbalas-balas pada segala bagi bunuh sifat dan perbuatannya
الْحُرُّ بِالْحُرِّ
Dibunuh orang merdeka dengan sebab bunuh orang merdeka tiada dengan sebab bunuh hamba
وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ
Dibunuh hamba dengan sebab bunuh hamba
وَالأُنثَى بِالأُنثَى
Dan perempuan dengan perempuan dan telah menyata oleh sunnah bahawa lelaki dibunuh dengan bunuh perempuan dan dii’tibar bersama-sama pada agama maka tiada dibunuh muslim jika hamba sekalipun dengan bunuh kafir dan jika merdeka sekalipun
فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ
Barang siapa yang membunuh yang dimaaf baginya daripada saudaranya akan suatu dengan ditinggal Qisas daripadanya dan tukar Qisas dengan maaf setengah atau daripada setengah waris
فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ
Maka ikut tuntut ambik diat
وَأَدَاء إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ
Dan menunai diat kepadanya waris-waris yang mengampun dengan kebaikan dengan tiada lokek dan tiada kurang
ذَلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ
Bermula yang demikian itu harus Qisas dan maaf itu meringankan daripada Tuhan kamu dan rahmat dengan kamu sekira-kira tiada putus akan suatu daripada keduanya seperti yang diputus atas Yahudi dengan Qisas dan Nasara dengan diat apabila bunuh orang
فَمَنِ اعْتَدَى بَعْدَ ذَلِكَ
Maka barang siapa sahaja dengan Qisas pula kemudian daripada yang demikian itu maaf
فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Maka baginya azab yang sangat sakit pada Akhirat dengan neraka atau pada dunia dengan bunuh balas.

Selasa, 18 Februari 2014

Al Baqarah - Ayat 177



لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَـكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَالْمَلآئِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّآئِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُواْ وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاء والضَّرَّاء وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَـئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

TAFSIR NURUL IHSAN
لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ
Tiada kebajikan itu bahawa kamu hadap akan muka kamu pihak masyriq dan maghrib pada sembahyang turun ini ayat menolak atas yahudi dan nasrani yang dakwa mereka itu yang demikian itu.
وَلَـكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَالْمَلآئِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّآئِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُواْ وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاء والضَّرَّاء وَحِينَ الْبَأْسِ
Dan tetapi kebajikan itu mereka yang beriman dengan Allah dan hari yang akhir dan segala malaikat dan kitab dan segala nabi-nabi dan mengeluar akan harta sedekah serta kasihan kepada yang empunyai kerabat dan sedekah segala anak yatim dan segala miskin dan orang musafir dan segala orang yang minta sedekah dan pada menebus hamba makatib dan tawanan dan yang mendiri akan sembahyang lima waktu dan mengeluar akan zakat yang fardhu dan segala yang menyempurna dengan janji mereka itu apabila berjanji dengan Allah atau manusia dan segala orang yang banyak sabar pada kepapaan dan kesakitan dan ketika peperangan sabilillah
أُولَـئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
 Bermula mereka itu yang tersebut itu segala mereka yang benar mereka itu pada iman dan kebajikan dan bermula mereka itu mereka itulah yang takut akan Allah dengan sebenar-benar takut

Al Baqarah - Ayat 176


ذَلِكَ بِأَنَّ اللّهَ نَزَّلَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُواْ فِي الْكِتَابِ لَفِي شِقَاقٍ بَعِيدٍ
(Segala balasan yang buruk) itu adalah dengan sebab Allah telah menurunkan Kitab dengan mengandungi kebenaran (tetapi mereka berselisih padanya); dan sesungguhnya orang-orang yang berselisihan mengenai (kebenaran) kitab, itu sebenarnya mereka adalah dalam keadaan berpecah-belah yang jauh (dari mendapat petunjuk hidayah Allah).

TAFSIR NURUL IHSAN

ذَلِكَ بِأَنَّ اللّهَ نَزَّلَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ
Bermula yang demikian itudengan sebab bahawasanya Allah Ta’ala telah turun Ia akan kitab dengan sebenar maka beriman mereka itu dengan setengahnya dan kufur dengan setengah yang lain dengan sembunyi akan dia.
وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُواْ فِي الْكِتَابِ
Dan bahawa segala mereka yang bersalah-salahan mereka itu pada kitab dengan iman setengah dan kufur setengah dan mereka itu yahudi kata qil segala musyrikin Arab pada Quran kata setengah sya’ir kata setengah sihir dan kahanah itu tok nujum
لَفِي شِقَاقٍ بَعِيدٍ
Sesungguhnya pada khilaf menyalahi yang jauh daripada jalan agama yang sebenar dihilang bagi kebajikan.



Isnin, 17 Februari 2014

Al Baqarah - Ayat 174



إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلَ اللّهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَناً قَلِيلاً أُولَـئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلاَّ النَّارَ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

TAFSIR NURUL IHSAN
إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلَ اللّهُ مِنَ الْكِتَابِ
Bahawasanya segala mereka yang sembunyi mereka itu akan barang yang telah turun oleh Allah daripada kitab darpada sifat Nabi dan waktu zahirnya
وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَناً قَلِيلاً
 Dan membeli mereka itu dengannya akan harga yang sedikit daripada dunia
أُولَـئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلاَّ النَّارَ
Bermula mereka itu tiada makan mereka itu pada dalam segala perut mereka itu melainkan api neraka kerana bahawasanya neraka tempat kembali
وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Dan tiada menegur akan mereka itu oleh Allah pada hari kiamat kerana ghadob marah atas mereka itu
وَلاَ يُزَكِّيهِمْ
Dan tiada suci Ia akan mereka itu daripada berlumur dosa dengan diilham taubat atau Islam
 وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Dan bagi mereka itu azab yang sangat sakit neraka

Ayat Lain Untuk Syarah
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيراً مِّمَّا كُنتُمْ تُخْفُونَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ قَدْ جَاءكُم مِّنَ اللّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ
Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. (al Maidah 15)